Khamis, Oktober 18, 2012

10 sebab mengapa perlu menghargai isteri anda

Cara menghargai isteri andaIsteri adalah mutiara yang paling bernilai. Selain daripada harga mas kahwin yang telah dibayar oleh anda, tiada harga yang mampu membalas setiap pengorbanan yang telah dilakukan oleh isteri anda. Segala apa kebaikkan yang telah dilakukan oleh seorang isteri adalah saham akhirat bagi mereka.

Saya kongsian 10 sebab mengapa perlu menghargai isteri anda lebih daripada diri anda sendiri.

  1. Menerima anda seadanya - Apabila seorang wanita menerima anda sebagai suaminya, secara tidak langsung beliau telah menerima segala kelebihan dan kekurangan yang ada pada anda. Jadi jangan sesekali meragui keikhlasannya menerima anda sebagai seorang suami. 
  2. Teman sehidup semati - Seorang isteri adalah teman yang paling setia (bagi kes tidak berlaku penceraian). Ingat! Setiap perkara yang anda lalui bersama adalah satu kenangan yang tidak boleh dilupakan. Senang, sakit, susah, duka dan suka anda kongsi bersama. 
  3. Tempat meluahkan perasaan - Mereka adalah pendengar yang setia. Setiap apa yang anda rasa, anda kongsikan kepada pasangan anda. Luahkan perasaan anda walaupun pahit untuk ditelan. 
  4. Pasangan berdebat - Tidak dinafikan, setiap pasangan mengimpikan sebuah keluarga harmoni. Namun kadangkala, pergaduhan memang tidak dapat dielakkan. Jadi urus perdebatan anda dengan baik dan cuba jangan melampui batas dan had kemanusian. 
  5. Perumah bagi anak - Tiada lelaki yang dapat mengandungkan anak anda. Itulah realiti normal yang telah ditetapkan oleh Pencipta manusia. Maka, jika sayangi anak anda, sayangi isteri anda juga yang telah melahirkan anak anda. 
  6. Mengenyangkan perut anda - Serajin-rajin seorang lelaki, setidak-tidaknya, anda mahu juga merasai air tangan seorang isteri. Paling kurang jika tidak pandai memasak, air minuman akan disediakan. Jadi hargai isteri anda semasa beliau menghidangkan secawan teh kepada anda walaupun anda tahu beliau tidak pandai memasak. 
  7. Memenuhi tuntutan nafsu - Dimana tumpahnya air jika tidak pada isteri. Ingat! Itulah nikmat dunia yang paling berharga. Jadi hargai mereka. 
  8. Penjaga maruah suami - Isteri adalah penjaga maruah suami yang paling hebat. Hanya beliau yang paling mengenali anda secara dalamnya. Tiada isteri yang mahu melihat suaminya malu, jadi katakan "Terima Kasih" kepada mereka jika beliau telah "cover" maruah anda. 
  9. Menjimatkan masa - Paling menguntungkan apabila anda mempunyai isteri yang rajin. Beliau telah menjimatkan masa anda dengan membantu anda dalam segala hal yang anda tidak sempat melakukannya. 
  10. Pengurus yang baik - Isteri adalah seorang pengurus rumahtangga yang terbaik. Menjaga anak, memasak, mengemas rumah, melayan suami, menyambut tetamu, bekerja dan sebagainya. banyak perkara yang mampu dilaksanakan oleh seorang isteri yang kadangkala tidak mampu dilakukan oleh seorang lelaki. Namun jika ada lelaki yang menjadi "surarumah", dia tergolong dalam kes yang istimewa. 
Jadi cuba hargai isteri anda dengan ucapan yang sangat mudah iaitu dengan mengucapkan "Terima Kasih Sayang."