Rabu, Oktober 31, 2012

Isteri Bersalin? Suami Buat Apa?

Perkara penting ketika isteri sedang bersalin.Suami yang soleh akan turut merasakan penderitaan isterinya walaupun tidak secara langsung. Suami harus banyak terlibat dalam proses menjaga kehamilan isterinya, saat kelahiran bayi dan memberi sepenuh perhatian terhadap isterinya. Suami hendaklah memberi motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan bersabar. Di samping itu juga, suami harus memperbanyakkan berdoa, beristigfar dan selawat. Dengan cara ini perasaan isteri akan menjadi tenang dan mudah bersalin.

Apa yang paling penting ialah suami perlu memaafkan semua kesalahan isteri di saat isteri hendak bersalin. Sebelumnya, suami juga perlu mengetahui adab ketika isteri sedang mengandung sebagai salah satu sebab daripada 10 sebab mengapa perlu menghargai isteri anda.

Mengandung merupakan beban dan tekanan terhadap wanita. Dari segi fizikal, mereka harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat. Jantungnya mengepan darah 40% lebih daripada keadaan biasa. Buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya. Wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi. Tentunya ianya sangat meletihkan seorang isteri lebih-lebih lagi dari segi mentalnya. Amalan suami semasa isteri mengandung juga boleh diamalkan oleh suami.

Waktu pantang dan selepas kelahiran, bayi juga dapat memberikan tekanan jiwa dan emosi isteri kerana ia harus menyusu dan membersihkan bayi antara 2-3 jam setiap malam. Suami yang baik akan berusaha mengurangi beban isteri dan turut menjaga bayi di waktu malam.

Begitu seterusnya perhatian dan tanggungjawab suami terhadap isteri itu berterusan, semenjak hamil sehinggalah menjaga anak adalah pekerjaan yang harus dibantu oleh suami agar isteri dapat merasakan kebahagiaan dan keringanan dalam menjalankan tanggung-jawab yang berat itu.

2 ulasan:

  1. Perkongsian yang bagus.. Tak ramai yang tahu mengenai perkara ini..

    BalasPadam