Jumaat, November 16, 2012

Dilema wanita dahulu dan kini

http://bilalelakiberbicara.blogspot.com/2012/11/dilema-wanita-dahulu-dan-kini.htmlWanita zaman kini telah mengalami begitu banyak perubahan sama ada dari segi gaya, fesyen, pemikiran malah tindakan juga yang kadangkala tidak masuk akal bagi seorang lelaki. Apa yang tersirat dan apa yang tersurat dalam diri seorang wanita hanya kaum wanita sahaja yang tahu.

Namun dari sudut pandangan seorang lelaki, mungkin wanita juga perlu mengetahui apakah dilema yang dialami dan mungkin tidak disedari oleh mereka sendiri.

Senarai dibawah mungkin serba sedikit menerangkan apakah perbezaan wanita dahulu dan kini yang mungkin boleh kita kaitkan tentang sesuatu kejadian yang berlaku pada masa ini . Ianya mungkin benar dan ianya sekadar pandangan.

Dari segi kehidupan wanita dahulu banyak masa diabdikan untuk suami dan anak-anak manakala kini banyak masa diabdikan untuk majikan, suami dan anak-anak. Dalam bidang pendidikan pula, dahulu pendidikan ekonomi rumahtangga adalah yang paling penting berbanding kini mencapai tahap tertinggi dalam pendidikan negara adalah diutamakan. Juga boleh lihat dari segi kerjaya, dahulu surirumah sepenuh masa menjadi pilihan. namun kini banyak wanita memiliki kerjaya yang sama taraf dengan lelaki.

Perhubungan wanita dahulu lebih kepada menunggu lelaki yang akan menjadi teman sehidup semati tetapi kini mampu mencari dan memilih bakal suami yang setia, jujur dan bertanggungjawab pilihannya sendiri. Perkahwinan wanita dahulu berkahwin seawal yang mungkin. Berbeza pada masa kini berkahwin adalah sesuatu perkara yang menakutkan sehingga purata usia perkahwinan wanita semakin meningkat. Wanita sukar untuk keluar apabila malam menjelma pada waktu dahulu kerana ianya adalah pantang bagi ibu bapa pada waktu itu namun kini malam adalah waktu bersosial yang paling terbaik kerana kesibukan dalam bekerja.

Fesyen wanita dahulu dan kini sangat berbeza. Fesyen zaman dahulu lebih berkain batik dan baju kurung berbanding seluar dan sebagainya. Tetapi kini kain batik hanya untuk berpantang dan baju kurung hanya untuk majlis keraian. 

Dalam hidup berkeluarga pula, wanita zaman dahulu mahu anak seramai yang boleh bersama pasangan. Zaman sekarang, perancangan keluarga amat diutamakan. Biar cukuplah satu. Matlamat hidup wanita zaman dahulu menjadi isteri yang solehah, tetapi kini telah berkembang menjadi isteri yang solehah dan bekerjaya. Dan yang paling bagi wanita zaman dahulu adalah maruah. Harga diri hanya boleh dibeli dengan mas kahwin. Kini harga diri boleh dibeli mudah dengan cinta sahaja.

Mungkin apa yang disenaraikan disini tidak cukup panjang dan tidak memuaskan hati dan perasaan anda. Jadi luahkan di ruangan komen untuk menyatakan pandangan anda. Saya suka mendengar pandangan anda di ruangan komen.

2 ulasan: