Friday, November 30, 2012

Dongeng Harimau Malaya VS Sang Garuda

http://bilalelakiberbicara.blogspot.com/2012/11/dongeng-harimau-malaya-vs-sang-garuda.htmlPerlawanan Harimau Malaya (Malaysia) VS Sang Garuda (Indonesia) sabtu ini di AFF Suzuki Cup 2012 memang dinantikan. Harimau Malaya tidak boleh kalah dan sebaliknya bagi Sang Garuda. Dalam kemeriahan menantikan debaran perlawanan tersebut, mari kita santai sambil merenung kisah dongeng Sang Harimau dan Sang Garuda!

Tersebut Al-Kisah Nukilan Penulis

Pada masa dahulu, Sang Harimau bukanlah raja bagi segala binatang, namun kelibatnya amat digeruni binatang-binatang lain di hutan. Setiap kali Sang Harimau memulakan melangkah pasti bertempiaran lari lintang pukang bahkan ada juga yang tidak mampu melepaskan diri daripada Sang Harimau. Suatu hari sedang Sang Harimau atau lebih dikenali dengan gelaran "Pak Belang" berjalan-jalan bersendirian, Sang Garuda menyapa daripada atas pokok.

"Hai Pak Belang! Berjalan seorang diri, di mana rakan-rakan kau yang lain?" Tempelak Sang Garuda. Pak Belang mencari-cari dari mana arah datangnya suara yang menyapanya. "Hoi Pak Belang! Aku di atas kau" Jerit Sang Garuda lagi. Pak Belang menoleh. Bertenggek di atas pokok Sang Garuda yang gah sambil mengepakkan sayapnya. "Apa hal dengan kamu? Mahu cari gaduh kah?" Ngaum Pak Belang. 
Permusuhan Pak Belang dan Sang Garuda memang telah lama. Ada sahaja pertengkaran di antara mereka apabila bersua muka.
"Sang Garuda! Aku memang suka berjalan sendiri. Kenapa kau pula yang sibuk?" Pak Belang membalas lagi. "Wahai Pak Belang, di dalam hutan yang besar ini jika kamu memburu bersendirian, entah bila kamu akan dapat makan." Sahut Sang Garuda. "Dengan sifat sombong kamu ini, kamu tidak akan berjaya!" Sambung Sang garuda lagi. Pak Belang terdiam. 
"Yang kau pula, kenapa kamu bersendirian?" Pak Belang mula mempersoalkan Sang Garuda. "Aku memang bersendiri. Aku memang dilahirkan untuk memburu secara sendirian kerana aku sangat cekap di udara." Sang Garuda menjawab dengan angkuhnya. Tambahnya lagi "Dengan skil lakonan dan kemahiran aku, aku pasti berjaya, sekali aku gagal aku akan mencuba sekali lagi!" Sang Garuda memang gah di udara. Dengan sekali cengkam mangsanya memang mustahil mangsanya dapat melepaskan diri. Beliau juga mempunyai banyak helah dalam memburu mangsanya.

Perlahan-perlahan Pak Belang memikirkan apa yang dijeritkan oleh Sang Garuda. "Wahai Pak Belang! Jika kamu memburu secara berkumpulan, kamu akan mempunyai pasukan yang mantap, serangan kamu pasti lebih berkesan, dan kamu tidak perlu tamak. Setiap usaha yang akan kamu lakukan bersama pasukan kamu pasti akan berjaya dengan sokongan kuat rakan-rakan kamu." Sang Garuda berpesan kepada Pak Belang.

Seperti biasa Pak Belang hanya mengangguk tanda faham sambil berkata "Terima kasih Sang Garuda! Aku tidak akan lupa pesananmu itu". Sang Garuda pun berlalu pergi. Pak Belang masih berfikir lagi "Mungkin inilah cara yang terbaik untuk aku berjaya (menjaringkan gol)!" Bisik Pak Belang sambil beredar mencari kawanannya.

6 comments:

  1. Dongeng akan berterusan malam esok hehehe

    ReplyDelete
  2. jangan dibaham garuda sudah hehehehe

    ReplyDelete
  3. Kalau kena baham alamat "bos"nya kena baham lepas ni.... hihi

    ReplyDelete
  4. semoga sang belang tidak disambar dengan garuda hoho

    ReplyDelete
  5. Harap-harap begitulah nampaknyer... PD mahu cuti "kemenangan" lagi tahun ini.. Hehe..

    ReplyDelete