Rabu, November 21, 2012

Kenapa orang itu asyik pandang aku jer

Mengatasi pandangan orang yang tidak dikenali"Adoi! Kenapalah mamat@minah ni tengok aku je.. Bencinyer!!!" Sentap didalam hati. Mungkin anda kurang faham ayat di atas atau mungkin anda faham dengan cara begini. Ketika anda sedang duduk bersendirian anda terperasan seseorang melihat anda dengan pandangan yang tajam atau sinis atau mungkin anda tidak tahu apa maksud sebenar pandangannya itu. Sekarang anda sudah faham? Jika tidak faham lagi... maknanya dot..dot..dot... (Dah tak boleh tolong nampaknya...)

Pastinya, bermacam-macam andaian yang bermain di fikiran anda. Baik lelaki atau perempuan. Tentunya ianya mendatangkan ketidakselesaan kepada anda. Jadi bagaimana untuk mengatasi masalah ini? Pertamanya perlu diketahui apakah kemungkinan makna "pandangan" orang itu.

Kemungkinan orang itu kenal dengan anda? Adakah orang itu jiran anda? Mungkin juga orang itu ingin menegur atau mahu berkenalan dengan anda? Atau orang itu benci dengan anda? Semuanya mungkin. Bagaimana caranya untuk anda mengatasi situasi ini? Cuba tips dibawah ini tentang cara mengatasi pandangan orang pada anda.

Berpura-pura tidak mengetahui atau abaikan sahaja pandangan orang itu. Tapi kenapa dia masih tetap memandang anda? Cuba pula tenung pandangannya. Mungkin dia akan berkata sesuatu. Adakah dia tegur? Apa reaksinya? Tak tegur? Ah! Ini mesti kes lain. Cuba pula secara perlahan-lahan perhatikan apa yang tidak kena pada badan anda, pakaian anda. Mana tahu ada butang yang tidak berkancing. Sudah? Masih juga orang itu memandang anda? Secara berhemah, perhatikan apa benda yang orang itu pandang? Muka anda? Badan anda? Pakaian anda? Tidak juga selesai?

Jika semua andaian anda salah anda ada 3 pilihan yang terbaik untuk anda mengatasi masalah ini.

1. Abaikan terus orang itu
2. Tanya terus dengan orang itu " Kenapa awak pandang saya?"
3. Lebih baik anda beredar. Selesai masalah.

Yang terakhir sila pastikan sama ada orang itu mengalami masalah penglihatan sama ada buta? Juling? atau Sexmaniac.

4 ulasan:

  1. Sy pernah alami perkara seperti ini,ketika tu lelaki asyik tenung sy ja,x fhm apa mksud diaa tenung sy.sy x kenal dia pun..mnggkin dia nk kenalan kot dgn sy.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah... Untungnya ada orang nak berkenalan dengan kamu... hehe... Mungkin lelaki tu suka tapi malu nak menyapa...

      Padam
  2. hee~ aku suka tenung orang.. ntah.. tapi suka.. kalau orang tu perasan, cepat2 aku pandang tempat lain..

    BalasPadam