Thursday, November 22, 2012

Tips Melembutkan Hati Suami Panas Baran

Bila tiba waktu rehat, mulalah aku membelek-belek dokumen lama yang tersimpan dalam "Hard Disk" aku. Biasalah duk terasa rajin nak menyusun fail-fail yang makin lama makin bertimbun. Dalam ketekunan aku menyusun fail, terjumpa pula tips yang telah aku simpan lama. Aku pun tak berapa nak ingat dari mana aku dapat tips ini. (Sorry author!).

Aku pun mula membaca sepintas lalu apa isi kandungannya. Aku rasa baik aku "share" kat blog untuk tatapan pembaca mudah-mudahan ianya dapat digunakan kearah kebaikan. Bacalah dan ambillah segala kebaikan ilmu ini. Semoga ianya membantu para isteri dalam mengharungi cabaran dalam berkeluarga.


Untuk melembutkan hati suami yang garang dan menurunkan kadar suhu ‘panas baranannya’ amalkan seperti: (Tips: Bila Isteri Merajuk)
  1. Banyakan berdoa selepas solat, hadiahkan Al-Fatihah khusus untuk suami supaya dilembutkan hatinya dan diberi taufik serta hidayah.
  2. Baca surah Taha ayat 1-8..dan kemudian baca doa Nabi Daud sebanyak 3x - “Ya ALLAH lembut kan hati suamiku (sebut nama)… sebagaimana Engkau lembutkan besi ditangan Nabi Daud
  3. Ketika memasak basahkan lidah dengan zikir Ya-Latif sebanyak 129x di ikuti Surah As-Syura ayat 19 bermaksud: “Allah Maha Lembut kepada hambaNya. Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa
  4. Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir "Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang. Semua ini InsyaAllah adalah doa pelembut hati. 
Bila suami sedang naik angin dan marahnya meluap-luap, diamkan diri jangan dijawab. Dalam mendiamkan diri bacalah doa didalam hati dgn ayat:(Tips: Hargai isteri anda)
  1. Dari Surah Al-Baqarah ayat 250 yg bermaksud – "Wahai Tuhan kami, limpahkanlah sabar kepada kami dan teguhkanlah iman kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir."
  2. Dan bacakan ayat 200, surah Ali Imran yg bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”
  3. Begitu juga, amalkan Surah Toha ayat 1-8, surah Ar-Rahman ayat 1-4 dan surah Al-Insyirah.
Syaitan memang suka mengapi-apikan suami yang sedang marah.. Silap sedikit, isteri jadi sasaran suami yg naik berang. Bila suami naik berang, bacalah ayat ini: (Tips: Semasa Isteri Mengandung)

Surah Al-Nahl ayat 99 yang bermaksud “Sesungguhnya syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang-orang yang beriman dan yang bertawakkal kepada Tuhan mereka."

~Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa rahmatMu~ 

No comments:

Post a Comment