Berkesempatan mengunjungi Nilai 3, Negeri Sembilan pada hari Sabtu yang lalu bersama keluarga adalah peluang terbaik meninjau promosi hujung tahun yang terdapat di sana. Cuaca yang redup dan tidak terlalu panas bagai mengalu-alukan kedatangan kami sekeluarga. Sekitar jam 4 kami sampai lalu berhenti sebentar di kedai makan berhampiran bagi menghilangkan dahaga sebelum kami memulakan langkah meng"explore" di Nilai 3.
Membawa anak yang masil kecil, Ammar (1 Tahun 5 Bulan) dan Rania (4 Bulan) adalah mustahil untuk meninjau keseluruhan kawasan Nilai 3. Jadi kami hanya bertumpu ke "Textile Walk" yang terdapat di situ. Walaupun tidak memaparkan keseluruhan keperluan yang ada di Nilai 3, cukuplah buat masa ini. Motif utama ke Nilai 3 pun bukan untuk ber"shopping" sakan. Setelah hampir 1 jam melengkapkan 1 pusingan tinjauan di Textile Walk kami pun singgah sebentar di Marrybrown yang terdapat di situ. Majoriti pekerja yang terdapat di situ adalah warganegara asing. Taraf warganegara kurang dapat dipastikan kerana bentuk rupa dan wajah mereka hampir sama. Sama ada Pakistan, Bangladesh atau India saya pun tidak pasti. Tetapi rasanya lebih kurang macam itulah. Warna kulit atau siapa pun mereka itu tidak penting.
Duduk di satu sudut dalam Marrybrown sambil melayan karenah anak-anak memang menyeronokkan. Apatah lagi sambil menikmati French Fries dan seteguk air milo ais memang mengasyikkan. Saku di raba dan sekeping syiling RM0.50 di "derma"kan di kotak musik yang ada di dalam Marrybrown. Lagu I Know What You Want nyanyian Busta Rhymes ft Mariah Carey diputarkan. Lama juga tidak mendengar lagu tersebut.
Sedang menjamu selera mata saya meninjau keadaan sekeliling. Tup..Tup.. terpandang satu adegan yang tidak menyeronokkan di kaunter Marrybrown... Duss! Hilang selera nak menghabiskan makanan. Berbisik dengan isteri "Yang, tengok mamat XXX tu tengah korek hidung..". Sambil menongkat badan di atas kaunter begitu syok mamat XXX tu mengorek hidungnya. Tak guna punya mamat dari dot.. dot.. dot ni...
Mungkin budaya mereka di sana perkara itu tidak dianggap kotor. Namun mereka perlu ingat bahawa mereka berada di Malaysia. Saya pun cuba mencari kalau ada-ada pekerja yang warganegara Malaysia supaya senang sikit nak berunding. Namun hampa, semuanya bangsa "mereka".
Kebanjiran "mereka" di Nilai 3 memang tidak dapat disangkal lagi. Sama ada berpermit atau tidak itu bukan hak saya untuk memastikannya. Namun tindakan majikan di Nilai 3 yang mengambil pekerja dari "sana" telah merubah sama sekali keadaan sosial di Nilai 3 dan menjadikan mereka "bebas" untuk melakukan sebarang aktiviti termasuk mengorek hidung di tempat awam terutamanya di tempat makan. Sungguh menjijikkan. Sedikit sebanyak majikan perlu "memberitahu" mereka tentang budaya di Malaysia.
P/S Lebih baik makan di kedai tepi jalan yang rata-rata lebih bersih daripada Marrybrown Nilai 3.



x syok macam ni,, memang putus selera,,
ReplyDeleteYe..Nasib baik dah nak abis makan baru nampak... :-)
ReplyDeletenasib baik x singgah
ReplyDeleteHehe... X yah singgah le kak, baik makan kat rumah sebelum shopping... :-)
ReplyDeleteeiiii, gelinya baca..
ReplyDeleteSaya lagi geli sebab depan mata.... Hehehe
Delete