Wednesday, December 5, 2012

Gerakan Golongan Bawah Tanah di Malaysia

http://bilalelakiberbicara.blogspot.com/2012/12/gerakan-golongan-bawah-tanah-di-malaysia_5.html
Gerakan golongan bawah tanah di Malaysia memungkinkan wujudnya politik kotor yang semakin berleluasa dan bertambah ganas. Suatu masa dahulu, bendera parti lawan dikoyakkan dan sebagainya, kini insiden bermandi darah pula yang terjadi. Sama ada ada komplot "gerakan golongan bawah tanah" yang sengaja memporak-perandakan kestabilan politik tanahair atau ketaksuban terhadap satu-satu parti politik kini membuatkan insiden sabotaj, tikam menikam dan maki memaki boleh berlaku di negara ini. Tujuannya masih belum jelas siapa yang melakukannya dan mengapa berbuat demikian.

Adakah disebabkan mereka ini "dibayar" oleh golongan bawah tanah ini sehingga sanggup menggadaikan nyawa hanya untuk mewujudkan ketegangan dan konspirasi politik demi kepentingan peribadi dan politik? Murah sangatkan akal dan kewarasan rakyat hingga sanggup berbuat apa sahaja yang tidak sepatutnya demi menguntungkan orang lain?

Perlu dimaklumkan wujudkan "organisasi golongan bawah tanah" yang mahukan rakyat di negara ini berpecah belah dan keamanan yang dinikmati rakyat di negara ini menjadi sempadan bagi tujuan merosakkan, menakluki dan menjajah di era moden. Segelintir individu yang "bodoh" sanggup merealisasikan impian "mereka" dengan melaksanakan setiap arahan yang boleh mengganggu gugat kemakmuran negara ini. Apakah faedahnya?

Malaysia pasti menerima cabaran yang hebat dek kerana kejayaannya, kestabilannya, kemakmurannya serta pengaruhnya terhadap dunia Islam yang acapkali menjadikan negara ini sebagai contoh bagi membangunkan negara terutamanya negara Islam. Kegusaran kuasa-kuasa "golongan bawah tanah" yang menjalankan "agenda" tertentu bukan satu rahsia lagi. Impian mereka hanya satu. Ingin memastikan negara ini bergolak walau dengan apa cara sekalipun. Apabila terdapatnya "pengkhianat" di dalam negara ini maka mudahlah urusan mereka. Golongan yang daif dan tidak sedar kerana disogokkan dengan wang ringgit adalah pencetus fenomena huru hara, kekacauan dan ketidakstabilan terutamanya politik dan ekonomi.

Bagaimana lantangnya Malaysia dipersada dunia, semakin hebatlah "golongan bawah tanah" ini mempergiat langkah bagi menghancurkan rakyat di negara ini. Mencetuskan rasa tidak puas hati rakyat Indonesia terhadap Malaysia (bagi menguasai Selat Melaka), bersekongkol dengan pemimpin tempatan (menaikkan pemimpin boneka "pak turut"), menerapkan budaya bertentangan dengan agama (melemahkan akidah dan kekuatan diri), mewujudkan ketegangan di selatan Thailand (diharap merebak ke utara tanahair), memperhebat kempen anti-barangan Malaysia (keluarnya artikel minyak sawit tidak bagus), mewujudkan akaun sosial palsu (meracuni minda rakyat) dan macam-macam lagi.

Terlalu banyak cabaran pada masa kini membuatkan kadang-kadang kita lupa bahawa terdapat anasir luar yang cuba menyekat kepentingan Malaysia hanya untuk agenda yang sangat panjang oleh yahudi terutamanya melalui laman sosial, media, anasir luar di rantau ini serta "pengkhianat" boneka mereka. Masih tidak sedarkah rakyat di negara ini terhadap ancaman ini.
Benar kata adik Adiputra, penuhilah negara ini dengan ahli tahfiz (lebih kurang maksudnya) untuk memastikan negara ini sentiasa "dipelihara" oleh Allah SWT.
Sebagai rakyat yang berilmu atau sekurang-kurang berpendidikan, fikirlah dengan waras tentang perkara ini. Majoriti rakyat mahukan keamanan negara ini berkekalan. Hubungan akrab bersama Indonesia (serumpun dan sebangsa) yang mempunyai potensi menjadi kuasa dunia keamanan sejagat perlu dikekalkan. Warisan anak bangsa masa depan perlu dipertahankan. Jika marahkan nyamuk seekor usah kelambu dibakar.

1 comment:

  1. Ad Daulatul Islamiyah Melayu
    Khilafah Islam Akhir Zaman

    Kami mengundang Kaum Mukminin-Mukminat
    Dari seluruh Dunia untuk bergabung bersama kami
    Menjadi Tentara Islam The Man from The East of Imam Mahdi
    as A New World Religion Bangsa Islam Akhir Zaman.

    Kami mengundang Anda Menjadi Bagian Bangsa Islam berdasar Aqidah Islam
    Bukan Menjadi bagian dari Bangsa-bangsa berdasarkan Daerah

    Kunjungi Undangan kami Kehadiran anda kami tunggu di
    di http://dimelayu.co.de

    ReplyDelete