Friday, December 7, 2012

Pemain, Bola Sepak dan Duit: Relevankah gaji pemain bola sepak Malaysia?

http://bilalelakiberbicara.blogspot.com/2012/12/pemain-bola-sepak-dan-duit-relevankah.html
Relevannya pemain bola sepak bergaji besar? Memang tidak masuk akal jika sebulan gaji pemain Malaysia sebanyak RM80,000 kan? Apalah sangat kualiti yang ada pada pemain Malaysia tu. Mesti ramai berpandangan sebegini rupa. Apatah lagi ulasan lagenda bola sepak negara berpendapat pemain negara kini hanya mengejar pendapatan lumayan daripada bermain bola sepak dengan minat untuk membanggakan negara.

Suatu masa dahulu ketika Malaysia dianggap selaku pasukan gergasi Asia Tenggara lahirnya pemain bola sepak yang boleh dianggap legenda dan idola rakyat Malaysia. Sebut sahaja Allahyarham Mokhtar Dahari, Santokh Singh, Zainal Abidin Hassan. Pasti ramai mengenalinya. Kini masih belum wujud pemain negara yang boleh dianggap lagenda. Apakah disebabkan kegagalan FAM mengcungkil bakat anak-anak muda dengan berkesan menyebabkan Malaysia hanya gah memiliki koleksi kejuaraan Asia Tenggara sahaja?

Perbezaan bola sepak era-80an dan era-90an berbanding era moden ini memang ketara. Dahulu pemain bermain bola sepak dengan satu misi iaitu mengharumkan nama negara. Sebenarnya pada masa kini juga sama. Tiada apa yang berubah. Namun keperluan hidup yang berbeza serta munculnya ramai bakat-bakat baru yang menyerlah membuatkan pemain-pemain yang meningkat tua mudah dipinggirkan dan hanya duduk dibangku simpanan. Corak permainan yang pantas menuntut tahap stamina yang tinggi berbanding dahulu.

Perkembangan bola sepak yang sangat pantas menjadikan negara yang kurang dikenali semakin mendapat nama di pentas antarabangsa. Laos, mungkin contoh satu negara yang semakin hari menunjukkan peningkatan terhadap mutu bola sepaknya. Tidak mustahil suatu hari nanti Malaysia akan kalah jika kita tidak mengambil serius dengan peningkatan pasukan mereka.

Pada pandangan pemain bola sepak negara ini juga bola sepak adalah segala-galanya selain pendapatan adalah masa depan. Jika ada pasukan yang ingin membayar gaji mereka dengan berlipat kali ganda, bagi saya itu adalah penghormatan atas dedikasi mereka sebelum ini dan kesempatan mereka untuk mengumpul wang bagi kegunaan masa hadapan. Berapa lamanya seseorang pemain bola sepak mampu bermain bola sepak jika kurangnya kesedaran menjaga stamina dan penjagaan pemakanan. 
Tidak ramai pemain bola sepak yang mampu bermain cemerlang seperti Davud Beckham walaupun telah berusia lanjut
Jadi saya berasa kagum dengan inisiatif yang ditunjukkan oleh pengurusan Johor yang begitu bersungguh-sungguh untuk menjadikan pasukan itu di antara yang terhebat pada musim 2013. Kemasukkan pemain berstatus bintang yang ditawarkan gaji lumayan adalah bergantung kepada kemampuan pasukan negeri itu. Sebenarnya jumlah gaji yang diterima oleh mereka amatlah sedikit jika mahu dibandingkan dengan pendapatan yang diterima oleh pemain bola sepak luar negara. Apakah Malaysia perlu menidakkan fakta itu sehingga membuka ruang dan peluang pemain bola sepak negara ini terjerumus dalam kancah rasuah dan perjudian? 

Hakikatnya tetap sama, jika pemain itu sentiasa bermain dengan cemerlang, maka mereka akan kekal dan menerima gaji yang setimpal. Jika prestasi mereka merosot maka mereka akan disingkirkan. Pengurusan bola sepak pasti ada sebab mereka sanggup berbuat begitu. Apa yang penting semuanya demi bola sepak!


No comments:

Post a Comment