Sunday, December 2, 2012

Pemain naturalisasi Indonesia lenyapkan impian Sang Garuda

Pemain naturalisasi Indonesia lenyapkan impian Sang Garuda? Sebelum itu, syabas diucapkan kepada pemain Harimau Malaya yang telah berjaya mengalahkan Sang Garuda di peringkat kumpulan Piala AFF Suzuki 2012 malam semalam. Semangat juang yang ditunjukkan serta keazaman yang tinggi untuk menang memperlihatkan hasil yang memberansangkan. 

Ini bukan eksperimen dan ini betul-betul!

Apa yang menariknya perlawanan yang bermula pada jam 08.45 pm waktu Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil itu, boleh dikatakan Harimau Malaya mampu mengimbangi rentak rentak permainan pemain Sang Garuda yang mendapat khidmat beberapa pemain naturalisasinya. Rumusannya, Pemain naturalisasi Indonesia lenyapkan Impian Sang Garuda.

Secara berhemah, penulis berpendapat beberapa pemain naturalisasi Sang Garuda tidak boleh dibanggakan. Pemain Sang Garuda asli tampak begitu bersungguh-sungguh seperti Andik dan beberapa pemain lain. Keazamannya untuk membuktikan sesuatu kepada negaranya memang cukup dirasai apabila seringkali mengucar kacirkan pemain pertahanan Harimau Malaya.


http://bilalelakiberbicara.blogspot.com/2012/11/dongeng-harimau-malaya-vs-sang-garuda.htmlJadi apa hikmahnya Sang Garuda menggunakan beberapa pemain naturalisasinya? Hakikatnya, ramai pemain berbakat yang boleh dicungkil oleh Indonesia disamping mempunyai berbilion penduduk. Malahan juga Indonesia mempunyai liga domestik yang boleh bersaing dan mendapat sokongan padu rakyatnya terhadap bola sepak. Program pembangunan Indonesia yang kurang berkesan membuatkan mereka terpaksa mengambil jalan mudah mendapat khidmat beberapa pemain naturalisasi yang kurang berkesan.
Secara keseluruhannya, pemain naturalisasi Indonesia telah menyebabkan Sang Garuda kepatahan sayapnya malam semalam. 
Berbeza dengan prinsip yang diamalkan di Malaysia. Keseluruhan pemain adalah anak tempatan yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi. Keazaman mereka untuk membuktikan sesuatu di halaman sendiri membuatkan Sang Garuda terpaksa pulang dengan tangan kosong pula pada kali ini.

Namun perlu diingatkan kepada pemain Harimau Malaya. Perjalanan anda masih panjang. Peminat mahukan trofi dan cuti (Jika menang, PM boleh umum cuti!). Masih banyak ruang yang perlu diperbaiki untuk membuktikan bahawa Harimau Malaya memang layak bergelar juara Asia Tenggara serta membuktikan bahawa eksperimen Datuk K.Rajagopal adalah eksperimen yang boleh dipercayai.

1 comment:

  1. Telefon pintar Sony Ericsson Xperia tawarkan kapasiti 50GB simpanan secara percuma. Baca selanjutnya...

    ReplyDelete