Tuesday, December 4, 2012

Ultras Malaya samseng

Diberi nama Ultras Malaya. Siapa tidak kenal Ultras Malaya? Mungkin bagi bukan peminat bola sepak nama Ultras Malaya tidak pernah didengari langsung. Setelah liputan meluas didada akhbar, mana mungkin tidak kenal Ultras Malaya kecuali anda buta ilmu. Ultras Malaya adalah kelab penyokong bola sepak negara ini yang kerap kali memenuhi ruang-ruang kosong stadium bola sepak.

http://bilalelakiberbicara.blogspot.com/2012/12/ultras-malaya-samseng.html
Segilintir masyarakat telah melabel Ultras Malaya sebagai samseng penyokong bola sepak a.k.a menyokong secara agresif pasukan bola sepak tanah air. Namun mereka diberi kebebasan bersuara dan menyampaikan pandangan.Secara ikhlas aku menyatakan bahawa kewujudan Ultras Malaya mendatangkan banyak faedah kepada peningkatan mutu sukan bola sepak Malaysia. Kenapa ye? 
  1. Ultras Malaya akan menyokong pasukan negara biarpun tewas. Jika anda bukan Ultras Malaya pasti anda sudah balik awal!
  2. Mereka juga meningkatkan "kantung" FAM yang mampu digunakan bagi tujuan program latihan serta pembayaran gaji "orang-orang FAM" walaupun "mereka tidak bekerja".
  3. Menanam semangat patriotik nasionalisme yang tinggi di kalangan anak-anak muda serta generasi akan datang. Mereka adalah contoh terbaik dan tahniah diatas inisiatif mereka.
  4. Sokongan yang kuat daripada Ultras Malaya meningkatkan moral pemain bola sepak negara ini.
  5. Kebanjiran peminat bola sepak ke stadium mampu mengelakkan stadium dilabel "gajah putih"
Sebenarnya banyak lagi faedahnya penubuhan Ultras Malaya ini yang boleh disenaraikan disini. Buat masa ini cukuplah saya bagi 5 dulu. TETAPI kenapa Ultras Malaya ini dipanggil samseng? Adakah disebabkan lirik lagunya? Mari kita lihat salah satu lirik lagu Ultras Malaya dibawah:

Ultras Malaya, ekor Harimau Malaya,
Ultras Malaya, ekor Harimau Malaya,
Kami turun ke Bukit Jalil,
Satu Jiwa Satu Bangsa,
(Nama Negara) anjing, dibunuh saja!

Bagi sesetengah orang ianya mungkin terlalu kasar, biadap dan kurang ajar. Hakikatnya itulah Ultras Malaya! Tujuannya hanya satu, menyokong Harimau Malaya. Anda yang mengkritik perlu tanya pada diri sendiri. Apa usaha anda untuk menyokong pasukan Harimau Malaya? Mungkin anda ada cara lain tetapi begitulah juga cara Ultras Malaya. Mereka ada cara tersendiri. Daripada berhimpun di bandaraya KL membuat demonstrasi, lebih baik berkumpul di stadium menyemarakkan lagi suasana stadium. Jika anda mahu stadium sunyi lebih baik tengok bola sepak di rumah.

Saya mula perasan, Ultras Malaya akan berhimpun di satu sudut yang jauh dari tempat duduk utama. Nampak bukan, mereka mementingkan keselesaan penonton lain yang bukan daripada kalangan mereka.

Bagi yang berasa dengki apabila Ultras Malaya berusaha menjadi penyokong tegar dan setia kepada pasukan bola sepak negara ini, ketahuilah bahawa anda tidak membantu melemahkan semangat mereka. Setidak-tidaknya "kurang ajar" mereka hanya melalui kata-kata dan bukan kekerasan fizikal!

6 comments:

  1. Kalau xde ultras malaya..sunyi sepi le stadium.

    ReplyDelete
  2. Ya betul relakssminda... Merekalah nadi kebangkitan bola sepak Malaysia...

    ReplyDelete
  3. i sokong je, oke ape, meriah la bola sepak malaysia ni..

    ReplyDelete
  4. Betul tu, tanpa Ultras Malaya, Harimau Malaya pasti tidak bangkit daripada kekalahan...

    ReplyDelete
  5. Tp jgnla brutal smpi mngejek dn mghina negara lain, lps tu pkul supportr dr negara lain, fnatik bole asal brtmpat, bila mmbabitkn isu hina negara lain sluruh dunia pn akn tngok dn nilai mcm mna sbnrnya ultras dn sluruh rkyt mlaysia.

    ReplyDelete
  6. Itu yang perlu diperbaiki supaya Ultras Malaya disegani dan dihormati kewujudannya.... Terima Kasih neutraljetakyahgadoh....

    ReplyDelete