Monday, January 21, 2013

6 jenis kandungan penulisan blog

http://bilalelakiberbicara.blogspot.com/2013/01/6-jenis-kandungan-penulisan-blog.html
Sebagai penulis blog sambilan, sepenuh masa atau sekadar hobi mempunyai gaya penulisan yang tersendiri. Pelbagai jenis kandungan penulisan blog yang cuba ditonjolkan oleh bloggers bagi menarik minat pembaca seterusnya mendapat trafik yang tinggi.

Tak kira penulis profesional atau tidak, setiap bloggers juga memastikan artikel yang ditulis oleh mereka tidak lari daripada tagline yang dibawakan oleh mereka. Bagaimana penulis blog mendapat ilham? Mungkin ramai tertanya tentang bagaimana mereka mendapat idea untuk menulis? Adakah semuanya berdasarkan pengalaman dan pemerhatian semata-mata?

Bagi mereka yang baru bertapak dalam dunia bloggers termasuk saya, idea juga datang daripada apa yang disenaraikan dibawah. 6 jenis kandungan penulisan blog yang mungkin anda tidak tahu adalah:
  1. Pengalaman - Ya, ada juga yang menulis entri hebat berdasarkan pengalaman mereka seharian. Apa yang mereka buat, apa yang mereka nampak dan apa yang mereka lalui semuanya dikongsi kepada pembaca dalam bentuk penulisan. 
  2. Pembacaan - Suratkhabar, berita di televisyen, isu semasa dunia dan negara adalah sumber idea yang paling mudah dan paling cepat mendapatkan trafik yang tinggi. Ulasan isu-isu terkini yang ramai orang belum tahu adalah artikel yang pantas mendapat pembaca. 
  3. Kisah teladan - Ada juga idea datang daripada penceritaan oleh teman-teman, pertanyaan orang ramai yang diulas dengan baik untuk tatapan pembaca. Perkongsian cerita tersebut akan menjadi teladan pula bagi orang lain. ianya dibuat berdasarkan kisah benar tanpa menyebut asal usul cerita tersebut. 
  4. Copy paste dan plagiat - Ada juga kandungan blog yang berkongsi artikel dengan jaringan hubungan blog mereka yang diambil daripada blog orang lain. Ianya sangat mudah. Hanya copy dan paste dalam blog. 
  5. Penyebaran artikel - Satu blog memuat naik satu artikel. Bloggers lain membacanya dan mereka memuat naik pula dalam blog mereka dengan menyatakan sumber artikel tersebut. Kemudian bloggers lain pula copy dan paste dalam blog. Walaupun tabiat ini tidak bagus sekurang-kurangnya mereka memberikan kredit kepada penulis asal yang telah memerah idea. 
  6. Alih bahasa - Melalui pembacaan blog luar negara, kaedah alih bahasa karya asal ke dalam bahasa tempatan juga membolehkan bloggers menambahkan koleksi artikel yang sedia ada.
  7. Penyelidikan - Bagi artikel yang bersifat kajian, tentunya penulis melakukan sedikit penyelidikan dan mengulasnya secara profesional.
Lihat juga >>> 6 perkara haram bloggers

Walau apapun yang ditulis dalam blog, ia tidak adil jika dikaitkan dengan peribadi penulis sehingga mendatangkan pelbagai soalan dan pertanyaan kecuali dinyatakan sebaliknya. Penulis blog hanya berkongsi dan pembaca belajar sesuatu darinya. 

6 comments:

  1. 2 la..bila buntu idea kering terpaksa jugak copy2...paste..

    ReplyDelete
  2. @meraungtaktentupasalhehe... yang penting bagi kredit je kt owner... mesti dia tak marah... sangat..... :-)

    ReplyDelete
  3. Idea dan artikel biasanya berkait dengan tema dan matlamat blog. Sesekali bila dah kering idea, cubalah tulis isu semasa pula...

    ReplyDelete
  4. Its not easy to be a good blogger with brilliant idea kan..some more yang tak da skill menulis macam i ni.idea ada tapi tak pandai and malas sikit nak translate into paragraph.. .so last resort share aje the article yang rasanya menarik untuk semua...

    ReplyDelete
  5. @Bin MuhammadBetul tu... Kekadang idea tak nak datang pulak... Kalau datang satu hari sampai 2,3 post... :-)

    ReplyDelete
  6. @Raudzah ZahariMula-mula memang merangkak, lama-lama u akan jadi hebat jugak... Yang penting semua bloggers ada identiti tersendiri... Kita luahkan je apa yang kita nak sampaikan... :-)

    ReplyDelete