Thursday, January 10, 2013

Entri diplagiat dan copy paste

http://bilalelakiberbicara.blogspot.com/2013/01/entri-diplagiat-dan-copy-paste.html
Sememangnya aktiviti yang tidak dapat dibendung lagi apabila aktiviti "copy & paste" blog dan menggunakan untuk kepentingan blog mereka sangat membimbangkan. Mengambil kesempatan atas usaha orang lain demi kepentingan sendiri adalah kebiasaan berlaku dikalangan bloggers yang malas.

Apa itu plagiat? Menurut kamus dewan (Sumber: Wikipedia) plagiat bermaksud "perbuatan meniru atau mengutip sebahagian atau keseluruhan karya orang lain tetapi mengakui karya tersebut sebagai usahanya sendiri". Dalam dunia blogger juga aktiviti plagiat sangat berleluasa dan ada juga aktiviti plagiat berlaku di institusi pendidikan di negara ini.

Kenapa aktiviti plagiat membimbangkan? Hasil karya orang lain boleh disalahgunakan untuk kepentingan diri sendiri boleh mengurangkan daya kretiviti penulisan dan kemampuan berfikir secara kritis untuk menghasilkan sesuatu artikel yang lebih baik.

Namun jika ianya bertujuan pembelajaran dan penambahan ilmu yang bermanfaat bagi saya ianya tidak mendatangkan masalah kerana ilmu yang baik harus dikongsi dan demi manfaat orang lain. Namun bagaimana pula plagiat untuk mengaut keuntungan dan mendapatkan trafik yang tinggi untuk blog sendiri?

Bagaimana anda mengesan aktiviti "Copy dan Paste" ini? Aplikasi mengesan aktiviti plagiat yang terbaru saya pasangkan di blog ini membolehkan saya mengetahui berapa banyak entri yang di "copy". Walaupun saya tidak tahu untuk tujuan apa entri saya disalin, saya cuma berharap ianya untuk tujuan yang baik. Ilmu itu milik Allah SWT semata-mata. 

Dapatkan aplikasi pengesan "copy & paste" disini jika anda mahukan dapatkan di sini >>> Klik

Masalah plagiat mendatangkan kemarahan blogger apabila pemilik asal dituduh seperti yang dialami oleh azizwan.com, dan ada juga yang melibatkan gambar-gambar peribadi seperti Cik Laili.com. Tentunya ianya mendatangkan ketidakpuashatian tuan punya "barang".

Walau apapun yang berlaku masalah plagiat tidak akan terhenti setakat karya penulisan sahaja. Ianya telah meliputi semua aspek penciptaan yang mampu dimanipulasikan oleh pihak tertentu kerana teknologi yang ada sekarang telah "membenarkannya."

12 comments:

  1. Mula2 memang marah bila kena kat btg hidung sendiri....tapi bila di fikir positif, niat kita jadi blogger bukankah untuk memberitahu dan bercerita...maka biarlah ianya di kongsi walaupun dgn cara yg tidak betul. itu juga bermakna artikel kite diminati...Sabar dan redha insyaallah anda akan dapat yang lebih baik.

    ReplyDelete
  2. Betul tu Bin Muhammad, saya pun berfikir macam tu jugak, harap2 semua buat untuk tujuan yang baik.....

    ReplyDelete
  3. perkongsian yang baik.. thanks :)

    ReplyDelete
  4. terima kasih... thx erk.. sbbnya info ni sgr bermanfaat....
    pernah juga entri leeza di copy paste.

    ReplyDelete
  5. Sama-sam Leeza dayasari [santai leeza]... Biasalah Leeza, dunia celik IT.... Macam2 boleh berlaku...

    ReplyDelete
  6. Entahlah! Rasanya taklah susah sangat nak bagi kredit pada penulis / pemilik asal tu kan. Kalau mintak pun mungkin diorang akan benarkan.

    BTW, kesian bagi blogger yang bayar hosting utk host gambar2 diorang tiba2 ada pihak lain yang buat hotlink

    ReplyDelete
  7. Ye betul tu shraqs shaq.. Last2 kita tak tahu siapa pemilik asalnya...

    ReplyDelete
  8. wahh tak terkata kalau dah copy paste , dah tu tak bg kredit.. myirap lah darah, tapi nak buat macam mana..

    ReplyDelete
  9. Hehe.. Irwan Alessa pernah kena ke?

    ReplyDelete
  10. I do not know! It feels very kid taklah difficult to credit the author / owner right tu origin. If it were possible diorang MINTAK be justified.

    ReplyDelete