Sunday, January 27, 2013

Impak trafik laman aggregator

http://bilalelakiberbicara.blogspot.com/2013/01/impak-trafik-laman-aggregator.htmlDahulu, bermulanya secara kerap saya menerjah blog ini suasananya cukup sepi. Bagai berhabuk blog Bila Lelaki Berbicara ni.Namun sejak September 2012, saya tidak menoleh kebelakang lagi kerana inilah medan berekspresi diri sambil melayan karenah anak-anak.

Pada akhir bulan September 2012, jumlah pelawat sebanyak 200 pelawat, kemudian Oktober 2012 meningkat kepada 315 pelawat. Walaupun tidak banyak yang mengunjung blog ini namun ianya amat bermakna bagi saya meneruskan menulis di dalam blog.

Mula-mula menulis memang kekok, kaku, mungkin tidak menarik dan tidak faham apa itu SEO, tips dan lain-lain. Namun apabila saya mula mengenali laman aggregator yang menyediakan platform untuk komuniti bloggers berkongsi artikel, impak trafik laman aggregator nyata membawa perubahan besar.

Busuk.org adalah laman aggregator yang pertama saya singgah dan mendaftar. Hasilnya sangat menggalakkan. Pada akhir November 2012, jumlah pelawat meningkat secara mendadak iaitu sebanyak 3563. Trafik enjin carian google? Memang hambar. Maklumlah kandungan blog bukan kualiti sangat kan dan teknik SEO yang tak berapa mahir. 

,
Kemudian, Guablog.com. dan Apesal.com. kedua-duanya hampir serupa. Bezanya Guablog.com menawarkan pakej merendah ratio manakala Apesal.com hanya menawarkan tips merendahkan ratio. Apa itu ratio? (Jumlah klik diterima oleh blog/jumlah klik diberikan daripada blog anda)x100%. 

Impaknya pada Disember 2012 dan Januari 2012, jumlah trafik masih mengekalkan prestasinya. Kemudian saya diperkenalkan oleh rakan-rakan blog tentang Blogged.my dan Negaraku.my. Laman aggregator ini boleh membantu anda mendapatkan trafik percuma. Lain-lain yang pernah saya cuba adalah Ping Je!, GilaPing namun atas sebab tertentu saya membuangnya daripada blog.

Walaubagaimanapun, artikel yang dikongsikan dalam kebanyakkan laman aggregator ditapis dengan baik supaya tiada artikel berunsur politik melampau, fitnah dan berunsur seksual. Khidmat yang diberikan oleh laman aggregator membantu pencapaian blog Bila Lelaki Berbicara dari segi ranking Alexa. Bermula dengan ranking 9 juta lebih kini saya bersyukur ianya menurun kepada 7 ratus ribu lebih atas sokongan laman aggregator yang telah saya sebutkan tadi.

Walaupun blog Bila Lelaki Berbicara bukan blog paling popular atau blog yang terbaik namun saya amat mengharapkan saya mampu memberi sumbangan kecil kepada negara melalui hasil penulisan maya. Melalui tips dan panduan yang dikongsikan oleh "orang lama" dalam bloggers, Insya Allah saya akan terus bertahan selama yang boleh.

Tips di atas boleh digunakan juga bagi mereka yang betul-betul baru dalam blog. Tingkatkan trafik blog anda dengan artikel (bukan copy&paste entri) dan sebarkan di laman aggregator yang tentunya mendatangkan trafik percuma buat blog anda dengan syarat-syarat tertentu.

Dan kini saya baru ingin berjinak-jinak dengan blogr.my. Mari kongsi artikel anda di laman aggregator di atas. Hanya klik dan daftar. Mudah dan cepat. 

6 comments:

  1. benar.. laman ping aggretor ni dapat memberi traffik kepada blog kita. dj selalu juga ping ke kartikel.com dan carimember.com, boleh cuba yang ini :-)

    By: dj dan chef
    (djdanchef.blogspot.com)

    ReplyDelete
  2. @ashHehe... Saya lupa pulak nak masukkan carimember.com (Padahal selalu hantar artikel)... Untuk kartikel.com, nanti saya cuba... Tq for the info...

    ReplyDelete
  3. Semua dah cuba ping memang berbaloi tapi takleh la letak semua widget berserabut blog nnt...

    ReplyDelete
  4. @Rossa CallaYe, jadi kita akan pilih mana yang lebih mendatangkan trafik buat blog....Kalau banyak2 sangat pun buat berat blog...

    ReplyDelete
  5. Saya pula tak suka guna Ping Agretor ni. Sebabnya kena letak widget yang memberatkan loading blog + mencacatkan penampilan blog pun ada kalau tak diuruskan dengan betul.

    ReplyDelete
  6. @MRie RNieRasanya bagi bloggers baru memang amat memerlukan. hehe.. p/s blog Mrie RNie dah kira stabil dah tu...Nice quality article...

    ReplyDelete