Ahad, Januari 27, 2013

Isteri suka bila suami...

Suami suka bila isteri... telah dibincangkan pada entri sebelum ini. Pada kali ini bagaimana pula dengan isteri? Saya akan memberi sedikit panduan pada suami tentang apa yang disukai oleh isteri yang boleh kita lakukan. Semoga ianya lebih mengeratkan hubungan suami isteri anda semua dan untuk saya juga.

Apa yang disukai oleh isteri? Pernahkah kita bertanya kepada isteri kita tentang apa yang disukainya? Atau pun kita tidak mahu tahu langsung dan hanya kehendak suami sahaja yang perlu dituruti?

Isteri wajib taat kepada suami selagi suami tidak menyuruhnya membuat sesuatu yang buruk dan membinasakannya. Namun apa salahnya sesekali kita mendengar apa yang isteri mahu daripada suami.

Memberi isteri peluang memberi pandangan. Si isteri amat suka jika ianya mampu memberi sumbangan melalui pandangannya yang diambil kira oleh suami. Sesekali mendengar pandangannya membuatkan mereka rasa dihargai. Memaafkan juga kesalahannya. Tiada manusia yang sempurna kecuali nabi dan rasul Nya. Maka memaafkan isteri adalah cara terbaik mengeratkan hubungan suami isteri dan membuatkan si suami lebih dihormati. Memberinya kasih sayang. Kasih sayang amat penting bagi mengukuhkan suami isteri dalam melayari ranjau kehidupan. Tanpanya, rumahtangga akan sentiasa bergelora, terumbang ambing, hilang sifat hormat menghormati antara suami dan isteri.

MenghargainyaMenghargai isteri bukan semestinya memberinya duit. Ganjaran yang boleh diberikan kepada isteri dalam pelbagai bentuk. Kadangkala sebuah ciuman sudah cukup membuatkan isteri tersenyum. Menghormati haknya. Sebagai contoh jika pada tahun ini adalah giliran isteri beraya di rumahnya maka hormati haknya dan jangan sesekali suami melanggarnya demi kepuasan diri sendiri. Menjaga hati dan perasaan bila berada di luar. Bila keluar bersama pernahkah kita menjeling perempuan lain? Walaupun isteri tidak mengatakan mereka tidak suka, namun ketahuilah ianya menyakitkan mereka dan membuatkan mereka cemburu.

Bersikap jujur. Jangan terlalu banyak menyimpan rahsia di belakang isteri sekiranya isteri berada jauh dari suami. Isteri lebih suka suami bercakap jujur daripada tembelang suami pecah kemudian hari. Jadi jujurlah wahai suami kerana mereka tidak suka ditipu. Bertolak ansur. Memahami situasi isteri yang keletihan apatah lagi mereka juga bekerja mencari rezeki keluarga. Jadi dalam hal yang remeh temeh bolehlah suami bertolak ansur dengan isteri. Terimalah dia seadanya. Walau apapun perkara yang berlaku pada masa silamnya, isteri tidak suka suaminya mengungkit. Jika suami sanggup melafazkan akad maka terimalah dia seadanya.

Membantunya menguruskan rumahtangga. Isteri masak di dapur, suami membaca suratkhabar sedangkan anak menangis meminta susu. Bantulah meringankan tugas isteri membuatkan suami lebih disayangi oleh isteri. Menerima keluarganya. Sejahat manapun keluarga sebelah isteri anda, terimalah mereka juga kerana ikatan persaudaraan isteri perlu dijaga. Janganlah suami membezakan apa kekurangan yang ada pada keluarga sebelah isteri. 

11 perkara isteri suka bila suami yang disukai isteri adalah panduan kepada suami bagi mengetahui apakah yang paling disukai oleh isteri sekiranya suami melakukannya. Semoga panduan yang diberikan memberi manfaat kepada para suami.