Wednesday, January 30, 2013

Kenapa bayi menangis

http://bilalelakiberbicara.blogspot.com/2013/01/kenapa-bayi-menangis.html
Kenapa bayi menangis? Mesti ibu bapa yang baru sahaja menimang cahaya mata tertanya-tanya (Macam saya dulu). Bagi mereka yang sudah ada 2 atau 3 atau 4 anak, perkara itu boleh diuruskan kerana sudah ada pengalaman.

Ibu bapa memang tidak sampai hati melihat anaknya yang baru sahaja melihat dunia barunya tiba-tiba menangis tanpa diketahui puncanya. Kadang-kadang menggelabah jugak kan?

Tips ini sesuai bagi mereka yang belum berkahwin, baru sahaja berkahwin dan baru sahaja menerima ahli keluarga baru dalam hidupnya. Namun bagi ibu bapa yang sudah ada pengalaman bolehlah kongsi di sini jika ada penambahan.

Kenapa bayi menangis? Ada beberapa sebab kenapa bayi anda menangis. Berikut adalah antara sebab-sebab yang boleh anda baca dan cuba praktikkan jika mengalaminya. Sila ambil berat tentang bayi menangis selain daripada sifatnya yang suka menangis.

  1. Mama saya lapar - Bayi memang kuat menyusu. Seelok-eloknya bayi menyusu sekitar 2 jam sekali. Jika bayi anda tidur sekali pun, doktor menasihatkan supaya mengejutkan dan menyusukan anak. Jika anda berasa kasihan untuk mengejutkan anak anda yang sedang tidur, anda melakukan sedikit kesilapan kerana bayi menyusu untuk menambah berat badannya. Jika tidak menyusu tunggulah bebelan jururawat yang melawat.
  2. Mama perut saya sakit - Bayi mudah diserang kembung perut jika ibu yang memberikan susu tidak mengamalkan tips dan pantang larang "orang lama". Makanan ibu yang boleh membuatkan anak kembung perut adalah tidak digalakkan. Sayuran kekacang kebiasaannya membuatkan bayi kembung perut. Ingat! Ibu makan anak pun makan apa yang ibu makan. Sapukan minyak Vicks Vaporub untuk bayi atau Yu Yee cap limau. Pasti lena.
  3. Mama saya demam - Secara lumrahnya apabila anak sakit pasti menangis. Begitu juga bayi. Jika dia sakit dia akan menangis "Uwaaaa!". Cuba periksa suhu badannya.
  4. Saya tidak selesa - Kalau orang dewasa tak selesa, mereka boleh bercakap. Kalau bayi tak selesa? Apalagi menangis lah... Cuba ubah kedudukan bayi yang mendatangkan ketidakselesaannya. Jika bayi lewat mandi juga boleh membuatkan mereka tidak selesa.
  5. Saya perlukan pelukan/sentuhan ibu - Bila dah bagi susu, mandi pun dah, apalagi nak? Dakap dan peluklah anak anda. Mereka perlukan sentuhan ibu. Baginya sentuhan ibunya adalah tempat paling selamat. (Sama seperti dalam perut).
  6. Saya mahu tidur, jangan cium saya - Kadang-kadang ibu bapa bila tengok anak rasa geram je kan? Mesti nak cium. Bila anak mahu tidur, pastinya mereka tidak mahu tidur mereka diganggu. Bila diganggu marahlah mereka.
  7. Kenapa mama tidak layan saya - Mereka perlukan perhatian bila mereka rasa keseorangan. Bila mereka sunyi bayi akan menangis untuk memanggil ibu, kalau bayi panggil "Ibu, ibu.." Istimewanya anak anda.
  8. Mengulat/Mahu menghisap puting - Di Sarawak, wife panggil mengulat. Di Semenanjung saya tidak pasti apa namanya. Bila anak mahu tidur, kebiasaannya mereka mahu puting, tetapi KKM tidak mensyorkannya kerana takut gigi anak cepat rosak. Jadi terpaksalah ibu menggunankan puting susunya sebagai pengganti sebelum bayi tidur. Jika sudah tidur, tanggalkan perlahan-lahan dan letakkannya di tilam.
  9. Saya diganggu mahluk halus - Bayi mudah melihat "benda" yang tidak mampu kita lihat. Jadi perkara ke-9 ada kemungkinannya bila 8 tips di atas tidak berjaya "mendiamkannya". Sila rujuk pakar.
Semuanya ada 9 sebab kenapa bayi menangis. Mudah-mudahan ianya membantu anda semua. Selamat membaca.

4 comments:

  1. Perkongsian yang bagus dan berinformasi, panduan berguna buat sesiapa sahaja.
    Tambahan :Bayi menangis kerana nama dia sepatutnya Ahmad Albab...hehe. Jgn marah...

    Tangisan bayi memang membuatkan kita gelisah dan cuak...namun tangisan itu juga yg memberi kita kecerian dan ikatan kasih sayang.

    ReplyDelete
  2. @Bin MuhammadHaha... ye tak ye jugak ye... Tu sebab no 10 la... Hehe

    ReplyDelete
  3. nice sharing bro. nanti bila dah kawin n dah ada anak, boleh apply ni. hehe

    ReplyDelete
  4. @محمد رازيقHehe... Tq, Insya Allah semoga anda mendapat sesuatu darinya....

    ReplyDelete