Wednesday, January 16, 2013

Kisah Mat Yo, Mat Toyol dan Bola Sepak

Seimbas lalu, perlawanan Liga Super Malaysia 2013 telah memulakan tirainya pada awal bulan ini di mana pasukan Pahang masih kekal di tahta liga setelah 2 perlawanan dengan 6 mata selepas menewaskan Negeri Sembilan [2-1]. Selain daripada pasukan ATM, lain-lain pasukan masih bergelut untuk merapatkan jurang mata dengan 2 pasukan di tangga teratas.

Walaupun pelbagai isu telah berbangkit sebelum Liga Super 2013 bermula seperti isu meletak jawatan Presiden FAM, isu lampu limpah yang tidak cukup kecerahannya serta perhatian kepada pasukan bintang, Johor Darul Takzim. Sebenarnya bukan isu di atas yang mahu dibincangkan tetapi ada beberapa perkara yang menarik perhatian saya untuk dikongsikan.

Berkesempatan menonton perlawanan bola sepak di antara Pahang VS Negeri Sembilan di TV1 malam tadi memperlihatkan perubahan ketara kepada sistem pencahayaan stadium Darul Makmur, Pahang hasil ketetapan badan penganjur perlawanan liga FAM terhadap keperluan minimum pencahayaan daripada 800 flux kepada 1000 flux.

Hasilnya cuba perhatikan perbezaan penggunaan 800 flux minimum dan >1000 flux minimum. Memang ketara kan?

http://bilalelakiberbicara.blogspot.com/2013/01/kisah-mat-yo-mat-toyol-dan-bola-sepak.htmlhttp://bilalelakiberbicara.blogspot.com/2013/01/kisah-mat-yo-mat-toyol-dan-bola-sepak.html
Jika anda menonton perlawanan sebelum ini, suasana agak suram dan kelam menjadikan "mood" untuk menonton perlawanan bola sepak di televisyen agak merudum sedikit berbanding kecerahan yang begitu baik pada edisi kali ini. Syabas diucapkan kepada FAM kerana menguatkuasakan perkara ini.

Namun begitu dalam usaha FAM untuk menjadikan liga tempatan sebagai liga profesional agak mencacatkan apabila telah menjadi ikutan pemain-pemain bola sepak di negara ini untuk menggunakan nama singkatan pada jersi pasukan dalam Liga Super dengan nama yang tidak sepatutnya.

http://bilalelakiberbicara.blogspot.com/2013/01/kisah-mat-yo-mat-toyol-dan-bola-sepak.html

Mengambil contoh nama Poyeng, Mat Yo, Yol, Toyol (Nasib baik yang ini belum ada lagi) dan sebagainya. Adakah ini berpatutan dengan profesionalisma yang cuba diperjuangkan oleh FAM? Messi, C.Ronaldo, Persie, Rooney atau pemain antarabangsa lain yang lebih profesional masih tetap menggunakan nama singkatan yang "masuk akal". Mengapa di Malaysia penggunaan nama timangan amat berleluasa?

Mungkin FAM tidak memandangnya secara serius tentang perkara ini. Adalah dirasakan lebih baik sekiranya penggunaan nama yang sesuai digunakan oleh pemain-pemain di Malaysia untuk mencerminkan tahap profesional pemain bola sepak di negara ini. Usah gunakan nama timangan yang tentunya bukan "popular" sangat pun berbanding pemain bintang di dunia.

Semoga perkara ini mendapat perhatian FAM yang tentunya membuatkan saya keliru siapakah Poyeng yang dimaksudkan sedangkan pengulas menyebutnya dengan nama lain. Atau memang FAM mahukan sebegitu rupa? Kita lihat sahaja perubahan demi perubahan yang akan dilakukan oleh FAM yang mungkin terkenal dengan "Sistem Main Tarik Talinya".

No comments:

Post a Comment