Sunday, February 3, 2013

4 Rahsia terbesar BR1M 2.0

http://bilalelakiberbicara.blogspot.com/2013/02/4-rahsia-terbesar-br1m-20.html
BR1M 2.0 seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mula dibayar semalam. Di Ampang, Selangor Datuk Seri Najib merasmikan pelancaran penyampian BR1M  2.0 bagi kawasan Parlimen Ampang dan Pandan Jaya.

Apa hikmahnya BR1M ini? Apa tujuan disebalik pemberian BR1M? Kenapa kerajaan Malaysia mampu memberikan BR1M? Banyak persoalan yang dilontarkan semenjak pertama kali BR1M diperkenalkan.

BR1M (Bantuan Rakyat 1 Malaysia) mula diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dan pentadbiran BN pada tahun 2012 dan diteruskan pada tahun 2013 sebagai menepati janji beliau membantu rakyat. Kerajaan mampu memberikan BR1M adalah disebabkan kutipan cukai yang tinggi dibuat oleh LHDN iaitu sebanyak RM125 billion pada tahun lepas berbanding RM3 billion sahaja yang diperlukan untuk pembayaran BR1M 2.0.

Apa kelebihan disebalik BR1M 2.0? Mari kita lihat 4 rahsia terbesar BR1M 2.0 kepada rakyat.
  1. BR1M membuatkan rakyat mendaftar dengan LHDN. Melalui pembayaran BR1M sebenarnya adalah jalan terbaik kerajaan "memaksa dengan cara lembut" rakyat yang berpendapatan RM3000 kebawah mendaftar dengan LHDN. Apabila rakyat sudah mendaftar dengan LHDN maka mudahlah LHDN melakukan kutipan cukai, analisa pendapatan dan lain-lain maka untunglah kerajaan.
  2. BR1M adalah bantuan dan bukan rasuah. Memang untungnya BR1M diberi pada awal tahun kerana bantuan yang diberikan mampu meringankan beban rakyat. Adakah ini dikira rasuah bagi mengundi kerajaan pada PRU-13 nanti? Ramai dikalangan kita menganggapnya begitu. Bagi saya "orang memberi kita menerima".Yang lain-lain tolak tepi. Adakah orang memberi kita wajib berbudi? 
  3. BR1M membuatkan kerajaan Malaysia tidak menguruskan kewangan dengan baik. Miskinkah negara jika BR1M dilaksanakan pada setiap tahun? Pernah dengar negara Malaysia bankrap? Negara lain yang dilihat gah "tersungkur" akibat kemelesetan ekonomi. Tetapi di Malaysia plaza penuh, hari cuti jalan sesak, keluar telefon baru asyik bertukar telefon, kedai makan penuh sesak dan macam-macam lagi. Bankrapkah negara? Kerajaan pasti tahu bila bagi BR1M, rakyat akan belanja, bila rakyat belanja LHDN akan kutip cukai, bila kutip cukai akan ada BR1M 3.0. Itulah suntikan rahsia kerajaan bagi mencair ekonomi Malaysia dan menguatkan eknomi domestik.
  4. Rakyat sengsara terpaksa bayar cukai. Pembayaran BR1M telah disyaratkan bagi isi rumah dibawah RM3000. Bagi pendapatan RM3000 ke atas, mereka tak akan dapat BR1M dan terpaksa membayar cukai. Besar pendapatan besarlah cukainya. Dalam konsep Islam di sebut zakat. Zakat dan Cukai mempunyai tujuan yang sama iaitu "yang senang membantu yang susah, yang senang akan terus senang dan yang susah dapatlah kesenangan."

Walau apapun alasannya BR1M adalah satu rezeki yang ditentukan oleh Allah SWT. Gunakan pemberian yang diberikan sebaik-baiknya. Pemberian BR1M mampu diberikan oleh kerajaan disebabkan ekonomi negara ini yang mantap. Ianya diasaskan lagi dengan perpaduan yang kuat dan politik yang cukup stabil.

Tak kira kerajaan mana pun yang memberikan BR1M, pertahankan "kelebihan" Malaysia berbanding negara lain kerana ianya mampu menjamin ruang kehidupan keharmonian yang selesa untuk anak kita 

10 comments:

  1. apa yang penting... kita tetap aman makmur...

    ReplyDelete
  2. Saya setuju bila PD kata... Orang memberi kita menerima, yg lain tolak tepi tapi adakah orang memberi, kita wajib berbudi...
    Jika berbuat kebaikan dgn berharapkan balasan itu tak ikhlas namanya.

    ReplyDelete
  3. @Bin MuhammadYe BM, kalau ikhlas dan tanggungjawab tak perlu minta balasan, pasti budi yang baik akan dibalas dengan baik.....

    ReplyDelete
  4. itulah.yg penting kalau aman damai takpe.jgn lah huru hara.

    ReplyDelete
  5. @::aMaD::Ye saya sokong... Susah nak pergi mana2 kalau huru hara...

    ReplyDelete
  6. selagi ada pembangkang. selagi tu rakyat malaysia boleh menerima barmacam-macam faedah. sebabnya, kerajaan akan sentiasa cuba menambat hati rakyat

    ReplyDelete
  7. @wandisiniYe betul tu... Cuma pembangkang kena tingkatkan kualiti baru lagi banyak manfaat rakyat dapat....

    ReplyDelete