Friday, February 8, 2013

Kejayaan seorang sahabat Mr Nasi Ambang

http://bilalelakiberbicara.blogspot.com/2013/02/kejayaan-seorang-sahabat-mr-nasi-ambang.htmlUsaha tangga kejayaan. Begitulah yang dilakukan oleh seorang sahabat saya yang boleh dikatakan sudah berjaya menempah nama sebagai usahawan muda. Kejayaan yang dikecapi pada hari ini membuatkan saya tertarik untuk menulis tentangnya pada hari ini.

http://bilalelakiberbicara.blogspot.com/2013/02/kejayaan-seorang-sahabat-mr-nasi-ambang.htmlBangga dan cemburu terhadap kejayaannya membuat saya bersemangat untuk mengikut jejaknya walaupun akal tidak setinggi mana. Sahabat saya, Kamal Zakry yang pernah satu ketika dahulu tinggal bersama di asrama Sekolah Tinggi Kluang kini di atas landasan tepat untuk mengembangkan lagi perniagaannya.

Bermula dari sebuah Take Away Station yang terletak di Damansara, Petaling Jaya kini beliau maju setapak lagi. Mr Nasi Ambang sedang dalam perancangan untuk memberikan khidmat servis penghantaran terus kepada penggemarnya. Walaupun servis penghantaran yang akan diberikan masih belum diumumkan lagi namun usahanya boleh dibanggakan kerana berjaya meletakkan perniagaannya seperti McD dan Pizza Hut yang memberikan khidmat servis penghantaran.

Dengan tagline "Pssst... It`s Johorean secret Recipe", makanan tradisional Jawa ini memberikan penggemarnya keaslian dan keenakkan yang pasti tidak dapat anda lupakan. 

http://bilalelakiberbicara.blogspot.com/2013/02/kejayaan-seorang-sahabat-mr-nasi-ambang.htmlSelain daripada nasi ambang terdapat juga menu lain seperti Lontong Darat. Rasanya? Anda cuba sendiri dan nilaikan sendiri. Saya jamin anda pasti mahu lagi.

Saya juga adalah penggemar nasi ambang yang acapkali disajikan semasa kenduri dan majlis keagamaan di Johor dan pastinya saya akan merasai kenikmatan nasi ambang Mr Nasi Ambang sahabat saya.

Bagi anda yang ingin merasai sendiri nikmat dan rasa nasi ambang ini bolehlah berkunjung ke alamat seperti yang tertera di bawah. Atau hubungi En Kamal Zakry (016-3660600) untuk pertanyaan lanjut.

http://bilalelakiberbicara.blogspot.com/2013/02/kejayaan-seorang-sahabat-mr-nasi-ambang.html
Kejayaan anak muda ini wajar dicontohi dan dijadikan teladan. Jika ada kemahuan, pasti ada jalan. Jika ada keinginan pasti akan berjaya. Semoga sahabat saya ini terus maju dan mampu mengembangkan perniaagaannya ke peringkat global. Insya Allah.

4 comments:

  1. salam...Tumpang gembira TA atas kejayaan beliau..
    Tahniah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga kita dapat mengikut jejak langkahnya...

      Delete
  2. walau tak pernah rasa nasi ambang tp moga2 die terus maju. semoga rezeki yg diperolehi diberkati Allah. insyAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap dapat cuba sekali.. Mesti nak lagi... Hehe...Kamu doakan kebaikkan orang lain maka berbaliklah doa itu untuk kamu juga sahabat.... Ye, moga dia diberkati oleh Allah....

      Delete