Wednesday, February 6, 2013

Ledakan kuasa perniagaan internet

Internet telah hampir menguasai kehidupan seharian manusia. Pencarian maklumat, jaringan sosial maya, perniagaan online dan banyak lagi memungkinkan manusia tidak boleh hidup tanpa internet. 

http://bilalelakiberbicara.blogspot.com/2013/02/ledakan-kuasa-perniagaan-internet.html
Internet dilihat sebagai satu keperluan sama ada anda menggunakan talian internet untuk komputer, netbook, notebook dan smartphone, internet menggantikan minat manusia untuk mendapatkan maklumat melalui buku. Tanpa menyusahkan diri untuk menyelak setiap helaian buku, pencarian maklumat dilihat sangat mudah dan pantas berbanding berkunjung ke perpustakaan. 

Kebaikan dan keburukan internet bergantung kepada individu yang menggunakannya. Sama ada kita melayarinya sebagi hobi, mencari maklumat, menjalankan perniagaan atau mendapatkan info tentang rakan-rakan, sebenarnya internet sangat berfaedah jika digunakan secara betul.

Fungsi internet kini telah berkembang sehinggakan jabatan pertahanan ketenteraan mampu dilumpuhkan, aktiviti penipuan berleluasa dan aktiviti menjerat wanita dan sebagainya.

Walaupun pihak bertanggungjawab telah acapkali memberi peringatan dan kempen bagi melindungi keselamatan individu semasa melayari internet, nampaknya semakin hebat peringatan dan kempen yang dibuat, semakin sukar menumpaskan aktiviti tidak bertanggungjawab berlaku.

Sama ada internet adalah keperluan penting pada masa kini atau internet hanya aksesori keperluan hidup, percayalah bahawa internet telah menguasai kehidupan manusia. Tanpanya manusia boleh merasa janggal, tanpanya juga, manusia boleh meracau.

Kesannya terhadap kehidupan manusia memang banyak. Baik dan buruk bergantung kepada objektif penggunaannya. Memanfaatkan kuasa ledakan internet membuatkan seseorang yang mengusainya mendapat limpahan keuntungan mudah tanpa mengeluarkan keringat yang banyak.

Menanti dan terus menanti duit masuk tanpa henti hanya bagi mereka yang berusaha memanfaatkan kuasa internet. Bagi mereka yang menidakkan internet sebagi satu punca rezeki dan memperlekehkannya mereka sebenarnya belum menguasai internet sepenuhnya.

Kini, internet mampu membuatkan anda tersenyum di malam hari. Menjalankan perniagan amat mudah seperti yang dalam proses pembangunan bersama isteri saya melalui dynnalife.com. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang.

Allah SWT memberi manusia rezeki secara adil. Jika kita berusaha mencapainya pasti akan merasai nikmat limpahan rezeki Nya. Belajar dan berusaha di awal permulaan, kemudiannya menikmati usaha kecil anda hanya kerana internet telah melakukan selebihnya untuk anda.

Mencuba dan melihat adalah perkara berbeza. Anda melihat orang lain mencuba adalah sesuatu yang berbeza. Peluang sentiasa terbuka. Hanya anda perlu memulakannya. Semoga entri ini mampu menaikkan semangat anda untuk memanfaatkan ledakan kuasa perniagaan internet. Insya Allah. Amin.

2 comments:

  1. Usahawan, perniaga itu adalah Fardhu Kifayah dan prosesnya mengamalkan sistem muamalat iaitu sistem memberi. Namun setiap usahawan wajib berlandaskan moral dan peraturan yang telah ditetapkan. Sesiapa sahaja akan pandang tinggi pada peniaga dan usahawan. Sentiasa berdoa dan bersedekah, insyaallah. Semoga segalanya dipermudahkan.

    Lagi Tip-tip Usahawan Kecil Malaysia 2013
    Kata Semangat dan Tip-tip Usahawan
    Usahawan Kecil Hati Bakal Muflis
    Tip-tip dari Najib untuk Usahawan Kecil
    Tip-tip Usahawan Kecil Internet

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana berkongsi tips yang sangat berguna... Betul, banyak sedekah, InsyaAllah rezeki semakin bertambah....

      Delete