Khamis, Februari 14, 2013

Rahsia skandal terbongkar

Skandal di pejabat, Merujuk kepada artikel bertajuk "10 sebab berlaku skandal di tempat kerja" yang telah saya post sebelum ini, fary meminta tips untuk menghadapi rakan sekerja yang terlibat dalam aktiviti skandal. Jika melihat kepada komen yang dihantar (gambar dibawah), ternyata orang yang melakukan skandal itu adalah seorang lelaki.

Fary merasa kasihan terhadap isteri rakannya itu dan saya berusaha membantu melalui tips membongkar rahsia skandal bagi menghalang usaha skandal di tempat kerjanya berlarutan sehingga tidak dapat dikawal.

Skandal terbongkar, skandal di pejabat

Sebab-sebab berlakunya skandal boleh anda baca [10 sebab berlaku skandal di tempat kerja]. Realitinya skandal di tempat kerja memang berlaku di serata negara. Bezanya cuma sama ada diketahui oleh pasangan terlibat atau pun tidak diketahui oleh rakan-rakan sekerja yang lain. Bak kata pepatah "Pandai makan, pandai simpan".

Baik skandal yang dibuat oleh lelaki ataupun wanita, sekiranya ianya membawa kepada keruntuhan rumahtangga si pelaku, adalah lebih baik anda "menyelak tepi kain orang" sedikit untuk membantu pasangan si pelaku daripada "di tipu hidup-hidup"

Apakah cara yang boleh kita sebagai rakan sekerja lakukan supaya mereka sedar tentang baik dan buruknya perilaku mereka sehingga mendatangkan rasa kurang senang rakan sepejabat yang lain. Cuba amalkan tips dibawah, mudah-mudahan anda berjaya membongkar rahsia skandal di tempat kerja.

Tampalkan poster yang sebesar-besarnya tentang dilarang melakukan aktiviti skandal di tempat kerja adalah jalan terbaik untuk memberitahu si pelaku dan rakan-rakan lain bahawa ada rakan yang tidak selesa dengan perbuatannya. Highlight isu skandal di tempat kerja semasa mesyuarat atau perjumpaan bersama ketua tempat anda bekerja. Jika si pelaku adalah bos anda sendiri? Cara ini mungkin tidak berkesan. Elakkan si pelaku dan skandalnya mendapat peluang bersama-sama dalam apa juga acara yang dilangsungkan dalam pejabat. Contohnya kertas kerja, projek syarikat atau lain-lain yang melibatkan sekumpulan pekerja.

Ceritakan tentang kebaikan pasangan si pelaku kepada skandalnya agar jiwanya semakin kacau dan meracau. Minta pegawai yang lebih tinggi memprovokasi "katakan tidak" kepada kebebasan skandal di pejabat. Yang paling jahat anda boleh buat, pisahkan mereka dengan cerita yang kurang enak didengari oleh si pelaku tentang pasangan skandalnya. (Jangan sampai fitnah, fitnah itu lebih teruk daripada membunuh)

Nasihatkan kedua-dua belah pihak. Lebih baik si penasihat adalah orang yang lebih atas daripada keduanya atau orang yang paling dihormati dalam tempat kerja anda. Jangan galakkan aktiviti sumbang mereka. Jika kita menggalakkan maka kita mendorong aktiviti tersebut berterusan. Cuba tonjolkan sikap tidak suka anda kepada si pelaku. Mudah-mudahan mereka sedar tentang hubungan mereka tidak disukai oleh rakan sekerja yang lain.

Beritahu pasangan yang sah si pelaku tentang perilakunya di pejabat. (Jangan sampai aktiviti serang-menyerang berlaku di pejabat). Katakan kepada si pelaku bahawa anda tidak suka aktiviti skandalnya dilakukan di pejabat anda. Berterus terang dengan si pelaku bahawa lebih baik berkahwin secara sah daripada berskandal secara gelap.

Mungkin ada jalan penyelesaian yang lain yang boleh anda buat tidak dapat dinayatakan di sini, anda boleh mencubanya kerana usaha anda adalah murni untuk menyelamatkan sebuah rumahtangga yang sah dan menghindarkan aktiviti skandal yang boleh membawa kepada aktiviti "persundalan" luar pejabat.