Wednesday, February 20, 2013

Reaktor Nuklear pertama Malaysia

http://bilalelakiberbicara.blogspot.com/2013/02/reaktor-nuklear-pertama-malaysia.html
Betul ke Malaysia ada reaktor nuklear? Ada ke? Reaktor nuklear seperti Jepun? Tidak bahaya ke? Macam-macam soalan yang saya dapat semasa berbual dengan orang ramai yang belum mengetahui kewujudan reaktor nuklear di Malaysia.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Malaysia sudah mempunyai reaktor nuklear pertama sejak tahun 28 Jun 1982. Ianya dipanggil Reaktor TRIGA Puspati (RTP) adalah satu-satunya reaktor penyelidikan yang terdapat di Malaysia.

Perkataan TRIGA bermaksud Training, Research, Isotope production dan General Atomic. Reaktor TRIGA Puspati terletak di Bangi, Kajang bersebelahan dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bertempat di Nuklear Malaysia dibawah kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

http://bilalelakiberbicara.blogspot.com/2013/02/reaktor-nuklear-pertama-malaysia.htmlRTP adalah reaktor jenis kolam yang direkabentuk bagi membolehkan eksperimen dijalankan di teras reaktor. Teras reaktor terletak di bahagian bawah tangki aluminium yang berketinggian 7m dan dikelilingi dengan pelindung biologi yang diperbuat daripada konkrit berketumpatan tinggi.

Elemen bahan api RTP mengandungi campuran zirconium-hidrida dan uranium yang diperkayakan. Ianya disimpan dalam kapsul keluli tahan karat. Keseluruhan bahan api terletak pada teras reaktor yang mempunyai enam lingkaran. Air yang dinyahgalian bertindak sebagai bahan pemerlahan neutron laju dan bahan pelambat, manakala grafit digunakan sebagai pembalik.

http://bilalelakiberbicara.blogspot.com/2013/02/reaktor-nuklear-pertama-malaysia.htmlReaktor direkabentuk sedemikian rupa supaya sesuai digunakan dalam pelbagai bidang sains nuklear dan penyelidikan. RTP juga menyediakan kemudahan untuk penggunaan neutron termaju dan kajian sinaran gama termasuk analisis pengaktifan neutron (NAA), analisis neutron tertunda (DNA), pengeluaran isotop untuk kegunaan perubatan, perindustrian dan pertanian, radiografi neutron dan penyerakan neutron sudut kecil (SANS).

Soalan dan jawapan ringkas mengenai rektor nuklear RTP.

S: Boleh jana bekalan elektrik?
J: Tidak. Tidak cukup kuasa dan cuma fasiliti penyelidikan.

S: Ada buat bom?
J: Tidak. Malaysia juara keamanan. Tidak perlukan bom nuklear.

S: Boleh meletup macam di Jepun?
J: Kemungkinan 0%. Rekabentuknya sangat berlainan dengan apa yang Jepun ada.

S: Boleh buat lawatan? Ada bayaran masuk?
J: Boleh. Tiada bayaran masuk dikenakan.

Jadi saya sudah kongsikan serba sedikit tentang reaktor nuklear Malaysia pertama dengan pembaca. Sekiranya ingin mengetahui lebih lanjut tentang reaktor nuklear Malaysia dan ingin membuat lawatan, anda amat dialu-alukan.

4 comments:

  1. salam.....
    wah menarik ni...info yang mantap.....
    nak masukkan dalam jadual TA lah.....
    jap jap jap nak read....

    Tolong sebarkan: Cara Menegur ketika dalam solat Jumaat- TiranaAduka


    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. Boleh.. Masukkan dalam jadual TA ye...

      Delete
  2. ohh sekadar tempat kajian la ye.. thx atas info :)

    ReplyDelete