Sunday, February 10, 2013

Shila Hamzah, cinta dan restu ayahnya

http://bilalelakiberbicara.blogspot.com/2013/02/shila-hamzah-cinta-dan-restu-ayahnya.html
Macam-macam berlaku dalam dunia artis sehinggakan semua cerita peribadi menjadi bualan hangat media. Dalam kes terbaru, bapa Shila Hamzah membuat laporan polis mengatakan anaknya hilang selepas menghadiri majlis promosi di Shanghai, China.

Namun sejurus selepas itu, polis mengesahkan bahawa kes itu telah selesai. Bapa artis itu mengaitkan isu kehilangan anaknya ada berkait rapat dengan isu Shila Hamzah dan Shanaz Ahmad.

Antara cintanya dan ibu bapanya, mana lebih perlu menjadi keutamaan Shila? Kita abaikan seketika tentang status Shila Hamzah sebagai artis. Jika seorang insan biasa pun, setiap hubungan cinta perlu mendapat restu daripada ibu bapanya. Betul tidak?

Mengapa restu ibubapa penting dalam sesebuah hubungan percintaan? Apakah perlu cinta memerlukan korban tangisan ibu bapa untuk mencapai kebahagian?

Bagi saya seorang lelaki yang cetek ilmu agama namun saya tahu satu perkara yang menjadi tunjang keberkatan dan nikmat kebahagian dalam rumahtangga apabila hubungan yang dibina mesti mendapat restu ibu bapa agar lebih diberkati.

Syurga isteri dibawah tapak kaki suami. Tetapi syurga anak masih dibawah tapak kaki ibu bapanya selagi tiada ikatan yang sah yang membolehkan aksi mencium tangan dibuat, tiada istimewanya teman lelaki bagi wanita. Ibu bapa perlu diutamakan terlebih dahulu.

Sudah-sudahlah adegan yang cukup membuatkan saya meluat. Artis adalah tauladan kepada masyarakat. Jangan disebabkan cinta menghalalkan kita mengetepikan ibu bapa.

Ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anaknya. Tiada ibu bapa mahukan anaknya binasa. Jangan pula kerana cinta ibu bapa memendam duka. Jangan pula kerana cinta ibu bapa berlinang airmata. Umur dewasa tidak memihak anak untuk membuat "kepala".

Jika hubungan cinta tidak mendapat restu ibu bapa pelbagai masalah bakal menimpa. Jika tidak di dunia, balasan akan diterima diakhirat kelak. Apakah kesan hubungan cinta tidak mendapat restu ibu bapa? Fikir-fikirkanlah....

No comments:

Post a Comment