Khamis, November 24, 2016

Tersalah dail nombor telefon

Taktik Scammer, Scammer call,"Awak siapa?", "Siapa ni?", "Awak siapa eh?", "Dari mana dapat nombor saya?". Seribu persoalan di kotak fikiran anda jika seseorang yang anda tidak kenali menelefon atau menghantar khidmat pesanan ringkas [SMS] kepada anda untuk bertanya khabar atau sebagainya.. Mereka memberi alasan bahawa tersalah dail nombor telefon anda.

Sama ada mereka memang tersalah dail nombor telefon anda atau memang disengajakan. Bagaimana nombor telefon anda boleh dihubungi oleh mereka? Tentu anda terpinga-pinga kan?

Ada beberapa 7 cara yang saya senaraikan disini tentang bagaimana mereka menggunakan alasan tersalah dail nombor telefon untuk menghubungi anda dengan tujuan yang beberbeza-beza. Sama ada suka-suka, scammer, atau pun dengan niat melakukan sesuatu yang tidak baik kepada anda.

Cuba, try & test - Katakan nombor telefon mereka 011-111111111. Jika menukarkan angka 1 terakhir dengan angka 2, berkemungkinan orang menjawab panggilan nombor telefon 011-111111112 memang ada. Jika anda mahu membeli nombor telefon baru, kebanyakkan nombor tersebut di susun secara berturutan. 

Salah sendiri - Kadang-kadang anda terlupa bahawa anda pernah meletakkan nombor telefon anda di laman sosial, blog atau mana-mana tempat yang boleh dibaca oleh orang ramai. Jadi jangan salahkan mereka mendail dengan niat untuk mengenali anda. 

Sabotaj - Seringkali nombor telefon yang menawarkan khidmat yang menjijikkan terpampang meluas di dada-dada dinding tandas awam. Tidak percaya? Tanya sendiri dengan cleaner tandas awam. Berapa kali mereka menghilangkan nombor telefon yang ada di tandas? Mungkin ada orang cuba mensabotaj anda. 

Kenalan - Tak kenal maka tak cinta. Nak kenal kenalah menghubungi anda. Dalam diam-diam rupanya anda diminati oleh seseorang yang anda tidak kenal atau pun kenalan kepada kenalan anda. Setelah dipujuk rayu akhirnya kenalan anda mencemar hak peribadi anda dengan memberikan nombor telefon anda kepadanya. 

Cubaan penjenayah - Penjenayah semakin maju dan dengan kemajuan teknologi yang ada digunakan sebaiknya untuk menipu anda. Jika anda jenis mudah terpedaya, anda akan merana! 

Digodam - Berkemungkinan kebocoran maklumat peribadi anda di laman sosial atau website digodam memang ada. Sama ada dengan niat mencuri maklumat email / nombor telefon atau dengan tujuan lain, tentunya ianya menaikkan darah jika anda mangsanya. 

Bekas orang - Nombor telefon sering bertukar, nampak nombor cantik terus beli. Walhal anda tidak mengetahui bahawa ada orang pernah menggunakan nombor itu sebelum ini. "Hello Ah Chong!" Bila masa pula nama anda Ah Chong kan? 

Pelbagai kaedah yang digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk menelefon anda dengan harapan tersalah dail nombor telefon anda boleh mendatangkan keuntungan semata-mata kepada mereka. Jadi berhati-hatilah dengan cubaan untuk membuatkan anda tidak tenteram kerana hak peribadi anda telah dinodai.