Tuesday, February 5, 2013

Tips membeli keperluan bayi

http://bilalelakiberbicara.blogspot.com/2013/02/tips-membeli-keperluan-bayi.html
Isteri bakal bersalin? Baru pertama kali? Tak tahu barang apa nak beli? Macam-macam soalan. Jika anda   singgah dalam blog ini pada hari ini dan seterusnya anda mungkin bertuah. Dapat hadiah? Hehe... Bukan hadiah nak bagi. Tapi nak bagi tips membeli keperluan bayi yang perlu sediakan sebelum menyambut kelahiran anak anda.

Kebetulan, kawan saya bakal menimang cahaya mata buat kali pertama, pernah juga tanya dengan dia dah beli barang-barang anak, dah cukup ke barang, dia pun masih terpinga-pinga sikit... Baru pertama kali memang macam tu, saya pun dulu sama juga... Terpinga-pinga....

Dalam menyediakan keperluan bayi perlu mengambil kira aspek keselamatan, keserasian dan kesesuaian kulit anak dengan produk yang kita beli. Seperti contoh anak saya. Semasa saya membelikan set mandian Fiffy, kulitnya menjadi kemerah-merahan dan seperti tidak serasi. Jadi saya cuba pula set mandian Johnson & Johnson. Alhamdlillah semuanya ok.

Begitu juga dengan lampin pakai buang (pampers). Segilintir kulit bayi mungkin tidak sesuai dengan satu produk dan sesuai pula dengan produk lain. Jadi semasa memikirkan barang apa yang perlu dibeli perlu juga fikir keserasian bakal anak yang lahir. Jika tidak rugi pula anda beli tetapi tidak dapat digunakan.

Tips: Beli pampers dalam kuantiti yang kecil dahulu. Jika serasi bolehlah teruskan. Jika tidak cuba jenama lain.
Bagaimana pula dengan barang-barang lain? Tiada idea nak beli apa? Mana nak cari checklist? Rasanya kalau nak cari checklist, bawa pen dan kertas jumpa mak ayah dan list down apa yang mereka cakap. Bukannya takut ada barang yang tertinggal untuk kita sediakan bagi menyambut anak kita.
Bagi memudahkan anda memikirkan apa yang perlu dibeli cuba lihat pembahagian keperluan anak seperti dibawah:
  1. Semasa lahir
  2. Selepas lahir
Kemudian kembangkan tajuk semasa lahir apa yang diperlukan. Saya beri sedikit senarai buat panduan untuk memudahkan lagi.
  • Pampers (Newborn)
  • Lampin
  • Tuala
  • Selimut
  • Sarung kaki
  • Sarung tangan
  • Topi (Penutup kepala)
  • Puting (Tidak digalakkan)
  • Bengkung bayi
  • Baby Wipes
  • Set Mandian
  • Bedak? Kalau boleh jangan beri bayi bedak dulu. Takut anak alahan debu bedak (Asma) dan mengalami alahan kulit.
  • Beg bayi (Muatkan semua maklumat dan keperluan bayi)
  • Dll
Kalau anak anda mahu diberikan susu (susu ibu adalah yang terbaik), belilah keperluan lain seperti thermos, botol dan lain-lain yang disimpan rapi. Kemudian senaraikan pula barang-barang bayi untuk digunakan selepas lahir.
  • Tab mandian
  • Tilam
  • Bantal
  • Kelambu (Jika perlu)
  • Bakul baju kotor khas 
  • Pencuci baju bayi
  • Penyangkut baju khas bayi
  • Buaian (Bayi belum sesuai)
  • Katil bayi (Jika mahu)
  • Dll
Semua barang yang perlu disediakan bergantung kepada kemampuan anda. Harga bukan penting bagi bayi kerana mereka cepat membesar. Namun jika anda penting jenama dan kualiti tidak menjadi masalah jika mampu. 

Apa yang penting keperluan asas diutamakan semasa membeli keperluan bayi dan jangan membazir pada benda yang tidak penting kerana membazir amalan syaitan

2 comments:

  1. thx sbb sudi singgah laman santai leeza..... moga kita sama2 terus sukses dlm dunia log.

    ReplyDelete
  2. @Leeza dayasari [santai leeza]Hehe... blogwalking blog otai2.. InsyaAllah... Amin....

    ReplyDelete