Isnin, Februari 25, 2013

Tips menghilangkan sakit kepala

Tips menghilangkan sakit kepalaSakit kepala bukan kepalang lagi. Mulalah mencari ubat untuk menahan sakit. Satu rumah digeledahnya. Tapi tak jumpa walau satu biji panadol pun. Kepala makin sakit. Nak tidur pun tak boleh. Pusing kiri pusing kanan. Tak tahan lagi.

Mungkin anda pernah mengalami situasi seperti di atas. Atau lain-lain situasi yang menyebabkan anda tidak ada mood, tidak boleh buat kerja akibat daripada kesakitan kepala yang amat sangat.

Di sini saya ingin berkongsi satu tips menghilangkan sakit kepala yang mudah dan boleh dilakukan sendiri jika tiada alternatif lain yang boleh menghilangkan sakit kepala.

Perhatikan tangan anda di kawasan yang saya tandakan dengan bulatan seperti gambar di bawah. Kebiasaannya jika saya mengalami sakit kepala, saya akan menekan atau mengurut pada kawasan yang dibulatkan.

Urutan untuk mengurangkan sakit kepalaJika anda tidak mengalami kesakitan pada sebelah tangan yang anda urut, cuba urut pula pada sebelah tangan yang lain. 

Kekuatan mengurut mengikut kehendak anda. Jika anda mahukan urutan yang kuat atau perlahan pun tidak menjadi masalah. Tidak perlukan minyak untuk mengurut. Cuba berulang kali sehingga anda merasakan ada perubahan kepada sakit kepala anda.


Urutan untuk sakit kepala, urut kepala, mengurut, sakit kepalaWalaupun jika kita lihat dari sudut refleksology nya, pada bahagian itu adalah kawasan titik organ manusia seperti gambar di atas, cara ini dilihat berkesan untuk menghilangkan sakit kepala anda dengan kadar segera. Tanpa perlukan ubat tahan sakit (Panadol) anda sudah mengurangkan kebergantungan terhadap ubat tahan sakit. Lebih baik lagi, jika orang lain yang urutkan untuk anda. Mesti lebih selesa.

Jika kedua-dua belah tangan anda tidak mengalami kesakitan apabila diurut, maka anda tidak perlu mengurut dibahagian tangan untuk menghilangkan sakit kepala. Anda boleh urut pula bahagian kepala seperti yang akan saya terangkan pada entri lain.

Semoga tips menghilangkan sakit kepala ini boleh mengurangkan dan menghilangkan rasa kesakitan kepala anda. Sakit kepala akibat darah tinggi tidak sesuai mengikut tips ini kerana penyakit darah tinggi memerlukan rawatan khusus.

8 ulasan:

  1. Bagus entry nie,,,dulu pernah tgk juga member urut kat sendi tangan bila sakit kepala , mula2 pelik dan tertanya2... sekarang dah faham.

    mselim3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. Terima kasih. Dulu mula-mula tak tahu jugak, tapi bila wife selalu buat dan berkesan, amalkan sampai sekarang...

      Padam
  2. Salam,
    Tips yang berguna..boleh dicuba.
    Thx PD.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wassalam,

      Terima kasih. Cuba bila sakit ye, kalau tak sakit tak rasa apa-apa... :-)

      Padam
  3. Betul. Kadangkala sakit kepala kita puncanya bukan dari kepala. Contohnya jika kita sakit gigi, saraf gigi sepanjang dari pipi terus ke tepi kepala rasa sakit. Perkongsian yang bermanfaat. Bolehlah saya cuba bila sakit kepala :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Betul tu.. Sakit gigi lagi merana...Bolehlah cuba... InsyaAllah boleh kurangkan sakit kepala....

      Padam