Ahad, Mac 10, 2013

8 tips meredakan kemarahan

Cara meredakan kemarahan, cara atasi perasaan marah, marahSetiap manusia memang tidak dapat lari daripada sifat marah. Jika tiada sifat marah memang pasti la dia seorang robot ciptaan manusia. Allah SWT menjadikan manusia untuk mempunyai perasaan dan akal. Itu yang menjadikan manusia terlalu istimewa. 

Bagaimana meredakan kemarahan? Marah dan panas baran [Tips melembutkan suami panas baran] sesuatu yang berbeza. Marah bersifat sementara dan panas baran adalah sifat marah yang tidak terkawal dan boleh kekal dalam diri seseorang. Situasi menyebabkan anda marah boleh terjadi dalam banyak keadaan.

Sekiranya kemarahan anda tidak diredakan secepat mungkin, ianya boleh mendatangkan banyak keburukan. Ada orang marah sehingga sanggup berbunuh, ada juga yang marah menyebabkan putus hubungan kekeluargaan, ada juga orang marah menyebabkan penceraian. 

8 tips meredakan kemarahan yang dikongsikan dalam blog Bila Lelaki Berbicara ditulis untuk diri penulis sendiri dan boleh dijadikan panduan kepada pembaca sekalian.
  1. Tarik nafas - Marah menyebabkan anda letih, tekanan darah naik, darah mengalir laju, jantung berdegup kencang, nadi bergerak pantas. Semua itu menyebabkan seluruh badan anda tidak stabil dan boleh menyebabkan anda hilang kawalan dan tidak waras seketika. Cuba tarik nafas panjang-panjang untuk membenarkan oksigen masuk kedalam badan supaya anda mampu berfikir semula dengan tenang.
  2. Ambil waktu - Jika anda sedang berada dalam keadaan yang sangat marah, ambil waktu anda sendiri untuk meredakan kemarahan anda. Lakukan apa yang anda mahu buat sebelum anda marah.
  3. Beredar - Berada dalam lokasi berlakunya kejadian marah anda adalah sesuatu yang kurang berkesan untuk meredakan kemarahan anda. Seelok-eloknya anda segera beredar dari tempat kejadian supaya aura kemarahan tidak menyelebungi anda.
  4. Mandi - Mandi juga salah satu cara yang boleh dicuba untuk meredakan kemarahan. Kesegaran selepas mandi membuatkan badan anda lebih bermaya dan elemen air yang dicurah pada badan amat menenangkan fikiran.
  5. Kunci mulut seketika - Jika anda marah dalam keadaan membebel [11 Sebab kenapa wanita kuat membebel] cuba berhenti seketika. Lagi lama lagi bagus. Apabila anda marah, mulut akan mengeluarkan kata-kata yang sangat mengguriskan hati pihak yang dimarah. Bagi mengelakkan kemarahan mencapai tahap maksima, kunci mulut adalah yang terbaik.
  6. Cepat minta maaf - Segera meminta maaf adalah amalan yang digalakkan. Walaupun anda rasa anda berada di tempat yang betul, cuba rendahkan diri anda dengan meminta maaf supaya anda lebih dihormati. Buangkan ego kerana syaitan sedang menghasut anda supaya "Bunuhlah dia". Susahnya meminta maaf kan? [Susahnya mengucapkan maaf]
  7. Melepak bersama kawan - Jika lelaki, luangkan masa anda dengan kawan-kawan anda seketika. Bagi wanita pula, luangkan masa bersama anak atau telefonlah keluarga di kampung halaman untuk melupakan seketika. Awas! Jangan mengadu tentang kejadian tadi, pastinya orang ketiga boleh menyebabkan anda keliru dan celaru.
  8. Ambil wuduk dan bersolat - Bagi penganut Islam, anda digalakkan mengambil wuduk dan menunaikan solat serta memohon doa kepada Allah SWT untuk meredakan kemarahan anda. Cuba amalkan doa-doa yang banyak di"post"kan dalam entri di blog-blog.
Pelbagai cara yang lain boleh dilakukan oleh anda untuk meredakan kemarahan. Sifat marah kadangkala membuatkan anda menyesal atas apa yang anda telah lakukan. Kedua-dua belah pihak harus bekerjasama untuk mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini. Paling penting, segera waraskan akal fikiran supaya anda mampu sedar tentang kesan sifat amarah anda.

2 ulasan:

  1. Salam,
    Setuju dgn tips yg beri. Tiada faedahnya melepaskan kemarahan melulu...
    Air adalah lawan kpd api...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wassalam, Terima kasih... Banyak contoh berlakunya bila kemarahan tidak dapat diredakan....

      Padam