Selasa, Mac 19, 2013

Babi boleh menguruskan badan

Tips menguruskan badan, badan langsing, tips berdietMacam-macam petua yang saya dengar daripada adik saya. Babi boleh menguruskan badan? Betul atau tidak apa yang saya dengar belum dapat dibuktikan lagi. Hanya petua. 

Petua ini diberitahu oleh pekerja warga Vietnam di tempat adik saya bekerja. Mereka memberitahu bahawa sejenis cacing yang terdapat di dalam babi membolehkannya memakan lemak berlebihan di dalam tubuh seseorang.

Berkesan atau tidak mungkin ada benarnya kerana petua yang diamalkan oleh orang-orang tua dahulu memang ada benarnya. Mungkin petua ini disebarkan dan diguna pakai secara turun temurun dari satu generasi ke satu generasi.

Namun bagi umat Islam, penggunaan babi dalam apa juga bentuk produk adalah haram di sisi agama. Babi tidak haram tetapi memakan daging dan apa juga daripadanya ditakrifkan sebagai haram.

Walaupun babi tidak diminta dirinya dikelaskan dalam kategori binatang yang haram dimakan oleh umat Islam tetapi itulah ujian yang diberikan Allah SWT kepada hambaNya.

Petua babi boleh menguruskan badan oleh rakan sekerja warga Vietnam adik saya tidak boleh diamalkan oleh umat Islam. Ianya haram dan kekal haram.

Bagaimanapun keberkesanan petua ini tidak dapat dibuktikan lagi. Secara logiknya mungkin ada benarnya kerana cacing yang terdapat pada daging babi tidak dapat dihapuskan atau pun dibunuh walaupun setelah memasaknya.

Kandungan dalam daging babi amat kaya akan Thiamin atau biasa kita sebut dengan Vitamin B1. Daging babi juga dianggap sebagai sumber Kalium dan Zinc yang baik. Niacin, Riboflavin, dan vitamin B6 juga terkandung di dalam daging ini.

Cacing tersebut akan hidup di dalam badan manusia yang memakan babi dan akan mendapatkan sumber makanan untuk terus kekal hidup.

Perkongsian petua ini hanya untuk perkhabaran petua dan kisah daripada luar negara. Umat Islam sesekali dilarang mengamalkannya.

Banyak lagi petua menguruskan badan yang boleh dicuba selain daripada menggunakan babi. Amalkan gaya hidup sihat untuk badan sendiri. [Makan sedap makan sihat]

2 ulasan:

  1. Balasan
    1. Betul tu TA, nasib baik lah diaorang tak de pantang larangnya.... Hehe

      Padam