Khamis, Mac 07, 2013

Bagaimana menguji kesetiaan kekasih

Dalam melayari episod percintaan bersama kekasih, kadang-kadang kita merasa ragu tentang kesetiaannya. Jadi bagaimana menguji kesetiaan kekasih anda dengan cara yang tidak mungkin disedarinya?

Nampak sukar kerana anda tidak mahu dilabel sebagai meragui kesetiaannya. Ada juga anda pula dimarahi kerana merasa syak terhadap keikhlasannya. Malang pula jika niat baik anda menjadikan hubungan anda renggang seketika.

Anda tentunya ingin memiliki kekasih yang setia dan hak milik anda seorang sahaja untuk dijadikan calon suami atau isteri. Tidak mahu berkongsi kasih, tidak mahu pasangan anda berlaku curang dan untuk memastikan bahawa pilihan yang anda pilih benar-benar berbaloi untuk anda.

Bagaimana cara untuk menguji kesetiaan kekasih anda? Saya kongsikan beberapa tips yang boleh anda gunakan untuk menjalankan misi anda supaya anda sedar bahawa kekasih yang anda cintai benar-benar setia dengan anda.
  1. Telefon - Kebiasaannya pasangan yang curang amat sukar untuk anda memegang, melihat atau meneliti isi kandungan telefon peribadinya. Tentunya telefon adalah elemen penting kebanyakan rahsia tersimpan. Sekiranya anda berjaya mendapatkan kepercayaannya menyimpan no telefon anda, tentunya anda sangat bertuah. Sama ada anda bertukar telefon dengannya, jika pasangan anda setia, pasangan anda tidak ragu untuk memeberikan telefonnya kepada anda. Jika anda tidak dibenarkan menyentuh langsung telefon mereka, adakah mereka takut pasangan skandal mereka menelefon di saat anda memegangnya? Namun elakkan anda bersikap buruk sangka sekiranya rakan sepejabat, rakan bisnes berlainan jantina dengan pasangan anda menelefon bagi hal-hal yang tidak berkaitan dengan perasaan cinta supaya anda tidak dilabel cemburu buta.
  2. Pejabat - Tempat kerja [10 Sebab berlaku skandal di tempat kerja] adalah lokasi yang mungkin digunakan oleh pasangan anda untuk berlaku curang dengan anda. Cuba sesekali hadirkan diri anda ke pejabatnya supaya rakan-rakan sekerjanya sedar bahawa kekasih anda telah dimiliki. Jangan pula anda setiap hari mahu ke pejabatnya kerana membuatkan teman sepejabatnya rimas dengan kehadiran anda. Jadikan diri anda sebahagian daripada hidupnya dan jangan sesekali mengongkong aktiviti yang berkaitan tugasnya di pejabat.
  3. Rumah - Istilah rumah yang saya gunakan tidak merujuk kepada rumah sewa. Nanti tidak semena-mena anda ditangkap khalwat oleh jabatan agama. Kenali ibu bapa dan adik beradiknya adalah cara yang paling baik untuk menoktahkan hubungan cinta anda sebelum anda menjejakkan kaki ke pelamin bersama kekasih anda. Tonjolkan sikap ramah mesra anda supaya anda mampu mencungkil rahsia tentang diri kekasih anda yang mungkin anda belum tahu.
  4. Rakan-rakan - Cuba kenali rakan-rakan kekasih anda. Rakan-rakan yang baik mencerminkan juga sedikit sebanyak sifat dalaman kekasih anda. Jika rakan kekasih anda seorang mat rempit, maka asalnya kekasih anda juga seorang mat rempit. Jika rakan kekasih anda seorang penagih dadah, pastikan kekasih anda tidak terlibat dengannya supaya anda tidak menyesal kemudian hari.
  5. Cuti - Adakah waktu cuti kekasih anda diluangkan sepenuhnya untuk anda? Ataupun ada sahaja aktiviti sosialnya ketika anda mengajaknya keluar bersama? Pantau pergerakannya dengan soalan-soalan mudah supaya anda jelas dimana mereka berada.
  6. Laman sosial - Jika anda mampu berkongsi setiap laman sosial kekasih anda, anda juga boleh mengetahui tabiatnya, kehendaknya, rakan-rakan mayanya dan hubungan kekasih anda di laman soaial. Cuba minta dengan cara yang lembut anda mahu mendapatkan akses kepada laman sosialnya. Atau anda mintanya membuka di depan anda. Pastinya jika tiada apa-apa yang mahu disembunyikan, mereka tidak akan berfikir panjang untuk membenarkan anda berkongsi apa sahaja dengan anda. Jangan jadikan kandungan laman sosial kekasih anda sebagai modal untuk anda melakukan tuduhan dan tohmahan yang tidak berasas. Jika tidak itulah kali pertama dan terakhir anda dibenarkan melihatnya.
  7. Masa - Adakah kekasih anda menghadkan masa mereka untuk anda menghubunginya? Atau masa untuk anda berjumpa dengannya? Contohnya anda tidak boleh menghubunginya selepas jam 11 atau anda tidak boleh waktu ini dan itu? Mengapa? Adakah ini dinamakan poligami sebelum berkahwin? 
  8. Berterus terang - Perbincangan dan pertanyaan yang berhemah kepada pasangan anda tentang hubungan pasangan anda selain dengan anda boleh juga dilakukan untuk mendengar sendiri jawapan daripada mulut pasangan anda. Walaupun jawapan yang diberikan menyatakan bahawa mereka benar-benar setia dan ikhlas dengan anda, jawapan itu membuatkan anda berasa sedikit lega dan menurunkan kadar keraguan anda.

Kesetiaan adalah faktor penting bagi mengukuhkan hubungan cinta. Bagaimana menguji kesetiaan kekasih sebenarnya terpulang kepada anda sendiri. Bagaimana mengujinya mungkin banyak cara yang boleh digunakan selain daripada cara di atas. 

Penilaian yang bijak tanpa melibatkan perasaan was-was melampau tidak akan menjadikan pasangan anda berasa tidak selesa dengan tindakan anda. Bersikap menyerang adalah merugikan dan cuba kenali kekasih untuk dijadikan calon pilihan teman sehidup semati supaya sesuai dengan diri anda.

Rupa dan harta tidak boleh dijadikan ukuran kebahagiaan bersama pasangan anda. Jika rupa cantik dan kacak tetapi perangai umpama "syaitan dunia" dan banyak harta banyak kekasih pastinya membuatkan anda berfikir panjang untuk hidup bersamanya di alam perkahwinan.

13 ulasan:

  1. bila diragui perang besar la jawabnya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, kena pandai menguji supaya tiada perang besar berlaku.... :-)

      Padam
  2. assalamualaikum ... saya selalu berfikir tentangnya ... hurmmmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mudah-mudahan anda menemui jawapannya..... :-)

      Padam
  3. Kdg² sesetengah lelaki ni ckp jr main pndi...
    Keikhlasannye hmmm anco...
    Tp percayelh klu ade jodoh x kemane...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak dapat yang tak anco tu susah juga kan.... Betul.. Kalau dah jodoh tak kan kemana....:-)

      Padam
  4. Jika cinta kerana allah insyallah kesetiaan itu tiada persoalan antra satu sama lain..

    Hot post - Mahu Mencari Cinta Yang Bagaimana?

    BalasPadam
  5. Cinta berlandaskan agama in shaa Allah berkekalan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cinta berlandaskan agama memang tidak dapat dinafikan lagi....

      Padam
  6. Ni nasihat sya kepada wanita setia check fb wechat whatsapp beetalk semua check.luar dlm check di situ korg tau siapa bakal suami korg jgn percaya seratus peratus walaupun teguh agamanya sekalipun lelaki memang perlakon terbaik dlm dunia ni.depan pijak semut pun xmati belakang gajah pun bolh pensan.jadi awasi bakal anda secara diam jgn tujukan korg tengah menyiasat perlakuaannya.krna itu membuatkn proses lambt mengesan tingkahnya.sya hrp korg semua berjaya pilih suami setia pada yg satu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Menyiasat bakal suami memang digalakkan untuk mengelakkan menangis di kemudian hari, cinta jangan buta...

      Padam