Saturday, March 2, 2013

Disebalik mandi bunga

http://bilalelakiberbicara.blogspot.com/2013/03/disebalik-mandi-bunga.html
Disebalik mandi bunga| Mandi bunga? Apa yang anda fikir tentang mandi bunga. Tahukah apa disebalik mandi bunga? Mungkin bagi mereka yang belum pernah mandi bunga pastinya mengatakan mandi bunga itu mengarut. Mengarut ke amalan zaman dahulu kala?

Kebiasaannya mandi bunga dilakukan oleh orang yang ingin mendapat jodoh ataupun kononnya "membuang sial" atas arahan tok-tok bomoh tradisional. Kadangkala kita tidak mengetahui apa maksud disebalik mandi bunga itu. Hanya menurut apa yang disuruh lalu kita pun mandi bunga.

Namun mandi bunga biasanya dimulakan dengan Bismillah, selawat ke atas nabi dan kemudian mandi seperti biasa. Baca lebih lanjut tentang cara-cara mandi bunga di [sini]. Selepas mandi bunga, biasanya badan akan rasa segar, muka berseri dan rasa lebih sihat. Begitu hebatkah penangan mandi bunga?

Tahukah apa rahsia disebalik mandi bunga? Pandangan saya, mandi bunga bukanlah ritual wajib dalam amalan perubatan tradisonal, tetapi lebih kepada alternatif. Kenapa perlu mandi bunga?

Ada beberapa sebab yang perlu kita ketahui tentang mandi bunga. Bunga yang dipilih kebiasaannya daripada jenis bunga yang positif atau bunga yang dikatakan baik sahaja. Setiap bunga mempunyai cas-cas positif yang mampu mengurangkan cas-cas negatif dalam badan. Jika semakin banyak cas positif dalam badan maka badan semakin sihat dan segar.

Badan manusia mempunyai aura yang tersendiri.Mandian bunga dipercayai mampu mengimbangi aura yang tidak baik dalam badan manusia. Mandi bunga mampu mengembalikan aura badan yang baik. Aura badan yang baik mampu meningkatkan daya tarikan seseorang. Secara mudahnya, anda mampu menarik perhatian orang disekeliling anda.

Apa lagi disebalik mandi bunga? Secara psikologinya jika anda telah selesai mandi bunga anda merasakan sesuatu yang sangat bebeza. Perbezaan itu sebenarnya lebih kepada keyakinan anda tentang "mujarabnya" mandi bunga. Selain keyakinan yang tinggi, minda anda akan memikirkan sesuatu yang positif. Pemikiran yang positif memberi impak kepada raut wajah seseorang.

Adakah mandi bunga menyegarkan badan manusia? Ya, kerana elemen limau yang menyegarkan banyak juga digunakan dalam sabun mandian, pencuci rambut dan lain-lain bahan pembersih yang lain. Kesegaran limau memang tidak dinafikan. Oleh kerana itu anda akan menikmati kesegaran selepas mandi bunga.

Selain itu juga, semasa upacara mandi bunga, tok-tok bomoh mendoakan sesuatu yang baik untuk diri kita atas apa yang kita hajati. Jika dimakbulkan oleh Allah SWT maka apa yang dihajati itu tercapai. Perlu diketahui bahawa bukan mandi bunga itu yang membuatkan anda berjaya mencapai apa yang dihajati tetapi disebabkan oleh ketentuan Allah SWT. Jangan memesongkan akidah atas perkara yang sangat mudah. Boleh mendatang kurafat.

Mandi bunga tidak menjadi kesalahan untuk diamalkan. Malahan di kebanyakan spa juga mengamalkan konsep yang sama. Contohnya di [sini]. Tetapi jangan pula menganggap mandi bunga mampu menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi kerana disebalik mandi bunga hanyalah ikhtiar seorang manusia sahaja.

4 comments:

  1. Salam,
    Belum ada pengalaman lagi...
    Bila di lihat, mandi bersama2 bunga-bungaan berwarna warni dan harum baunya bersama limau yg menyucikan kotoran, pasti best kan mandi bunga ni. Tp jika di campur dgn kepercayaan karut dan membawa kpd syirik...itu yg xbest nye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam BM, Memang best dan menyegarkan. Cubalah sekali tapi jangan pula guna bunga taik ayam, nanti tak bau harum pulak. Hehe..

      Delete
  2. best sekali mandi bunga.
    kunjungi juga webside kami www.kebayagayatex.com

    ReplyDelete