Sunday, March 10, 2013

Perwiraku di Lahad Datu

http://bilalelakiberbicara.blogspot.com/2013/03/perwiraku-di-lahad-datu.htmlPerwiraku di Lahad Datu| Hari ini santai-santai bersama isteri di rumah. Anak-anak semuanya tidur di kamar. Hanya duduk mengunyah cucur ikan bilis dan secawan teh Lipton. Tenang, aman dan damai. 

Tiba-tiba terlihat isteriku menunjukkan gambar sepupunya yang sedang berjuang di Lahad Datu bagi mempertahankan kedaulatan negara, Abang Mazlan.

Saya tertarik dengan kata-kata yang dikongsikan bersama gambarnya di Facebook beliau.

"Berharaplah selagi bernafas"
"Ku berharap lindungan dr ALLAH SWT.."
"ku berharap doa dr semua.."
"Ku berharap d maafkan segala dosa.."
"Ku berharap aman sentiasa"
"ku berharap pergi dan kembali dlm keadaan selamat.."


Tetiba sayu hati penulis membacanya. Sukar hati saya merasa lembut untuk menangis. Sukar sekali menitiskan air mata. Tetapi kata-kata Abang Lan sudah cukup untuk saya terus menyokongnya demi mempertahankan negara.

Hanya beberapa rangkap kata-kata yang dapat saya tuliskan untuk beliau di Lahad Datu. 

Perwiraku di Lahad Datu,
Berjuanglah sehingga titisan darah terakhir,
Demi daulat dan maruah anak bangsa,
Untuk Malaysia negara tercinta.

Perwiraku di Lahad Datu,
Sanggup berkorban darah dan nyawa,
Berperang mempertahankan tanah airnya,
Moga selamat dan diberkati Allah SWT.

Perwiraku di Lahad Datu,
Usahamu tidak diragui,
Memerah keringat menentang musuh,
Ku akui tugasmu bukan sandiwara.

Perwiraku di Lahad Datu,
Sambutlah doaku untuk kamu,
Agar bumi Malaysia yang tercinta,
Dipertahan demi anak bangsa.

Semoga Abang Mazlan dan seluruh anggota keselamatan negara yang berada di Lahad Datu berjaya dalam misinya. Rakyat Malaysia berdiri teguh di belakangmu dan berdoa agar semuanya selamat. Berusahalah dan berhati-hati semasa menjalankan tugas yang murni.

2 comments:

  1. Salam,
    Semoga Abang Mazlan dan seluruh anggota keselamatan negara yang berada di Lahad Datu berjaya dalam misinya.
    Rakyat Malaysia berdiri teguh di belakangmu dan berdoa agar semuanya selamat. Berusahalah dan berhati-hati semasa menjalankan tugas yang murni.

    Kata2 semangat utk mengiringi perjuangan mereka. Semoga keadaan segera aman dan kembali spt sediakala.

    p/s: berbakat PD dlm penulisan, puisi pun tidak kurangnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, terima kasih kerana doa anda itu, hehe... Saya budak baru belajar je, terima kasih atas sokongan anda BM, InsyaAllah.....

      Delete