Wednesday, March 13, 2013

Salah faham tentang wang hantaran

http://bilalelakiberbicara.blogspot.com/2013/03/salah-faham-tentang-wang-hantaran.html
Salah faham tentang wang hantaran| Baca tajuk pun anda mesti sudah faham dengan apa yang saya cuba sampaikan. Wang hantaran dengan makna lain duit belanja yang diberikan oleh pihak lelaki kepada pihak perempuan. Kenapa salah faham tentang wang hantaran?

Jika pertanyaan diajukan kepada ibu anda "Dulu-dulu masa mak kahwin, berapa jumlah wang hantaran yang ayah bagi?" Secara spontan mak jawab "RM500 je..". Anda pasti menyambung "Aih.. Sikit nye!".

Dahulu wang hantaran ditetapkan sekadar yang mampu. Mungkin juga nilai RM500 pada zaman dahulu tidak sama dengan nilai RM500 pada masa sekarang. Tetapi jika berbeza pun kita boleh anggarkan nilai RM500 dahulu bersamaan RM5000 zaman sekarang atau kurang.

Mengapa saya kata salah faham tentang wang hantaran.?

Ramai orang beranggapan nilai anak mereka mengikut taraf pendidikan. "Adik, jiran sebelah sekolah sampai SPM je tu pun orang bagi RM7000, ni pula kamu nak letak RM5000 je?". Kalau ada ijazah? Ada Master? Ada PhD? Perlukah harga yang tinggi sehingga golongan ini yang paling banyak andartu.

Ramai orang berpandukan harga semasa semasa meletakkan harga pada anak mereka. "Pak cik ni bukan apa nak, rasa-rasa pak cik lah harga standard di Johor paling cikai pun RM7000, kumpullah duit ye nak.." Dengan muka selamba je pak cik ni.

Ramai orang tidak sedar nilai pelaburan yang paling dikehendaki lelaki. "Apalah punya bakal bapak mertua, letak harga tinggi-tinggi, anak masak nasi pun tak tahu, tak berbaloi langsung". Harga cecah puluhan ribu ringgit, lepas dah kahwin makan kedai jugak. Mana asasnya letak harga tinggi-tinggi?

Ramai juga mak orang sekampung/setaman tak sedar konsep "Sharing is loving". "Abang RM3500, ayang RM3500, cukuplah RM7000. Bolehlah abang buat wang hantaran". Dah letak harga tinggi-tinggi, kalau dapat lelaki setakat kerja kontrak (contoh bukan menghina), sampai bila pun tak dapat kahwin kalau tak perempuan juga yang bantu.

Ramai orang tak tahu fungsi wang hantaran dalam perkahwinan. "Duit yang Aiman bagi tu, bapak bukan nak buat apa, nak wat beli barang masa majlis kamu Minah. Kalau banyak dia bagi, tak payah la bapak topupkan". Lelaki kena sedar, wang hantaran bukan mas kahwin (Hak isteri).

Walau apapun definasi wang hantaran pada pendapat anda, trend meletakkan harga yang sangat tinggi seperti RM55555.55 atau beratus ribu memang telah berleluasa. Harga tinggi-tinggi kalau malas pun tak guna, harga tinggi-tinggi tapi masak semua hangus. Jadi dimana mahalnya sifat kewanitaan anda?

Letak harga tinggi-tinggi, VVIP je yang mampu. Sebab itu banyak VVIP yang kahwin 4 sebab poket berterabur dengan duit. Kalau tak disambar pun, sampai tualah tak kahwin-kahwin. Ingat satu perkara, berkahwin itu sunnah Rasulullah SAW. Jadi jangan salah faham tentang wang hantaran ye..

5 comments:

  1. ada sedikit tambahan. kalo pompuan demand nak lelaki kaya pun, org biasa pun terasa sakit hati. nk lagak macam org kaya baru kononnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... Tu namanya tumpang sekaki, alang-alang menyeluk perkasam... Asal muka cantik, boleh letak harga mahal2.... :-)

      Delete
  2. Dah mcm trend skg letak hantaran tinggi2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... Kesian kat lelaki kan... Tapi nak buat macamna kos dah meningkat.... :-)

      Delete
  3. Salam,
    Agak2 anak kita nanti nak letak berapa? Ikut harga hantaran semasa, lagi mahal atau lagi murah?
    Sekarang kata nak letak murah atau ikut harga semasa, tiba masanya...anak kita nak kawin dengan Tan Sri atau Menteri, Mcmne?
    Jumlah wang hantaran tidak kiralah berapa jumlahnya, tapi sebaiknya sibapa mengenali dan memahami bakal suami anaknya barulah boleh di letakkan wang hantaran mengikut kemampuan.

    p/s: Bagi wanita, maskawin lebih penting dari hantaran. Itu hak isteri anda...bagilah lebih kesitu.

    ReplyDelete