Saturday, March 2, 2013

Suami cemburu buta

http://bilalelakiberbicara.blogspot.com/2013/03/suami-cemburu-buta.htmlBetul ke ada suami cemburu terhadap isteri? Ingat isteri sahaja yang cemburu? Suami pun sebenarnya cemburu buta. Kadangkala lebih teruk daripada cemburu si isteri.

Mengapa suami cemburu buta? Bunyinya nampak pelik. Kadangkala rakan-rakan mempersoalkan sifat cemburu suami apatah lagi jika suami cemburu tidak bertempat.

Terdapat beberapa sebab mengapa suami cemburu buta terhadap isterinya.
  1. Suami cemburu bila ada lelaki menyukai isterinya. 
  2. Cemburu apabila isteri lebih tinggi kedudukan dan pangkat. 
  3. Cemburu dengan kejayaan isteri. 
  4. Tidak tahan lelaki merenung isterinya. 
Isteri yang kuat cemburu lebih menonjolkan emosi berbanding suami. Manakala suami pula mempunyai ego dan pantangnya yang tersendiri. Selain perasaannya dipendam, pelbagai kekangan yang dikenakan terhadap isteri juga merupakan tindak balas terhadap sifat cemburu suami.

Isteri cemburu tanda mereka sayang kepada suami? Jika begitu sama juga dengan suami yang cemburu terhdapa isteri. Mereka tidak mahu berkongsi kasih isterinya dengan orang lain terutamanya lelaki. Kadangkala sekadar kawan tetapi itu anggapan isteri. Suami yang cemburu dilihat lebih mengongkong isterinya. Tidak membenarkan isteri bekerja, keluar berseorangan ataupun tidak boleh bersosial dalam medium apapun.

Apakah kesan suami cemburu dalam hidup wanita? Perasaan tertekan dengan keadaan itu sedikit sebanyak menggoyahkan hubungan rumahtangga jika perasaan cemburu suami tidak mampu dikawal. Bagi suami, isteri adalah haknya dan mereka wajib taat pada suami walau apa juga keadaan. Kelebihan yang dimiliki suami itulah yang membuatkan isteri tidak mampu berbuat apa-apa.

Bagaimana mengurangkan perasaan cemburu suami? Suami akan cemburu apabila merasakan dirinya terancam oleh spesis yang sama dengannya. Baginya jika terdapat tanda-tanda ada lelaki yang cuba mengayat isterinya, lelaki tersebut bakal di blacklist dalam memori suami. 

Namun jika si isteri di tegur oleh jiran-jiran yang memang dikenali oleh suami, tidak pula menjadi ancaman dalam rumahtangga.

Walau bagaimanapun, si isteri perlu faham mengapa suami cemburu terhadapnya. Suami terlalu sayang kepada mereka selain ingin memastikan keselamatan isteri. Mereka juga ingin menjauhkan isteri dengan anasir yang boleh mengganggu gugat hubungan suami isteri.

Isteri juga perlu memikirkan dosa pahala juga jika menganggap suami cemburu adalah menyakitkan hati dan memberi tekanan perasaan kepada mereka. Berbincang dengan baik dan cuba menjaga hati suami pastinya suami akan menerima teman baik isteri. Hanya penjelasan mampu menjelaskan segalanya. Namun cuba elakkan memberi penjelasan selepas dihidu oleh suami. 

Isteri perlu cuba memahami apa yang dimahukan oleh suami tanpa meminta apa jua bentuk balasan kerana isteri yang baik pastinya mendapat balasan setimpal daripada Allah SWT. Suami, adakah benar anda cemburu terhadap isterimu ?

6 comments:

  1. Salam,
    Ntahlah..buat masa ni xpernah lagi rasa cemburu pd isteri...xberani nak komen.
    Kalau xnak cemburu, isteri duduk jer kat rumah kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, Ada orang terlebih cemburu, kalau tak cemburu sangat pun tak boleh jugak kan..... Hehe

      Delete
  2. Sifat ini memang ada didala kehidupan suami isteri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye setuju, sape tak de mesti tak de perasaankan.... :-)

      Delete
  3. salam..
    hehehehehehe

    1st......dalam rumahtangga kena ada la cemburu sikit sikit..
    perlu diingat sikit je tau..kalau banyak dah tak elok...tu yang jadi blind tu...hehehhehehe
    pe pun dalam rumahtangga persefahaman itu perlu..saling percaya dan mempercayai adalah terasnya

    huhuhuhuhuhu...
    by the way...
    dah berumahtangga ke.? jangan marah tau TA tak tahu lagi ni...so bertanyalah saya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu TA, memang jangan sampai buta melulu tak masuk akal... Hehe... PD dah kahwin dah TA... :-)

      Delete