Selasa, Mac 12, 2013

Tips 1: 5 cara berbincang dengan suami

Cara bincang masalah dengan suamiSoalan begini pernah juga dilontarkan oleh isteri saya "Bila masa yang sesuai untuk kita berbincang bang?". Mungkin disebabkan saya berkata "Nanti kita bincang.." [Bila lelaki kata nantilah] atau "Kejap lagi kita bincang". Sebab itu terkeluar ayat pertanyaan isteri saya. Mungkin perkara ini berlaku kepada setiap isteri di seluruh dunia yang barangkali mengalami masalah untuk berbincang dengan suami dan tidak tahu bagaimana cara memulakan perbincangan dengan suami tersayang.

Mengetahui cara berbincang dengan suami dengan kaedah yang betul mungkin memudahkan isteri untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan yang terbuku dihatinya. Ianya penting juga bagi mengelakkan salah faham yang mungkin akan berlaku semasa perbincangan  dijalankan. Saya kongsikan cara berbincang dengan suami untuk memberi idea kepada si isteri untuk dipraktikkan semasa memulakan sesi perbincangan dua hala antara suami dan isteri.

Memilih masa yang sesuai. Masa yang sesuai amat penting bagi memulakan perbincangan dengan suami. Elakkan memulakan perbincangan ketika makan, ketika suami melakukan kerja seperti membaca surat khabar atau juga ketika suami sedang melakukan aktiviti mereka. Saat yang sesuai adalah ketika suami sedang bersantai. "Kalau abang ada masa nanti kita bincang ye.." 

Kaji mood suami. Ada masa mood suami tidak berapa bagus 'ala-ala' mood angin pasang. Cuba elakkan mengajaknya berbincang pada masa tersebut kerana jika perkara yang mahu dibincangkan tidak menepati mood suami, alamat gempa bumilah. Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman isteri, anda dapat meneka mood suami pada ketika itu. Cuba dengan soalan "Abang sihat ke?", "Macamana dengan kerja abang hari ni?". 

Permulaan kata yang berhemah. Mulakan Tutur kata dan permulaan yang lembut perlu digunakan untuk mewujudkan perbincangan yang santai. Bahasa yang lembut serta soalan yang tidak mengelirukan boleh digunakan untuk memudahkan suami memahami apa yang mahu cuba disampaikan oleh isteri.Elakkan berkata "Abang ni, dengarlah saya kata, saya nak bincang ni.." sebaliknya "Abang boleh kita berbincang tak?". 

Isteri juga perlu wujudkan suasana ceria. Jika anda seorang yang tidak berapa kelakar, berlakonlah supaya suami anda ketawa. Suasana yang ceria dan perbincangan yang tidak menekan keadaan adalah sangat baik. Jika terdapat perkara yang perlu isteri tekankan, berkatalah "Saya rasa ini perkara penting.." atau "Serius, saya rasa..". 

Jangan sesekali terjah dan serang. Serangan yang tidak kena tempatnya akan menghangatkan perbincangan dan menyukarkan isteri mendapat jawapan daripada suami. Tuduhan dan soalan yang berbentuk serangan amat tidak digalakkan. "Abang ada perempuan lain ke?", "Abang saya nak abang buat seperti yang saya mahu"

Permulaan kepada perbincangan amat penting bagi mengelakkan niat baik anda tidak diterjemahkan dengan cara yang tepat. Keperluan untuk mengetahui cara dan teknik yang betul memudahkan sesi perbincangan ditamatkan dengan jawapan yang memuaskan hati isteri.

Pada entri akan datang saya akan kongsikan pula [Tips 2: 7 cara berbincang dengan suami] yang boleh dijadikan panduan buat isteri dalam membina sebuah keluarga bahagia [Bahagiakah rumahtangga anda?] dan harmoni. 

6 ulasan:

  1. Salam,
    Boleh buka pusat kaunseling utk pasangan ni. Ikhlas...memang ada talent!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wassalam, terima kasih mengunjung... Hehe...Merah pipi... Sekadar berkongsi di alam maya je BM, belum terfikir lagi nak buka pusat kaunseling... Haha....

      Padam
  2. bincang ngn suami klu bley brdepan.. jgn guna sms.. nnti mula la start nk brgaduh.. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, setuju.. Sebab sms tak dengar intonasi marah, cakap lembut, gembira, suka, duka.... :-)

      Padam
  3. hihi..tips yg bagus...bincang ala2 manja gitu,jgn bincang ala2 komando lak..kan tak pasal2 kena penampo..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe... Tu la main serang je nanti macam penceroboh pulak... Haha..

      Padam