Wednesday, April 3, 2013

Kekuatan parti politik PRU-13

http://bilalelakiberbicara.blogspot.com/2013/04/kekuatan-parti-politik-pru-13.html
Kekuatan parti politik PRU-13| Parlimen Malaysia telah dibubarkan pada hari ini. Penetapan tarikh pilihanraya akan ditentukan SPR dalam masa terdekat. Maka bersedialah seluruh rakyat menentukan siapa bakal menerajui kerajaan untuk 5 tahun akan datang.

Bila tiba pilihan raya, nampaknya mood pilihanraya bukan sahaja diraikan dikalangan ahli politik sahaja tetapi juga dinantikan seluruh rakyat di Malaysia. Pilihan raya boleh dianggap suatu pesta yang sangat meriah. Bendera terpacak sepanjang jalan, poster calon pilihanraya bertaburan, naskah-naskah parti politik diedarkan, topik perbualan pasti berkisar tentang politik.

Perang psikologi parti politik yang bertanding akan mula kedengaran. Sini sana hujah dan tohmahan pasti dilaungkan. Yang pasti tujuannya hanya satu iaitu untuk memastikan kemenangan parti masing-masing.

Bagaimana kekuatan parti politik PRU-13? Siapakah bakal memenangi hati rakyat di Malaysia? Persoalan yang diajukan mendatangkan pelbagai pandangan. Sama ada fakta atau auta, rakyat mampu berfikir sendiri.

Barisan Nasional (BN) dilihat menghadapi cabaran yang getir pada PRU-13 ini dari kaca mata pembangkang pakatan rakyat (PR). Begitu juga BN yang menegaskan mereka mampu memenangi pilihan raya pada kali ini.

http://bilalelakiberbicara.blogspot.com/2013/04/kekuatan-parti-politik-pru-13.html
Kedua-dua parti gabungan BN dan PR adalah sama. BN terdiri pelbagai kaum dan PR juga sama. Namun BN mendahului PR dari segi kerjasama dikalangan parti sejak pilihan raya 1952 melalui Parti Perikatan. Lebih mudah lagi, bukti keutuhan pakatan BN nampaknya lebih menyakinkan.

Dalam hal lain pula, pengalaman lebih 50 tahun memerintah negara ini sedikit sebanyak memberi kelebihan kepada BN kerana hasilnya dapat dirasai kini. Bagi mereka yang hidup dalam tempoh itu tentunya merasai perubahan yang dilakukan oleh BN. 

PR pula mengambil kesempatan terhadap golongan muda yang dilahirkan dalam suasana telah tersedia. Oleh kerana itu, kekuatan PR bergantung kepada sokongan golongan muda pada PRU-13 ini. Pendekatan ektrimis (demonstrasi) yang dipelopori oleh PR nampaknya sedikit membuahkan hasil kerana golongan muda mempunyai jiwa mentah yang mudah dipengaruhi.

Dari segi perpaduan, BN telah menjalankan tanggungjawabnya dengan menyemai semangat patriotik dikalangan rakyat melalui hiburan, pendidikan, sukan dan lain-lain. 

http://bilalelakiberbicara.blogspot.com/2013/04/kekuatan-parti-politik-pru-13.html
BN telah menyelesaikan banyak isu utama yang diperlukan rakyat adalah pekerjaan, kelestarian hidup, kemudahan infrastruktur dan pelan menyakinkan pembangunan negara. Semua ini telah terbukti dengan pengiktirafan daripada banyak pihak. Namun isu kemampuan golongan muda mendapatkan rumah mampu milik harus diselesaikan dengan efektif dan praktikal untuk mendapat sokongan golongan itu.

Manakala PR telah mendapat mandat memerintah di 4 buah negeri iaitu Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan. Pencapaian bagi 3 buah negeri masih belum dapat dinilaikan secara keseluruhan kerana pelan pembangunan perlu dilihat dalam konteks jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang

http://bilalelakiberbicara.blogspot.com/2013/04/kekuatan-parti-politik-pru-13.html
Namun kemajuan Kelantan memperlihatkan sedikit kegagalan PR kerana kedudukan negeri itu yang masih ketinggalan berbanding negeri lain di Malaysia. Kemajuan yang dimaksudkan adalah dari segi pelaburan, ekonomi setempat dan infrastruktur. Namun itu adalah pilihan rakyat Kelantan. Imej Islam nampaknya belum mampu diangkat sepenuhnya oleh PAS Kelantan yang perlu diperbaiki untuk kekal berkuasa.

Dari segi isu peribadi usahlah dibincangkan pada kali ini. Isu Najib-Altantuya, Isu Rosmah, Isu Soi Lek, Isu Anwar dan konco-konconya kerana semua itu tidak membawa erti jika negara mempunyai kerajaan  (Parti pemerintah) yang stabil dan pelan pembangunan negara yang lemah

Namun isu peribadi mereka mendapat perhatian kerana agama dan adab ketimuran yang diamalkan di negara ini. Kestabilan parti politik dapat dilihat dari segi objektif, pelan bersama, manifesto dan seangkatan dengannya.

Kemampuan BN memenangi PRU-13 memang tidak boleh dipertikaikan jika diambil kira program transformasi yang diterajui PM. Manakala kecelaruan PR mendapat kata putus bersama sedikit sebanyak mempengaruhi pengundi atas pagarnya. Bagi penyokong setia BN dan PR, "Yang betul disalahkan, yang salah dibetulkan" amat bersesuaian kerana cakap apa pun tidak mampu mengubah pandangan mereka.

Trend lompat parti dan sokongan bertukar-tukar amat diperlukan pada masa ini bagi memperolehi sedikit psikologi kepada parti bertanding. Isu-isu panas akan terbangkit menjelang kempen pilihan raya. Rakyat perlu bijak menyerap fakta dan menolak auta dan menilai kemampuan parti bertanding dengan waspada.

Sikap berdiam diri dan tidak mahu melibatkan diri dalam proses pengundian juga bakal mengundang padah. 1 undi kurang sudah cukup membuatkan calon pilihan anda kalah. Gunakan kuasa di hujung jari untuk menentukan kemakmuran negara untuk 5 tahun lagi.

http://bilalelakiberbicara.blogspot.com/2013/04/kekuatan-parti-politik-pru-13.html
Semoga Malaysia kekal aman dan harmoni untuk generasi baru menikmati apa yang telah dilakukan oleh kita pada masa ini. Pilih calon yang terbaik berlandaskan agama, kemampuan, komitmen dan bukan mengikut nafsu semata-mata. Kekuatan parti politik PRU-13 di negara ini ditentukan oleh rakyat. Itulah demokrasi.

No comments:

Post a Comment