Jumaat, April 17, 2015

Ciri-ciri wanita paling tabah

ciri-ciri wanita tabah, bagaimana untuk tabah, tabahTabahkah diri anda dalam menghadapi setiap dugaan yang mendatang? Bagaimana anda meletakkan diri anda dalam kalangan wanita paling tabah dalam dunia. Atau anda merasakan diri anda sudah paling tabah namun apabila anda membaca artikel ini, barulah anda menyedari bahawa anda belum dapat memenuhi ciri-ciri wanita paling tabah yang saya maksudkan.

Siapakah wanita paling tabah di dunia ini?

Maksud tabah adalah sangat luas. Namun dalam konteks ini, saya ingin mengecilkan skop kepada ketabahan wanita yang mampu mengharungi hidup walaupun diri serba kekurangan daripada pelbagai aspek yang akan disebutkan nanti. Ketabahan yang akan dikongsikan nanti mengambil kira secara am ciri-ciri seorang wanita yang paling tabah.

Pada waktu dahulu kala banyak kisah-kisah wanita yang mempunyai ketabahan yang tidak dapat ditandingi oleh wanita pada abad kini. Namun kita tinggalkan seketika kisah zaman dahulu dan lihat apakah ciri-ciri ketabahan wanita pada zaman kini [Dilema wanita dahulu dan kini] yang mampu mengharungi setiap permasalahan yang datang sehingga tidak semua wanita mampu memikulnya

Apakah ciri-ciri wanita sehingga digelarkan wanita paling tabah?

Wanita yang menjadi ibu tunggal - Beliau adalah seorang ibu tunggal yang terpaksa membesarkan anak seorang diri. Sama ada ditinggalkan suami atau kematian suami, seorang wanita yang membesarkan anak-anaknya sehingga berjaya telah berjaya menempuh saat sakitnya jiwa dan mental akibat kehilangan seorang suami di sisi. Wanita seperti ini layak digelar wanita yang tabah.
Wanita yang menjaga suami & anak yang sakit - Banyak kisah tauladan yang dipaparkan di kaca televisyen tentang bagaimana seorang isteri yang terpaksa menjaga suami yang sakit atau cacat serta anak-anak juga. Sedangkan dalam waktu yang sama beliau terpaksa mencari rezeki untuk keluarga. Ciri wanita ini amatlah saya hormati kerana tidak semua wanita dapat melakukannya. 

Wanita yang tidak rela dimadukan - "Ditelan mati emak, diluah mati bapak". Itulah perumpamaan yang sesuai digambarkan kepada wanita dalam kategori ini. Kalau encik suami dah gatal sangat nak kahwin sangat dengan bini muda [Syarat mencari bini muda], sudah terlambat nak melarang kan? Jadi dalam situasi begini antara syurga dan neraka, mereka perlu memilih sama ada menerima atau tidak, namun walaupun keizinan telah diberikan, ketabahan mereka melalui situasi ini amatlah dikagumi. 

Wanita yang disisihkan keluarga mertua - Kalau dah sayang suami, lautan api sanggup direnanginya walaupun hanya suami yang mengasihinya sedangkan ahli keluarga suami yang lain menganggapnya sebagai parasit dalam rumah. Jika selepas berkahwin dan mendiami rumah mertua, wanita ini memang dianggap tabah sekiranya di penghujung cerita keluarga mertuanya menerima kehadiran beliau setelah berpuluh tahun usia perkahwinan.

Wanita pencari nafkah keluarga - Bukan kata tak ada suami, suami ada tapi duduk melanguk je kat rumah. Beliau lah menguruskan keluarga, beliaulah bekerja sedangkan suaminya melepak kat warung. Bukannya hendak menghargai isteri [Sebab perlu menghargai isteri] tapi langsung buat-buat tak faham. Wanita jenis ini pun layak digelarkan tabah. Tabah bersama suami tak guna.

Banyak lagi ciri-ciri wanita paling tabah yang mungkin tidak dikongsikan disini. Anda juga seorang wanita yang tabah dan mempunyai kisah hidup yang tersendiri. Kongsikan cerita anda untuk memberi seribu harapan dan semangat kepada wanita-wanita yang lain. Setiap wanita mempunyai cerita ketabahannya yang tersendiri. Walau apa pun sebabnya, wanita adalah tulang belakang kepada sebuah keluarga selain daripada suami. Jika saya juga, saya tidak boleh hidup tanpa isteri saya. Dia nadi kehidupan saya dan anak-anak. Saya janji.

12 ulasan:

  1. Wanita mmg dilahirkn utk jadi kuat dlmnnya..

    BalasPadam
  2. Ketabahan seseorang wanita tidak dapat ditandingi oleh lelaki

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju.. Saya mungkin tidak segagah itu juga... :-)

      Padam
  3. ketabahan yg sukar ditandingi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju... Susah dapat lelaki yang boleh menjadi setabah wanita...

      Padam
  4. Im the one part of this.maybe im not strong enough but insha allah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya Allah, hopefully you through it...

      Padam
  5. Assalammualaikum... BM,

    Bagi mselim3 isteri itu permata hati... tanpa isteri, terasa kosong dunia ini... takder warna-warni..

    mselim3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan... macam pensil colour, warna warni.... :-)

      Padam
  6. Wanita.. mungkin nampak tabah diluar.. tapi dalamannya tiada siapa yang tahu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, senyuman tak menggambarkan perasaan sebenarnya...

      Padam