Rabu, September 28, 2016

Cara memikat hati lelaki dalam diam

cara pikat lelaki dalam diam, cara pikat perempuan dalam diamMalu untuk meluahkan perasaan atau memberitahu si dia tentang isi hati kamu? Sedangkan kamu benar-benar menyukainya.Tapi bagaimana caranya? Atau anda ingin menyesal di kemudian hari kerana telah melepaskan banyak peluang yang terhidang di depan mata?

Berikut adalah beberapa tips yang akan saya kongsikan tentang bagaimana cara memikat hati lelaki dalam diam yang boleh anda cuba untuk mevariasikan kaedah dalam semua percubaan anda sehingga anda berjaya memikat hati si dia.

Sebelum anda mencuba beberapa tips tentang cara memikat hati lelaki dalam diam yang akan saya kongsikan ini, anda perlu tahu [11 pantang lelaki, wanita jangan mencabar] dan [20 ciri-ciri wanita idaman lelaki] yang pernah saya kongsikan sebelum ini untuk menguatkan lagi "serangan" anda terhadap lelaki idaman anda.

Serlahkan bakat terpendam anda - Mungkin ada beberapa kelebihan dalam diri anda yang menjadi idaman lelaki. Cuba cari ruang untuk menyerlahkan. Percaya pada diri sendiri dan positifkan minda anda. 

Dekatkan diri anda pada pandangannya - Kerapkan diri anda untuk dekat dengan pandangannya, supaya imej anda sentiasa terbayang di fikirannya. Jangan kurung diri dan berharap si lelaki akan mendekati anda kecuali memang kamu adalah sasarannya. 

Cuba berkomunikasi - Sebaiknya gunakan peluang yang ada jika dapat bertemu dengannya untuk bercakap dan memperkenalkan siapa diri anda sebenarnya. Jangan malu dan segan untuk memulakan perbualan kerana anda mungkin terlepas saat-saat penting dalam hidup anda.
Jaga adab anda - Perkara paling penting kerana anda belum tahu apa yang disukainya dan sebaliknya. Jadi jaga adab anda, jaga perilaku umpama memijak semut pun belum tentu semut akan mati. Seeloknya berhemah lah dan jangan tunjukkan sifat gedik [Ciri-ciri golongan wanita gedik] melampu anda pada permulaan pertemuan. 

Sukai aktivitinya - Lelaki pasti mempunyai hobinya tersendiri sama ada hobi berbentuk indoor atau outdoor. Tunjukkan minat anda terhadap hobinya walau pun ianya bukan sebahagian daripada jiwa anda. Mereka cumpa perlukan sokongan dan dorongan daripada seseorang di sisinya. 

Perkemaskan penampilan anda - Paling penting adalah "first impression" seseorang kepada penampilan anda. Sama ada anda seorang yang berwatakan menarik, anggun bergantung pada penampilan diri anda. Penampilan menjolok mata menarik lelaki-lelaki buaya manakala penampilan yang sedap mata adalah lebih baik dan menyenangkan. 

Akhir sekali, jika semua percubaan dan "serangan anda" tampak seolah-olah gagal, cuba jangan putus asa. Sekiranya anda merasakan lelaki itu pasti semakin "menjauhi" anda, maka tinggalkan dia, kerana dia pasti bukan jodoh anda pada saat ini.

10 ulasan:

  1. Tips yang ohsem..
    Semoga berguna pada yang memerlukan..
    Tak salah berusaha.. selagi tatasusila dijagakan encik azlan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu sis, jika kena cara memang tak salah..

      Padam
  2. Biarlah lelaki yg lebih syg kita dr kita asyik tackle dia...penat...haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah Nini akan ditemukan dengan jodoh yang baik.... amin...

      Padam
  3. Tips yanh berguna dan hingga kini saya masih cuba memikat hati hubby selalu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terbaik sis... InsyaAllah usaha sis akan dipermudahkan...

      Padam
  4. pergh !! tips ittew.. hee~ memang tepat tu dan semuanya atie dah try..

    BalasPadam