Khamis, Oktober 27, 2016

Cara-cara memperdayakan wanita

Ayat cara memperdaya perempuan, cara perdaya wanitaMungkin ramai yang tidak bersetuju dengan apa yang akan saya kongsikan untuk topik pada kali ini. Namun sama ada suka atau tidak, cara-cara ini adalah kaedah yang kerap digunakan dan telah berjaya memperdayakan wanita. Maka dengan itu kita tidak boleh mengabaikannya begitu sahaja.

Banyak kes yang telah berlaku terhadap wanita adalah fakta keberkesanan kaedah ini yang boleh menjadi peringatan dan kesedaran wanita pada masa hadapan.

Memperdayakan wanita tidaklah sesukar mana memandangkan kehendak dan keperluan wanita kadangkala secocok dengan kaedah yang digunakan si penipu. Apatah lagi jika wanita itu sendiri yang membuka peluang dan ruang kepada orang lain untuk memperdayakannya. Hakikatnya lelaki juga kerap juga terpedaya dengan wanita dengan menggunakan kaedah yang sama.

Kebanyakannya cara di bawah ini adalah cara-cara yang telah digunakan sama ada sedar atau tidak. Jika anda tidak bersetuju atau ada cara-cara lain yang tidak dinyatakan seperti di bawah, sila tinggalkan komen untuk peringatan bersama.

Cinta - Melalui cinta wanita boleh buta hati, melalui cinta juga perkara yang baik dan buruk boleh berlaku. Apatah lagi jika si penipu memberikan cinta dengan niat bukan untuk menjadikan seorang wanita sebagai teman hidup tetapi hanya untuk merealisasikan impiannya. Lihat sahaja contoh yang berlaku baru-baru ini, kerana cinta, abang sendiri terkorban. 

Wang - Anda boleh kata anda wanita tidak memerlukan teman yang kaya, berduit, berkerjaya atau pun seseorang yang mampu memberikan segala-galanya kepada wanita dan yang penting setia, jujur dan lain-lainnya, tetapi wanita sanggup berkahwin dengan penganggur? Sanggup berkahwin dengan gelandangan? Maka sebab wang, manusia dapat meneruskan hidup. Dikaburi dengan wang ringgit apalagi kepada wanita yang terdesak, memang terlalu mudah untuk diperdaya. 

Budi - "Kerana budi, ku jatuh hati..." Ibarat lirik lagu Spring, budi yang baik dibawa mati, budi yang jahat memakan diri. Di awal pertemuan sepatutnya tidak mencerminkan peribadi sebenar seseorang yang baru kita kenali. Berhati-hati dengan budi yang diberikan. Sebagai contoh terdapat beberapa kes rogol akibat daripada menumpang kenderaan orang yang baru dikenali. 

Janji - Namanya si penipu, memang gemar menabur janji. Terlalu banyak kes penipuan sebegini. Malahan lelaki juga mudah diperdaya dengan janji palsu wanita yang secara fizikalnya "cantik dan menarik". Lelaki penipu yang memiliki pakej maskulin ala-ala Mr Pilot, Abang Bomba I Love You amat mudah memperdaya wanita-wanita yang meletakkan kehenseman sebagai ciri-ciri utama teman lelaki. 

Promosi - Cara ini yang telah memperdayakan majoriti wanita seluruh dunia termasuk juga jenis lelaki yang gemar berbelanja. Terdapat baris kata menyatakan "Apabila kamu membeli barang dengan diskaun tertentu, anda bukan jimat sebanyak yang didiskaunkan, tetapi anda rugi sebanyak harga barang yang telah didiskaunkan". Contohnya membeli kasut setelah promosi dengan harga RM100.00. Harga asal RM150.00. Maka anda bukan jimat RM50.00, tetapi anda sudah rugi RM100.00. 

Secara keseluruhan, wanita perlu meningkatkan tahap berwaspada dan lebih berhati-hati pada masa akan datang. Jika ditipu dari segi kewangan masih boleh bernafas lagi. Namun jika dijerat dengan dadah dan tertangkap, hilang nyawa dibadan. Baik lelaki atau pun wanita, yang menjadi penipu memang tidak dapat dimaafkan oleh sesiapapun. Berhati-hatilah semua.

2 ulasan: