Jumaat, Disember 16, 2016

Mengetahui masalah berkaitan tidur

Masalah tidur, Mengatasi masalah tidur, info berkenaan tidur, Sleep StudiesWaktu tidur sepatutnya menjadi waktu terbaik untuk merehatkan semua anggota badan setelah penat bekerja sepanjang hari. Sudah tentu apabila badan sudah penat bekerja, mata juga akan terasa berat untuk dibuka, pada waktu tersebut adalah waktu yang paling sempurna untuk melelapkan mata tanpa menghadapi banyak rintangan. Namun kita perlu sedar bahawa semasa kita tidur, kita mungkin mengalami pelbagai jenis gangguan tidur tanpa kita sedari. 

Untuk mengetahui adakah seseorang itu mengalami gangguan tidur adalah sangat mudah. Ajukan soalan kepada saksi-saksi yang ada semasa kita tidur. Sama ada isteri, anak-anak, ibu bapa atau teman serumah dengan mengharapkan jawapan yang sangat jujur sekali. Sejauh mana keterukan masalah tidur sebenarnya boleh diketahui dengan menjalankan salah satu analisa perubatan moden iaitu Sleep Studies atau dikenali juga sebagai Polysomnography,

Analisa ini juga dapat menentukan sama ada seseorang yang mengalami masalah berkaitan penyakit yang lain menjadi asbab kepada gangguan tidur tadi. Tanpa kita sedar, kaedah analisa Sleep Studies atau Polysomnography sebenarnya mampu menjadi langkah pencegahan awal yang boleh kita lakukan untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik. Kita mungkin salah seorang yang menghidap masalah Sleep Apnea atau gejala lain berkaitan REM Sleep. Oleh itu dengan menjalani analisa Sleep Studies boleh memperlihatkan bukti yang kukuh tentang permasalahan ini.

Beberapa sebab juga yang menyebabkan anda mengalami masalah gangguan semasa tidur bergantung kepada tahap kesihatan tubuh badan. Sama ada kita mengalami tekanan darah tinggi, strok, kemurungan dan sebagainya.

Sleep Studies, Sleep Apnea, Polysomnography, REM Sleep, gangguan tidur

Kesan masalah gangguan semasa tidur boleh membahayakan nyawa seseorang kerana orang yang mengalami masalah gangguan tidur boleh berjalan tanpa sedar semasa tidur. Bayangkan sekiranya berlaku perkara sedemikian, pastinya anda tidak mahu jika perkara ini boleh mengancam nyawa serta keluarga. Berdengkur semasa tidur di malam hari? Ya, itu salah satu tanda mengalami masalah berkaitan tidur. Maklumat lebih lanjut berkenaan Sleep Studies boleh dibaca di link [Cara mengatasi masalah gangguan tidur]