About Me

Blog Bila Lelaki Berbicara adalah blog peribadi yang mula diusahakan pada Tahun 2009. Walau bagaimanapun ianya hanya wujud sekadar domain sahaja. Selepas itu, percubaan untuk membuat blog diteruskan pada May 2010. Namun sekali lagi, ianya terhenti seketika dan apa yang ada adalah hanya sekadar 'domain' dan 'template' sahaja. Walau bagaimanapun, semangat untuk menulis sesuatu bangkit semula pada Tahun 2012 dan bermulalah 'posting' pertama di blog ini. Selepas itu, menulis artikel di blog menjadi hobi di waktu lapang.

Blog Bila Lelaki Berbicara telah melalui beberapa proses perubahan seiring peredaran masa kerana ilmu mengelola blog tidak terbatas dan semakin berkembang dengan pantas. Ianya telah memberikan 'input' baru kepada blog Bila Lelaki Berbicara. Admin masih terlalu 'muda' dalam pengurusan sebuah blog. Ianya akan melalui beberapa proses penambahbaikkan yang berterusan.

Harapan untuk blog ini adalah untuk terus bertahan dalam bidang penulisan artikel di blog dan semakin mendapat maklumbalas daripada pembaca. Semoga apa yang dikongsikan memberi sesuatu yang bermanfaat kepada pembaca tentang pelbagai isu kehidupan, kesihatan, perniagaan, blogging serta menyampaikan info kepada pembaca.

Ikhlas dari: Noor Azlan