Selasa, April 14, 2015

Kesetiaan kamu diuji bekas kekasih

Bagaimana menguji kesetiaan kekasih, kekasih curangSetelah lama mendirikan rumahtangga dan sudah beranak pinak, akhirnya tewas juga pasangan anda dengan pujukan bekas kekasih. Sehingga ada suami sanggup meninggalkan isteri dan anak-anak, isteri pula melarikan diri daripada keluarga. Demikianlah perihal yang pernah berlaku seperti yang diceritakan dalam media massa mahupun luahan teman-teman.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itulah perumpamaan yang sesuai bagi mereka yang mengalaminya. Kita hanya mampu memberi kata-kata nasihat dan semangat agar menempuhi ujian dan dugaan dengan sabar.

Bagaimana semua permasalahan ini bermula?. Di manakah ruang dan peluang yang berjaya digunakan oleh bekas kekasih untuk mengumpan cinta kamu sehinggakan kamu tewas dalam pujuk rayunya sedangkan semua teman-teman kamu tahu bahawa kamu seorang yang sangat setia. Amati langkah-langkah dibawah ini supaya kamu tidak terjerat cinta kedua bersama bekas kekasih setelah cinta pertama telah diberikan kepada suami atau isteri kamu.

Pertemuan semula - Pengenalan pertama bermula semula setelah sekian lama terpisah. Dahulu kamu adalah pasangan yang saling cinta mencintai. Kemana pun pergi pasti bersama. Tentunya pertemuan semula antara kamu dan dia mengimbau sedikit sebanyak kenangan cinta pertama kamu dan dia. Namun pada mula kamu buat tidak endah tentang pertemuan itu. [Sebab mengapa sukar melupakan cinta pertama]

Sesi perbualan bermula - Setelah pertemuan semula yang tidak disangka berlaku, si dia mula memulakan bicara tetang kehidupan kamu. Tidak kurang juga kamu mengajukan soalan yang sama. Perbualan yang rancak baik di laman sosial atau pesanan ringkas semakin lama semakin rancak sehingga banyak cerita yang sepatutnya menjadi rahsia rumahtangga dikongsikan bersama tanpa ragu-ragu.

Rasa simpati - Cerita suka duka kamu dalam rumahtangga mengundang rasa simpati bekas kekasih dan dengan sedikit usahanya akhirnya jiwa kamu berjaya ditenangkan. Kamu pula merasa puas atas layanannya terhadap kamu. Umpama segala permasalahan yang terpendam kini berjaya dirungkaikan.

Perjumpaan - Apabila diri kamu semakin rapat, hati kamu saling memerlukan sehingga kamu lupa tanggungjawab terhadap anak dan isteri kamu. Seboleh-bolehnya bekas kekasih kamu meminta kamu mencari ruang dan peluang untuk berjumpa walaupun sekejap. Ibarat tidak puas menatap wajah kamu di laman sosial, hajat disuarakan hanya untuk bersembang di kedai kopi. Perjumpaan kamu bersama bekas kekasih membuatkan kamu semakin tersasar jauh.

Pemberian - Episod perjumpaan kamu bersama bekas kekasih akan melanjutkan hubungan kamu ke suatu tahap yang baru. Si dia akan memberikan kamu hadiah, bunga atau sebagainya tanda menghargai kamu. Kamu pula menerimanya seperti waktu kamu sedang bercinta dengannya. Perkara ini akan berlarutan hingga membuatkan kamu rasa bahagia seperti dilamun cinta.

Manfaat peluang yang ada - Perubahan yang berlaku pada diri kamu mendatangkan kecurigaan sehingga menyebabkan kamu berselisih faham. Dahulu kamu sanggup menerima kekurangan pasangan kamu. Namun kini semuanya nampak serba tidak kena pada pandangan mata kamu. Apalagi bekas kekasih kamu pasti memanfaatkan peluang yang ada untuk semakin mendekati kamu dengan memberikan kamu harapan agar kamu berfikir dua tiga kali tentang hubungan dengan suami atau isteri kamu.

Membuat keputusan - Setelah kamu gagal dalam mempertahankan hubungan rumahtangga kamu penceraian pasti akan berlaku. Kamu sanggup memutuskan kesetiaan kamu selama ini bersama suami atau isteri dan anak-anak demi skandal kamu bersama dengan bekas kekasih. Namun jika kamu berjaya mengatasi dugaan yang datang pada kamu, elok saja kamu putuskan hubungan kamu dengan bekas kekasih. Membuat keputusan yang bijak demi anak- anak kamu lebih baik daripada mengejar cinta yang mungkin mempunyai jalan cerita yang sama jika kamu bersama bekas kekasih. [Cara memutuskan hubungan cinta][Sebab berlaku skandal ditempat kerja]
[Bagaimana menguji kesetiaan kekasih]. Hidup ini umpama roda yang berputar. Kadangkala kamu di atas, kadangkala kamu dibawah. Dalam hidup berumahtangga tidak semestinya setiap hari kamu sangat indah. Ada pasang surutnya. Namun hakikatnya itulah asam garam kehidupan. Permata hasil rumahtangga kamu haruslah diutamakan sebaik mungkin. Mereka memerlukan kamu untuk berjuang demi masa hadapan. Tanpa ibu dan ayah bagaimanalah nasib mereka kelak.

8 ulasan:

  1. ya tidak di nafikan.....ramai isteri mahupun suami zaman sekarang dah pandai main kayu tiga.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin semakin jadi tabiat @ trend... :-)

      Padam
  2. Assalammualaikum...

    Rasa nyer kes ini dah menjadi2 ... ledakan FB dan laman sosial kini membuat manusia senang berhubung...

    mselim3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wassalam...

      Betul tu, semakin banyak benda yang mudah merosakkan rumahtangga... :-)

      Padam
  3. Perkara yg paling dielakkan... biarlah kekasih lama kata kita sombong...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kadang2 sombong dengan bekas kekasih memberikan kasih sayang kita lebih kepada isteri.... :-)

      Padam
  4. Kalau perkawinan kerana redho Allah perkara ini tidak berlaku

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila pasangan yang berkahwin belum matang dan tahu memikul tanggungjawab, berkahwin hanya kerana sudah sampai masa ataupun sebab kawan-kawan semua sudah berkahwin... hehe

      Padam