Isnin, April 13, 2015

Tips peniaga menarik minat pelanggan

Menarik perhatian pelanggan, tips tarik pelanggan.Setiap orang daripada kita pasti pernah membeli barang keperluan harian sama ada di pasar raya besar mahu pun pasar-pasar kecil. Pastinya kita pernah melalui banyak pengalaman berkenaan ragam peniaga, keadaan kedai tempat kita membeli barang keperluan. Ianya pasti pengalaman membeli belah yang paling menyeronokkan dan mudah sekiranya beberapa tips perniagaan di bawah diamalkan sebaiknya oleh peniaga.

Bagaimana peniaga kedai runcit mula membuat keuntungan? Tentunya bermula apabila pelanggan datang ke kedai dan membeli barang yang terdapat di kedai runcit. Banyak situasi berlaku di mana terdapat 2 atau 3 kedai yang menjual barang yang sama tetapi mempunyai pelanggan tetap yang berbeza-beza. Ada yang menjadi pilihan pelanggan dan ada juga yang memang pelanggan tidak akan pergi. Mengapa?

Mungkin betul atau tidak, setuju atau tidak apa yang akan dinyatakan di sini mungkin kebanyakkannya hadir daripada pengalaman penulis sendiri.

Mempunyai pilihan barang yang banyak. Saiz kedai kecil tetapi semua barang keperluan yang diperlukan ada dijual. Itulah dinamakan peniaga yang bijak. Tanya apa saja semua ada. Tentu ianya disukai oleh pelanggan. Kadangkala tidak perlu menyimpan stok banyak dikedai. Tetapi buat kajian apakah barang keperluan yang menjadi keperluan seharian masyarakat setempat. Kenalpasti barang yang fast item, slow item dan sebagainya untuk memudahkan peniaga melakukan tempahan kepada pembekal.

Mempunyai susun atur yang sangat tersusun. Kedai yang mempunyai susun atur yang kemas memudahkan pelanggan mencari barang yang hendak dibeli. Good planning dan well management mampu memudahkan pelanggan serta tidak membuatkan pelanggan menanyakan berulang kali soalan kepada anda. Contohi bagaimana pasaraya besar mempunyai sistem susun atur yang agak kemas. Mudah pelanggan mencari dan membeli. Kalau barang mandian diletakkan di lokasi sama dengan jenis seumpamanya dan begitulah dengan yang lain-lain. 

Tarikh luput yang dikemaskini. Pelanggan tentu kecewa apabila barang yang dibeli telah tamat tarikh luputnya. Ianya menambah kekecewaannya apabila barang yang sudah tamat tarikh luput itu telah digunakan oleh mereka. Jangan pula peniaga menyalahkan pelanggan kerana tidak pastikan terlebih dahulu barang yang hendak dibeli kerana pelanggan telah meletakkan kepercayaan terhadap anda untuk memeriksa tarikh luput sesuatu barang.

Tanda harga yang sangat jelas. Pastikan tanda harga yang dipamerkan jelas seperti mana yang sepatutnya. Jangan pula letak harga lain, apabila pelanggan ingin membayar tertera harga yang lain pula. Kalau pelanggan bawa duit cukup-cukup untuk barang yang mahu dibeli tentunya memalukan pelanggan itu sendiri walhal salah peniaga meletakkan harga barang.

Barang-barang bebas habuk dan debu. Bila masuk pasaraya rasa selesa, tapi bila masuk kedai taman perumahan atau kampung, kadangkala setebal sentimeter habuk melekat pada barang. Memang pasti barang itu susah mahu terjual. Kalau pelanggan yang ada penyakit asthma, tentunya kedai anda kedai pertama yang dia tidak akan membeli belah.

Mempunyai harga yang seragam. Satu pengalaman yang biasa. Bila mak jaga kedai jual harga A, bila bapa jaga kedai harga B pula. Ini belum anak yang jaga kedai, harga melambung jadi C. Bila ditanya kenapa harga berbeza-beza, kadang kala pelanggan pula yang dipersalahkan dan dipanggil cerewet.

Mempunyai tuan kedai yang serba tahu, Ada pelanggan yang malas nak mencari. Sampai kedai terus tanya tuan kedai. Ini mana, itu mana. Kalau ada tuan kedai yang tahu semua di kaunter tu lagi bagus. Cepat masuk kedai, cepat keluar kedai. 

Mesra pelanggan. Kalau pun tuan kedai letih sangat nak jaga kedai, cubalah sesekali senyum kat pelanggan yang datang. Sejuk mata memandang. Jangan kedekut sangat senyuman tu. Barulah pelanggan tidak "stress" dengan kenaikkan harga barang. 

Tidak kedekut beri diskaun. Jangan kedekut untuk beri diskaun. Setakat diskaun RM0.10, apa salahnya, sekurang-kurangnya ada juga beri diskaun. Walaupun sikit tetapi telah menggembirakan hati pelanggan. Pelanggan senang hati apabila berada di kedai anda, kesannya dia datang lagi beli barang. 

Jangan banyak sangat bercakap. Kadang-kadang tuan kedai cakap terlebih mesra pula. Pelanggan lain tengok je dia bercakap dengan kawan dia. Mana tahu pelanggan lain tu ada urusan penting lain. Mesti datang meluat tengok tuan kedai macam tu kan?

Sebab mengapa anda menjadikan sesuatu kedai itu pilihan anda membeli barang pasti ada alasannya. Selain daripada jumlah barang di kedai yang banyak, lokasi kedai yang berdekatan serta anda kenal dengan tuan kedai juga adalah antara sebab anda membeli barang di kedai pilihan anda. Tips ini berguna untuk mereka yang menjalankan perniagaan kedai runcit atau juga kedai kecil-kecilan. Ianya panduan berguna peniaga untuk menarik pelanggan datang ke kedai anda.