Jumaat, November 16, 2012

Tips mendapatkan pasangan hidup bagi wanita

Tips mendapatkan pasangan hidup bagi wanitaPernahkah wanita terfikir, apakah perkara pertama yang dilihat oleh lelaki pada tubuh fizikal seorang wanita. Mungkin juga wanita tertanya-tanya apa sebenarnya dalam fikiran seorang lelaki apabila berhadapan dengan seorang wanita. Oleh itu saya senaraikan beberapa perkara yang mungkin wanita tidak tahu supaya wanita boleh belajar dan meningkatkan kualiti serta populariti di kaca mata lelaki agar memudahkan kaum wanita untuk memiliki pasangan hidup. Tips ini adalah panduan yang boleh digunakan oleh wanita dengan menggunakan sumber yang telah sedia ada.

Lelaki pastinya melihat daya tarikan seorang wanita buat pertama kalinya. Semakin kuat daya tarikan yang ada pada seorang wanita, semakin banyaklah mata memandang anda. Daya tarikan adalah perkara semulajadi yang ada pada diri wanita. Jadi tingkatkan daya tarikan anda untuk menaikkan saham anda.

Perkara kedua yang sangat penting adalah bagaimana cara wanita berpakaian atau memilih pakaian. Pakaian mencerminkan peribadi fizikal seorang wanita itu. Jika anda berpakaian sopan, maka sopanlah pandangan lelaki. Namun jika anda berpakaian yang menjolok mata lelaki, maka nakallah pandangan lelaki pada ketika itu.

Wanita yang cantik tidak semestinya mempunyai perilaku yang baik. Maka sebaliknya, jika wanita yang baik perilakunya, maka cantiklah wanita itu. Lelaki tidak mengiginkan wanita yang cantik dan buruk perilaku sebagai calon isteri namun wanita yang cantik dan buruk perilakunya hanya sesuai dijadikan kekasih.

Jika anda tidak mempunyai daya tarikan yang kuat, bersyukurlah jika anda mempunyai tubuh yang menawan dan menarik. Sekurang-kurangnya ianya akan menarik perhatian lelaki untuk memandang anda apabila anda bertembung dengannya.

Personaliti memainkan peranan penting. Gaya percakapan, gaya berjalan dan macam-macam perbuatan yang dilakukan oleh wanita akan dinilai sepenuhnya oleh lelaki. Kadangkala lelaki akan terpikat dengan wanita hanya melalui komunikasi. Jadi kaji personaliti anda dan gunakan sebaiknya.

Dalam banyak mata yang memandang, lelaki perlukan respons bagi melangkah lebih jauh dalam siri perkenalan. Kadangkala lelaki tidak mempunyai cukup kejantanan untuk menegur anda, jadi ramahkan lah diri anda dengan berkata sesuatu seperti “Maaf, boleh saya bertanya…”

Kesimpulan bagi perkara diatas adalah sesuai bagi wanita yang masih belum mempunyai pasangan mencubanya. Namun bagi yang telah mempunyai suami, jangan berlebihan meningkatkan populariti anda supaya tidak dilabel gedik, [Ciri-ciri golongan wanita gedik] tidak menjaga maruah suami dan jalang!.