Jumaat, Januari 12, 2024

Mohon sumbangan INFAQ pembesaran Surau Saidina Umar

Mohon sumbangan INFAQ pembesaran Surau Saidina Umar| Walaupun surau masih dibawah seliaan Jabatan Agama Islam Negeri, namun kos operasi surau perlu ditanggung sendiri oleh ahli jawatankuasa surau yang dilantik. Ini hakikat yang perlu dipikul oleh mana-mana ahli jawatankuasa pengurusan surau. Berbanding dengan masjid yang menerima sumbangan langsung daripada orang awam pada setiap hari jumaat, surau perlu berikhtiar sendiri sekiranya memerlukan dana untuk aktiviti berkaitan agama.


Infaq Pembesaran Surau Saidina Umar


Surau Saidina Umar, Kuching adalah salah satu surau yang memerlukan dana bagi tujuan pembesaran surau bagi menampung jemaah yang semakin bertambah. RM 300,000.00 untuk membesarkan lagi ruang solat yang terhad. 

Infaq Pembesaran Surau Saidina Umar
Surau Saidina Umar, Kuching, Sarawak

Pembesaran ruang solat yang lebih luas akan menambah keselesaan kepada jemaah, berteduh daripada tempias air hujan dan pengimarahan surau yang lebih teratur. Sumbangan daripada orang ramai terutamanya pembaca blog ini walaupun sekecil berapa pun yang anda infaq kepada surau, ianya amat bermakna dan begitu diperlukan.

Infaq Pembesaran Surau Saidina Umar
Ruang yang perlu dibesarkan

Pelbagai cara telah dibuat untuk mendapatkan dana daripada pihak berwajib namun semuanya hampa kerana pelbagai alasan diberi untuk menidakkan hak membangunkan aktiviti agama yang lebih meluas disamping berdakwah kepada kariah setempat.

Infaq Pembesaran Surau Saidina Umar
Pada masa tertentu, limpahan jemaah sehingga keluar ruang solat utama

Oleh yang demikian, saya merayu kepada tuan dan puan untuk menyahut seruan ini menginfaq sedikit harta tuan dan puan pada jalan Allah SWT dengan ganjaran kebaikkan yang tidak perlu saya sebutkan. 

Infaq Pembesaran Surau Saidina Umar
Jemaah wanita juga terpaksa mengguna ruang koridor kerana ruang solat wanita utama telah penuh.

Firman Allah SWT, AL-Baqarah Ayat 261 bermaksud:

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.


Marilah kita sama-sama membantu Surau Saidina Umar yang beralamat di Lorong Cahaya Mata 2A3, Bandar Baru Samariang, 93050 Kuching, Sarawak untuk merealisasikan projek pembesaran surau supaya menjadi kenyataan. insya-Allah. BANK ISLAM: 11013010089937 (SURAU SAIDINA UMAR)

Next
This Is The Current Newest Page