Sabtu, September 16, 2017

Anak demam panas dan berhalusinasi

Anak demam panas dan berhalusinasi| Segelintir ibu bapa tentunya pernah mengalami masalah seperti saya. Anak saya mula mengalami simptom demam panas pada Hari Jumaat yang lalu. Pada jangkaan saya seperti sebelum ini, selepas dua hari atau tiga, demamnya akan mula kebah dan kembali pulih seperti sedia kala.

Anak demam panas dan bercakap sendiri, demam panas anak, demam panas

Namun jangkaan saya meleset memandangkan pada hari ini, anak saya masih lagi mengalami demam panas dan belum menunjukkan dia akan pulih pada jangka masa terdekat. Oleh itu, menjadi kerisauan sekiranya anak demam panas berlarutan sehingga hari ke-3 dan ke atas sama ada anak mengalami simptom demam panas biasa atau demam akibat disebabkan jangkitan penyakit lain.

Demam, simptom atau penyakit

Demam panas adalah simptom dan bukan penyakit. Simptom demam panas adalah disebabkan sistem antibodi badan telah mengesan kehadiran kuman, virus atau bakteria dan melawannya. Anak demam panas tidak membahayakan walau setinggi mana pun suhu badannya tetapi amat merisaukan ibu bapa kerana anak demam panas boleh disebabkan oleh penyakit denggi, H1N1 dan sebagainya.

Pada dasarnya tubuh badan manusia mempunyai suhu badan normal sekitar 36.6 hingga 37.9 darjah celcius dan segelintir anak kecil mampu menahan suhu badan sehingga 38.9 darjah celcius. Apabila suhu badan meningkat lebih tinggi daripada itu, mereka akan merasai tidak selesa dan boleh menjadi lebih teruk seperti berkelakuan pelik, muka merah dan bercakap tentang sesuatu yang ibu bapa tidak nampak dan dengar. Perkara sedemikian adalah normal dan ianya akan hilang selepas demamnya kebah.

Anak berhalusinasi

Sejak malam semalam, isteri saya menjaga anak lelaki saya berusia 6 tahun, Naufal. Demam kali ini agak pelik. Berbanding sebelumnya, kali ini dia mengalami halusinasi. Dia bercakap sendiri dan kadang kala menangis dengan tiba-tiba. Pengalaman yang sangat bermakna sebagai ibu bapa. Mungkin ibu bapa tidak pernah mengalami kejadian seumpama ini dan kami sangat bertuah kerana melucukan.

"Mak, saya tidak bunuh anak dia" Sambil menangis seorang diri di dalam bilik. Waktu itu saya sedang menyapu rumah manakala isteri sedang menyidai baju. "Mana ada saya ambil anak dia, saya tak ambil.." Naufal menangis lagi.

"Mana ada saya curi anak (sambil sebut nama kawan dia)". Bila masa kawan sekolah dia ada anak? Lagi satu dialog, "(Nama kawan) cakap saya ambil pensil dia, mana ada saya ambil pensil dia... saya tak ambil".

Paling melucukan dan menakutkan saya "Jangan ambil ayah saya. Mak saya nampak ayah jalan dengan perempuan". Ah! Jika dialog sebegini keluar, suami mana tidak seram kan. Nasib baik ianya hanya halusinasi seorang anak yang sedang demam panas.

Pada mulanya saya agak risau juga. Memandangkan ini adalah pengalaman kali pertama, pasti juga mana-mana ibu bapa akan merasa risau bukan?

Halusinasi dan bercakap sendiri

Jika ibu bapa mengalami situasi seperti saya, jangan risau memandangkan ianya adalah normal dan bukan disebabkan masalah lain. Pada pendapat saya, apabila anak kecil demam, mereka akan menjadi lebih manja, perlu perhatian dan sensitif. Oleh kerana itu, pada saat mereka sedang sakit, satu pelukan dan sentuhan ibu bapa adalah sangat perlu kerana mereka mendambakan lebih perhatian daripada ibu bapa berbanding waktu-waktu biasa.

Tidak perlu membawa anak demam panas berjumpa bomoh untuk merawat anak demam panas dan bercakap sendiri. Cukup dengan ubat demam atau ubat demam cucuk punggung yang diberikan oleh doktor. Mereka bercakap sendiri bukan disebabkan kena sampuk atau sebagainya kerana pada masa tertentu mereka akan kembali normal. Jika perkara ini berlarutan walaupun selepas demam sudah pulih, hal ini.mungkin berkait rapat dengan masalah "Autism". Wallahualam.

42 ulasan:

  1. Ya Fattah Ya Salam... risau klu anak dh demam kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul memang risau.. lagi kalau ada dialog pelik2..

      Padam
  2. bapak2 memang seram kalau anak ckp bapak jalan ngan perempuan lain. takut mak plak menyinga..ekekek

    BalasPadam
  3. apa2 pun semoga anak cpt sembuh.. amin2

    BalasPadam
  4. siannya. risau kan kalau demam panas ni. moga anak cepat sembuh.. amin

    BalasPadam
  5. Mmg riso anak demam..anak ena dah masuk ubat bontot pon still x surut.. mmg ikut serasi ubat jugak..xbole harap 1klinik je .semoga cepat sembuh n dijauhkan dri sebarang tanda autism..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, Naufal ni bila demam memang lama demam nak kebah...

      Padam
  6. smoga cepat sihat yee adikk.. demam panas ni risaunya laaa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Busyra, memang risau... Thanks ya...

      Padam
  7. Ank2 kecik mmg kerap demam kan, bila dah agak besar barulah jarang demam.

    Mudah2an Naufal dah kebah dari demam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, time kecik ni lah banyak perhatian nak kena bagi... Thanks sis...

      Padam
  8. Saya mungkin bukan seorang ibu tapi kawan ayah saya ada anak yang sakit sawan, puncanya demam panas masa kecil (7 tahun). Jadi pada saya, anak kecil kalau demam panas memang bahaya. Dia mungkin sejuk tapi sebenarnya dalamannya panas, jadi dia perlu dimandikan sekerap yang boleh, jangan diselimutkan pulak. Wallahualam lah, ni petua ayah saya, rujuk doktor lebih baik. Semoga cepat sembuh Naufal.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, dia cakap sejuk tapi suhu dalam panas... selimut memang tak bagi kalau anak demam.. thanks ya untuk petua tu....

      Padam
  9. 😂 lucu plak rasa..bhaya gak tu halusinasi bkn2 tp klo berlarutn lg bhya..effect pd saraf nnti..smoga ank en.cpt smbuh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, kalau berlarutan memang kena bawak hospital...

      Padam
  10. Kena cepat2 jumpa doktor.
    Mudah2an anak Azlan dah sembuh.

    BalasPadam
  11. alahai...anak demam ni kalau demam dia terlalu tinggi atau demam panas memang macam tu kan,orang tua pun sama,macam nenek dulu,dia demam panas,merapu je cakap dalam tidur..
    Moga anak cepat sembuh ye.Paling risau kalau anak demam,kena pantau selalu supaya tak terlalu tinggi panasnya tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasib mak nya ada sis... hihi.... saya jaga lagi dua... Amin, thanks doanya...

      Padam
  12. gws.
    aida kalu anak2 demam, mula la jadik risau over the limit!
    akan sedaya upaya try to reduce kan suhu nyer.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, betul tu, kalau tak kawal boleh effect urat saraf...

      Padam
  13. tapi so far, takde lagi anak2 berhalusinasi.
    just, mlm time tido = mengigau. and mcm merengek yg berckp :)

    BalasPadam
  14. bab anak-anak demam ni paling risau sebab tu kalau anak demam, selalunya ibu tak lena tidur malam..pantau suhu anak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tepat sekali, memang ibu yang tak tidur malam... saya kaki tidur... hehe

      Padam
  15. Semoga anak bro Noor Azlan cepat sembuh seperti sediakala. Kalu anak demam nie memang kita ibu bapa akan berasa susah hati, kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sis... Hampir sembuh tapi sorang lagi sambung...

      Padam
  16. bla sebut demam panas dlm kalangan kanak2, takut juga sbb mcm2 perkara boleh jd. paling sy takut, kanak2 jadi buta krn demam panas... sy rs ya allah...mcm mn diorg nk tras kn hidup bila dunia ni semuanya gelap???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, bukan setakat buta, sindrom down pun boleh terjadi..

      Padam
  17. risau sebab demam tinggi & meracau tu. kalau berlanjutan kena bawa ke hospital. ada budak jenis macam ni. time demam je meracau. bila dsh baik, should be ok.

    BalasPadam
  18. Mrs. A ada pengalaman anak demam panas dan berhalusinasi.
    Time tu anak Mrs. A yang sulung tu demam iaitu Along dia bercakap-cakap sorang, macam meracau-racau pun ia juga.
    Adoii... seram jugak time tu.
    Mrs. A peluk dia sambil baca ayat kursi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak apa, apa yang saya baca pun diaorang kata benda ni normal.. perasaan takut ada, lucu pun ada... hihi

      Padam
  19. En Noor azlan..sy br melalui perkara yg sama..anak sy brumur 7 thn..ni hari kedua anak demam panas n mula behalusinasi..ckp sorg2 n berkelakuan pelik..da bg ubat bontot,lap badan n letak tuala basah didahi..alhamdulillah da x panas..tp masih berhalusinasi..x pnh anak sy demam mcm ni..sepanjang mlm sy berjaga risau..moga Allah beri kesembuhan pd anak sy..

    BalasPadam