Friday, January 25, 2013

Jangan sebut jangan kepada anak

http://bilalelakiberbicara.blogspot.com/2013/01/jangan-sebut-jangan-kepada-anak.html
Sesiapa pun yang tahu berbahasa Malaysia tentu tahu perkataan "Jangan". Apa maksud jangan dengan kreativiti anak? Tak bolehkah kita berkata "Jangan" kepada anak? Ianya boleh menghilangkan kreativiti anak?

Mesti ramai orang yang tidak setuju dengan pendapat saya namun saya cuma ingin berkongsi kepada pembaca dan untuk diri saya sendiri demi anak-anak saya juga, Ashrukh Adhwa Aryan, Nur Ashieqa Najwa, Nur Allyssa Fasha, Naufal Ammar Rifqi, Nur Rania Adelia...

Budaya masyarakat di Malaysia umumnya dan khusus bagi kaum Melayu, perkataan "Jangan" sudah sinonim digunakan kepada anak. Ianya merujuk kepada situasi tidak membenarkan anak melakukan sesuatu jika ianya difikirkan mendatangkan bahaya atau lain-lain perkara.

"Adik, jangan main dapur, ada momok" - Menakutkan anak supaya anak tidak berkeliaran di dapur yang diketahui terletaknya pisau dan barang-barang panas.(Sebab utama: Bolehlah ibu bapa tengok televisyen kat ruang tamu)

"Adik, jangan main luar, nanti ada orang potong kepala" - Menakutkan anak kerana dikuatiri anak menjadi mangsa culik atau bermain terlalu jauh. (Sebab utama: Petang-petang ibu bapa bolehlah lelapkan mata sekejap.. Hehe)

"Adik, jangan kacau ayah, ayah tengah buat kerja" - Menegah anak mengganggu ayah atau ibu melakukannya kerja. (Sebab utama: Melambatkan ibu bapa menyiapkan kerjanya)

"Adik, jangan makan kepala ikan, nanti jadi bodoh" - Menghalang anak daripada makan kepala ikan kerana tradisi turun temurun mengatakan begitu. (Sebab utama ibu bapa sahaja yang boleh makan kepala ikan.. Paling sedap tu...)

Itu adalah contoh situasi yang berlaku dalam keluarga dan anak telah dimaklumkan tentang perkataan "Jangan". Rasa-rasanya berapa kali perkataan "Jangan" disebutkan kepada anak-anak anda?

Jika si anak yang masih kecil mampu berkata-kata pasti dia akan berkata "Ayah, berapa banyak jangan dah..." (Tiru cerita P.Ramlee)

 
 
Mungkin ianya nampak remeh, tetapi tahukah anda anak-anak kecil akan memegang, bermain, mencuba, melihat, merasa untuk menggalakkan minda mereka berkembang.
Perkataan "Jangan" hanya disebabkan helah ibu bapa menyebabkan kreativiti anak terbantut walaupun anak anda pandai dalam pelajaran sekalipun. Pandai tidak semestinya kreatif dan bodoh tidak semestinya tidak kreatif.

Apa perlu kita buat? Awasi apa yang dilakukan anak anda. Perhatikan segala benda yang boleh mendatangkan bahaya kepadanya dan jauhkan. Ajar mereka bagaimana melakukannya atau menguruskannya.Ganti perkataan "Jangan" dengan "Hati-hati" adalah lebih baik dan katakan tahniah, syabas atau bagus jika mereka menyempurnakan sesuatu yang baik.

Tips yang diberikan mungkin sesuai dan tidak sesuian mengikut kepada situasi. Kita sebagai ibu bapa sama-sama berfikir apa yang difikirkan sesuai untuk anak-anak kita. Semua orang memiliki kelebihan masing-masing.

4 comments:

  1. Idea yg menarik dan bagus.
    Tapi perkataan jangan itu rasanya masih perlu di ucapkan mengikut pada situasi dan apa yg ingin di sampaikan. Contohnya: Anak2 Jangan Merokok!

    ReplyDelete
  2. @Bin MuhammadYa saya setuju, kena ikut situasi mana yang perlu guna "Jangan" tetapi di tempat yang sepatutnya...

    ReplyDelete
  3. X setuju...ini cara org bukan Islam. Dlm Quran dan Hadis byk perkataan arab yg sama maksud dgn perkataan jangan digunakan. Teori ni dah lama sgt. Sy pun terkeliru ketika jumpa fakta ni sehingg sy pun turut menggunakannya. Tetapi skrg sy tetap guna perkataan jangan sebagai didikan paling berkesan. Ia bukan menyekat kreativiti. Perkataan jangan hanya menghalang kreativiti yg tidak elok. Maaf sebab con ye...

    ReplyDelete
  4. @Habib MuzzTiada masalah Habib Muzz, pandangan anda amat dialu-alukan.. Yang penting kita mencapai maksud dalam mendalami ilmu mendidik anak.. Jika yang baik daripada tuan, saya juga akan ambil sebagai panduan.. Saya rasa perkataan "Jangan" perlu pada tempat yang sesuai. Jika menakut-nakutkan anak dengan momok tidak mustahil sampai besar anak akan jadi penakut tidak tentu pasal... p/s dulu saya penakut...

    ReplyDelete