Friday, February 8, 2013

Perlukah wanita menggadai dara

Tetiba hari ni saya rasa nak bermadah.. hehe... Entah madah apa pun saya tak tahu. Terlintas dalam kepala ni cepat-cepat menghulurkan tangan di keyboard.. Moga ianya mampu menyampaikan mesej yang berguna. Untuk wanita "Perlukah wanita menggadai dara".

http://bilalelakiberbicara.blogspot.com/2013/02/perlukah-wanita-menggadai-dara.html
Budak-budak zaman sekarang, kononnya makin advanve, kononnya makin ke depan, tapi sangat mundur akal fikiran. Bicara tinggi melangit, egois dan kaya nafsu semata-mata. Perlukah wanita menggadai dara hanya kerana cinta?

Cinta adalah anugerah yang dipinjamkan Allah SWT untuk hamba Nya. Pinjaman sementara itu hanya untuk merasai nikmat kasih sayang dan berpasang-pasangan. Adakah cinta merelakan dara tergadai? Berbaloikah dara digadai hanya kerana cinta yang belum pasti?

Cerita tauladan dan pengajaran telah banyak dipaparkan. Namun kerakusan lelaki meragut mahkota wanita semakin meningkat. Apalagi wanita yang mudah tertewas membenarkan serta membuka peluang "bagai mengantuk disorongkan bantal."

Akibatnya menangis berlagu kemudian hari. Menyesal dan merana sehingga sanggup merosak diri. Untuk apa meratap episod duka yang disebabkan oleh salah sendiri.

Peluang dan ruang yang ada perlu ditutup secara rapat. Pakaian dan bahasa kadang-kadang memusnahkan diri. Percaya pada janji lelaki adalah jerat pada diri sendiri. 

Muhasabah wahai wanita dan jangan terjerumus dengan helah lelaki. Jika masyarakat semakin rosak bagaimana negara akan ditadbir kelak. Bagaimana pula saya mahu melepaskan anak-anak perempuan pergi terlalu jauh dari pandangan.

Salahnya bukan pada ibu bapa. Nafsu dan akal yang cetek mendorong wanita bebas bergaul sesama lelaki. Kunokah anda bukan persoalannya. Tetapi yang suka adalah lelaki. Tanpa membeli sudah merasa. 

Saya suka mengingatkan diri saya. Memberi peringatan agar menjadi ayah sempurna. Tetapi takut gagal kerana kita boleh berusaha tetapi dunia terlalu luas. Tak dikejar takut ketinggalan zaman. Dikejar takut terjatuh.

Bersama-sama saya mengharapkan. Wanita tidak perlu menggadaikan dara. Simpan untuk lelaki yang sah. Simpan untuk memberi lelaki satu senyuman puas. Simpan untuk mendapatkan syurga. Demi kebaikanmu, wanita~

2 comments: