Selasa, Julai 11, 2017

Enuresis: Penyakit kencing malam si anak kecil

Enuresis: Penyakit kencing malam si anak kecil| Segelintir daripada ibu bapa pasti mengalami kesulitan berkaitan kegagalan anak mengawal kencing sehingga terkencing dalam seluar. Kegagalan tersebut sama ada berlaku pada waktu siang atau juga semasa tidur malam. Pada usia sangat kecil, adalah normal sekiranya lampin pakai buang masih dipakaikan kepada anak tetapi jika berlaku pada usia 5 tahun ke atas, adakah kanak-kanak berada dalam keadaan normal atau sebaliknya?

Penyakit Enuresis, Penyakit Kencing Malam, Ngompol, Masalah kencing

Saya dapati seorang anak perempuan saya juga mengalami gejala tidak dapat mengawal kencing walaupun berada dalam keadaan sedar. Sama ada takut untuk ke tandas, tidak sedar diri sudah mahu kencing atau penyakit tertentu yang menyebabkan berlakunya masalah tersebut. Sebagai ibu bapa, acapkali tentunya kita sudah beritahu, didik malahan memarahinya jika perbuatan anak "kencing bersepah" masih juga terjadi. Jadi apa penyelesaiannya?

Ada cadangan mengatakan anak perlu disapu minyak mujarab tertentu yang boleh mengubati penyakit anak gagal mengawal kencing. Saya cuba mencari jawapan berkenaan isu ini daripada pelbagai sumber maklumat bagi mengatasi masalah daripada berterusan berlaku pada masa hadapan. Letih juga setiap minggu perlu menjemur tilam kerana dikencing oleh anak saya tadi. Lebih malang, dia juga terkencing sewaktu di sekolah. Kesian pula cikgu terpaksa mencuci baju dan lantai. Terima kasih cikgu! Namun begitu, mari kita baca informasi yang saya dapat daripada beberapa sumber. Moga bermanfaat kepada ibu bapa yang mengalami masalah sama seperti saya.

Masalah ini disebut Enuresis. Enuresis adalah kehilangan kawalan pundi kencing yang menyebabkan pembebasan air kencing. Ada beberapa jenis penyakit Enuresis. Antaranya Nocturnal Enuresis atau dikenali sebagai "Bed-Wetting" (atau nama lain Urinary Incontinence [2]). Jika diterjemah (Bahasa Melayu) ianya disebut "Pembasahan Katil". Macam tidak kena pula dengan kebiasaan yang kita dengar. Kebiasaannya masyarakat menggunakan istilah "Kencing Malam" atau dalam Bahasa Jawa disebut "Ngompol". Kira-kira 5 juta hingga 7 juta kanak-kanak membasahi katilnya. Ia mungkin berlaku lebih kerap pada kanak-kanak lelaki berbanding dengan kanak-kanak perempuan. [1]

Masalah ini tidak disebabkan oleh minum terlalu banyak cecair sebelum tidur. Ia juga bukan masalah psikologi atau kanak-kanak malas untuk pergi ke tandas. Kanak-kanak juga tidak melakukan perkara ini dengan tujuan, walaupun ada atau dengan niat memang sengaja kepada ibu bapa mereka.

Antara sebab berlakunya perkara ini adalah disebabkan:
  • Faktor genetik (Keturunan keluarga)
  • Sukar bangun daripada tidur.
  • Perkembangan yang perlahan pada sistem saraf pusat (Mengurangkan keupayaan kanak-kanak untuk mengosongkan pundi kencing pada waktu malam).
  • Hormon Antidiuretik tidak cukup (Hormon ini mengurangkan jumlah air kencing yang dibuat oleh buah pinggang)
  • Jangkitan saluran kencing
  • Keabnormalan dalam injap uretra pada kanak-kanak lelaki atau di dalam ureter pada kanak-kanak lelaki atau perempuan
  • Keabnormalan pada saraf tunjang

Penyakit Enuresis, Penyakit Kencing Malam, Ngompol, Masalah kencing

Penyelesaian yang dicadangkan berkenaan permasalahan ini adalah berjumpa dengan pegawai perubatan (doktor) dan seisi soal selidik akan dilakukan sama ada melalui lisan, ujian fizikal serta ujian air kencing  untuk memastikan jika ada kebarangkalian masalah pada saluran kencing atau pundi kencing. Dua kaedah lain juga adalah dengan menggunakan terapi tingkah laku atau pun menggunakan ubat. Terapi tingkah laku adalah terapi motivasi, penyesuaian tingkah laku, latihan pundi kencing, dan perubahan diet (mengehadkan kafein, produk tenusu, dan buah jeruk atau jus). Jika melibatkan kanak-kanak yang lebih tua, ianya akan mendatangkan masalah tekanan yang sangat beremosi, maka doktor mungkin mencadangkan seisi kaunseling perlu dilakukan.

Pegawai perubatan boleh memberi ubat kepada kanak-kanak jika anak anda berusia tujuh tahun atau lebih tua sekiranya terapi tingkah laku tidak berfungsi. Tetapi ubat-ubatan bukan bertujuan merawat penyakit Enuresis (kencing malam). Tetapi ubat ini berfungsi dengan dua cara. Satu jenis ubat membantu pundi kencing menahan lebih banyak air kencing, dan lagi satu adalah membantu buah pinggang mengurangkan penghasilan air kencing. Ubat-ubatan ini mungkin mempunyai kesan sampingan kepada kanak-kanak.

Walau bagaimanapun, sukar untuk mengetahui punca sebenar masalah penyakit Enuresis (kencing malam) ini. Oleh itu kepada ibu bapa, jangan kecewa jika anak masih mengalami masalah tidak dapat mengawal kencing. Ibu bapa perlu sedar bahawa Penyakit Enuresis (kencing malam) adalah perbuatan secara tidak sengaja dilakukan oleh kanak-kanak. Kanak-kanak yang tidur di katil memerlukan sokongan dan jaminan ibu bapa untuk mengatasi masalah ini. Semoga penerangan di atas memberi inspirasi kepada ibu bapa untuk menyelesaikan segala kesulitan yang berlaku. Anak adalah ujian kepada ibu bapa dan tidak semua anak mempunyai personaliti yang sama. Sekarang mungkin saat kita membasuh kencing-kencing  mereka. Satu masa bila kita sudah tua nanti, mungkin dia pula yang selalu membasuh kencing kita. Wallahualam.

Sumber [1][2]

34 ulasan:

  1. good sharing. Anak2 saya sorang 5 tahun, sorang lagi 4 tahun, dua2 masih pakai pampers masa tidur sahaja. siang Alhamdulillah ok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Sis Ainniah... Kadang-kadang sebelum tidur dia dah pergi kencing dah, ada juga terkencing... bertabah je la...

      Padam
  2. salam..
    hi yaya singgh sini dan follow juga.. =)

    tq share info..tp kalau bpak mak budak yang TERngompol tu acaner..hikhik
    kena g jmp doktr jgk ea ^,^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Cik Yaya, saya juga sudah follow Cik balik... Kalau mak bapak terngompol tu kes berat tu... hihi...

      Padam
  3. Anak Ana masih fully pampers. Next year baru nak start pampers free. Ngompol ni masalab biasa. InsyaAllah sampai satu masa mereka akan pandai ke tandas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu sis, time tak pakaikan pampers masa tu pula yang kena... huhu..

      Padam
  4. Alamak.. susah jugak kalau ada penyakit ni.. Mintak dijauhkan.. Adeh.. Thankz utk info ni ye Lan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Lea, jenuh nanti nak jemur tilam je... hehe... InsyaAllah... Sama-sama...

      Padam
  5. Kalau berlaku semasa tidur itu memang diluar kawalan minda..redha saja...tetapi kalau terkencing semasa sedar seperti sedang bermain main...boleh nasihat berlahan-lahan..insyaAllah akan dapat di atasi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah PC, nanti lama-lama ok la tu...

      Padam
  6. Genetik pun jadi puncanya. Baru saya tau.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Adam, menurun dari keluarga, ia ya, ia mungkin atau ia tidak...

      Padam
  7. semoga bermanfaat buat semua ibubapa

    BalasPadam
  8. DIlemma mak bapak ni bila anak anak sedang membesar.. normal tu normal tapi pemantauan pun perlu juga takut anak ada sakit apa2 ke ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, kena pantau takut penyakit lain pula kan...

      Padam
  9. Kalau dah besar ada jugak sesekali terkencing waktu tidur ingatkan mimpi katanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi... kan, biasa dengar tu...

      Padam
    2. hahahaha..mimpi mmg dah kat tandas pun ada...haha tp sempat je sedar belari ke tandas..adess

      Padam
    3. Hihi, nasib baik sempat lari ke tandas...

      Padam
  10. Anak cikla yg 7 thn tu pun Kdg2 terbabas jugak kencing masa tidur. Selalunya cikla suruh dia pergi buang air dulu sebelum tidur. Bdk2 biasalah kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya la kan, walau kita dah suruh pun boleh terkencing lagi... huhu

      Padam
  11. Alhamdulillah good sharing...

    BalasPadam
  12. Owh kesian jugak kan bebudak yang ada masalah ni. Ingatkan mmg takda apa2. rupanya banyak jugak sebabnya ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada faktor-faktor yang "mungkin" penyebab berlakunya perkara sebegitu, cuma sebagai ibu bapa kita perlu aware daripada peringkat awal takut ada masalah lain yang lebih kronik...

      Padam
  13. tq atas prkongsian ye en lan.. sngt berguna untuk smua.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama Sis Busyra... Moga bermanfaat....

      Padam
  14. masa kecik2 dulu kena tapi alhamdulillah masuk sekolah rendah dah pulih hehe

    www.neezalife.com

    BalasPadam
  15. Perkongsian yang ohsem.. Sha baru tau pasal ini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Sis Shahida... Moga bermanfaat...

      Padam