Rabu, Julai 19, 2017

Sejarah entri pertama blog

Sejarah entri pertama blog| Pernahkah anda melihat kembali entri pertama blog yang pernah anda tulis sebelum ini? Hari ini, saya belum mahu tulis apa-apa entri terbaru. Maklumlah semalam baru publish entri Buat produk kosmetik jenama sendiri, oleh itu, saya gunakan masa yang ada untuk menjenguk seketika blog sendiri dan blogwalking blog rakan-rakan. Sambil pusing-pusing dalam blog sendiri, terbaca kembali entri pertama dalam blog yang saya tulis sebelum ini iaitu Anak Sakit Kuning? (Jaundice). Sebenarnya entri tersebut telah disemak semula memandang entri terlalu sedikit berbanding kini. Entri sebelum itu telah dipadamkan kerana saya sendiri juga tidak faham apa yang telah saya tulis dan cuba saya sampaikan.

Tulis entri pertama blog, artikel di blog, tulis blog, blog

Dalam tidak sedar, sudah beberapa tahun terlibat dalam dunia blog. Walaupun blog ini hanya blog yang kecil, namun saya tidak sangka saya telah pergi sejauh ini. Masa mula-mula buat blog, sasaran adalah mencuba suka-suka sahaja. Kemudian menyasarkan menjana pendapatan tambahan, lepas itu saya cuba sasarkan menambahkan kenalan sesama blogger. Namun kini, sasaran saya mungkin memberi informasi, berusaha menjadi 'matang' dalam penulisan dan mengekalkan blog sedia ada. Menjaga pendapatan tambahan? InsyaAllah jika diberikan rezeki. Bagi saya "apa yang saya akan dapat adalah bergantung apa yang saya usahakan". Jika saya berusaha setakat level 3, mana mungkin saya meminta lebih pada tahap 10. Namun saya bersyukur dengan apa yang ada kerana saya sedar kemampuan saya adalah terhad.

Sebenarnya dari satu entri ke satu entri, dalam diam kita telah menyumbang kepada memberi inspirasi kepada orang lain. Blog adalah salah satu sumber maklumat. Sekecil mana pun maklumat yang ingin disampaikan, jika berguna maka telah memberi manfaat kepada pembaca. Jika dosa yang kita tuliskan maka berpanjanganlah dosa yang kita dapat. Pada masa lalu juga saya pernah ingin menulis berkenaan politik, sukan dan macam-macam. Lihat blog A, mahu ikut macam A, lihat blog B, teringin pula mahu ikut "style" blog B. Semakin lama saya sedar, saya perlu jadi diri sendiri. Saya tidak mampu mengejar apa yang orang lain mampu buat. Ada kekangan sendiri dan kekangan orang lain juga tidak sama.

Tulis entri pertama blog, artikel di blog, tulis blog, blog

Kadang-kadang orang menulis blog tidak mampu kekal lama. Satu, dua entri sahaja, kemudian "shut down". Sebab susah untuk menjadi atau mengikut apa yang orang lain buat. Untuk menulis entri mudah, cuba jadi diri sendiri. Perkara yang kadang-kala saya juga sukar untuk lakukan. Namun saya akan cuba menjadi ikon untuk anak-anak saya seperti yang saya tulis dalam entri Blogger terpaksa menjadi ikon. Saya mahu buat mereka berbangga dengan diri saya yang mereka panggil ayah. Sekurang-kurangnya mereka tidak segan apabila berbicara mengenai saya bersama rakan-rakan. Maklumlah, budak-budak suka mengajuk, bergurau senda dan sakat menyakat. Kadang-kadang cakap "Ayah awak macam ini, emak awak macam itu". Sebagai ibu bapa kita jangan ambil serius nanti boleh bertelagah.

"Senyum pernah berbohong, ketawa kadang menipu."

Tulis entri pertama blog, artikel di blog, tulis blog, blog

Entri pertama adalah langkah menulis entri yang seterusnya. Selain komitmen masa, kerjasama sesama pasangan dan apakah bentuk, tema, niche dan sebagainya yang kita mahukan untuk blog adalah bermula pada entri pertama. Entri pertama adalah untuk perbandingan entri-entri akan datang. Bandingkan gaya penulisan, peningkatan cara menulis dan banggakan diri anda sendiri dengan apa yang anda telah buat pada saat anda menulis entri dalam blog buat kali pertama. Kerana sejarah adalah sangat indah dan kenangan yang sangat besar dalam hidup. Blog bukan sekadar blog tetapi adalah diari moden untuk diri, keluarga, sahabat, masyarakat malahan tanah air tempat sekian lama kita berpijak. Terima kasih kepada pengunjung (lebih 820k Pageviews setakat hari ini) walau dimana pun anda berada. Anda telah membuatkan saya bertahan sehingga kini. Wallahualam.

50 ulasan:

  1. Syukur..alhamdulillah..tahniah moga terus berkarya dengan cara dan gaya tersendiri kerana di situ ada harga yang tidak ternilai..apa yang dikongsi baik,maka ladang pahala yang bakal tumbuh..amin..bagi PC sebagai blogger bukan perkara mudah..saat menulis dan berkongsi..adakala hasutan buruk itu sekerasnya cuba ditangkis..rasa yang negatif itu sedayanya dijentik jauh,niatnya satu,agar apa yang ingin disampaikan dan dikongsikan itu membawa impak baik berterusan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya PC, bila mana hasutan bermaharajalela, mulalah kita menulis bukan menggunakan akal tetapi perasaan yang boleh mengguriskan hati orang lain...

      Padam
  2. tahniah azlan.
    kipidap. dongibab!
    blog kita, cermin diri kita. cerita kita.
    setuju dgn PC, nukilan baik = pahala. in shaa Allah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Sis Adianiez... Mudah-mudahan...

      Padam
  3. Tahniah tuan. Satu pencapaian peribadi yang boleh di banggakan. InsyaAllah anak2 tuan pasti bangga bila mereka baca diari moden tuan ji nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah, sama-sama kita cuba yang terbaik....

      Padam
  4. Setuju dengan cara penulisan jadilah diri sendiri tak perlu nak jadi A B atau C.

    Mrs. A pun kadang-kadang ada juga tu bila baca blog si polan ni nak jadi macam dia, kemudian baca pula blog si polan satu lagi dah nak jadi macam dia tu pula haish! susahlah macam tu paling senang jadilah diri sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan, sebab kita nak mencontohi orang yang lebih baik... sebab banyak blogger bagus2...

      Padam
  5. kalau IQ imbas balik entry first IQ, rasa nak terjun lombong. Macam biodata plaknye

    BalasPadam
  6. Penah juga sasar nk buat income tapi tk reti, sudahnya hanya menulis utk suka2, tulisan Santa cerita2 harian yg mgkn boleh dimanfaatkan oleh rakan pembaca, sebole 2nd saya elak dari bercerita perkara negatif.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, kadang-kadang geram nak ulas perkara yang boleh jadi negatif (luahan hati)... takut jadi emosi...

      Padam
  7. tahniah all the best lepas ni

    BalasPadam
  8. Jadi diri sendiri tu lagi best...hihi..kita always ada kelebihan kita sendiri...perlu gilap sikit jer lagi =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu nini, kalau dapat mentor yang bagus, memang kita akan jadi yang terbaik...

      Padam
  9. Akak dulu pun blog hanya untuk cuba2..
    Lepas tu seronok pulak berkongsi cerita dan resepi..

    Semoga azlan terus berjaya dalam segala bidang yg diceburi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya kan, mesti mula-mula cuba sahaja... terima kasih Kak Yati..

      Padam
  10. Alhamdulillah...tahniah untuk sejauh ini

    first berblog maza SPM (2008) tapi sekadar belog kongsi rasa dan sendiri2 saje tapi bila menginjak umur matang ni lebih kearah menyediakan informasi dan menjana pendapatan sikit2..tapi seronok berbelog ni..mungkin minat membaca dan menulis tu membantu jugak..btw moga kita sama2 dapat memberi faedah dan impak positif kepada masyarakat melalui aktiviti blogging ni..Insyaallah. nice entry!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin, InsyaAllah semoga apa yang kita buat mendapat berkat dan dipermudahkan...

      Padam
  11. Semoga blog ni terus kekal dan menjadi medan perkongsian ilmu bermakna sesama kita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Sis Ainniah... InsyaAllah...

      Padam
  12. Balasan
    1. Tak banyak pun sis... Alhamdulillah... Thanks sis juga selalu singgah sini...

      Padam
  13. First time singgah sini.. terus follow.. =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Aisya, saya juga done follow balik..

      Padam
  14. Wahh.. Tahniahh tuan.. Selamat maju jaya.. InsyaAllah akan jadi rujukan terbaik untuk yang memerlukan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Sis Husniey... InsyaAllah sama-sama kita berjaya....

      Padam
  15. semoga blog tuan memberi inspirasi kepada yang lain sebab ramai ni yang baru nak berjinak dengan dunia blog.. kalau cakap ala mudahnya nak menaip jerr pun.. tapi kena faham maksud mendalam "menaip" dalam dunia alam maya.. ..insyaAllah selamat maju jaya.. sama-samalah kita menjadi blogger yang berinspirasi kepada masyarakat di luar sana.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Sis Wani, betul tu, sama-sama kita menjadi blogger yang bermanfaat kepada semua pembaca...

      Padam
  16. hehehe x sangka kan.. dulu hanya suka2.. skrg dah rasa syg pada dunia blogging..

    BalasPadam
  17. Frankly speaking blog Tn. NA adalah antara blog saya suka baca.. Saya akan baca sampai habis kerana penceritaan yang mudah difahami.

    Kalau tanya saya post pertama blog saya, memang malulah nak baca semula sebab masa tu tak tahu matlamat sebenar berblogging. Ingat sekadar kongsi gambar dan cerita syok sendiri, aduhai. Alhamdulillah sekarang dah ada target dan matlamat blogging.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Sis Lz, saya cuba menyampaikan sesuatu dan cuba buat yang terbaik sahaja... walaupun tahu banyak kekurangan, sokongan sahabat blogger adalah penguat semangat untuk mengharunginya....

      Padam
  18. Setuju sangat. Dalam penulisan kita tak perlu pun ikut cara orang lain. Percaya pada diri sendiri, maka kita akan melangkah jauh, jauh dari penulisan pertama kita.

    Saya kalau baca balik entri lama, malu juga dengan diri sendiri. Nak delete tapi saya rasa itulah permulaan saya menulis. Kalau tak de entri lama, mana mungkin saya boleh bertahan hari ini.

    Tahniah NA.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Sis Nora, kita sendiri akan meningkat dari masa ke semasa... jangan delete nanti saya nak baca... hihi

      Padam
  19. Tahniah dapat dekat 1 juta views tu. Terbaik Mr.Azlan. :D

    BalasPadam
  20. e'in dah delete kot entry pertama e'in.. rase macam tak matang and ntah ape-ape yang di update.. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe, la kenapa delete... baru nak baca... :-)

      Padam
  21. Entry pertama saya dah delete dah sebab sangat merepek, hahaha. Alhamdulillah dah banyak PV tu, semoga terus semangat berblogging.

    Selamat Maju Jaya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sikit je tu Mai, banyak lagi usaha kena buat... hihi

      Padam
  22. Stiap org punya pengalaman masing2 sy dulu sering berblog malah dah 2 3 kali tukar blog. Alhamdulillah skrg sy dah mula serius berblog, I mean bukan menulis utk suka2 tetapi ingin berkongsi :) nice sharing ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Nurul, setiap orang ada cerita sendiri berkenaan blog... kalau ada 2-3 blog tu kira otai tu...

      Padam
  23. Alhamdulillah.. sudah jauh perjalanan itu.. semoga akan terus berblog ye saudara..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Sis Shahida, masih baru nak menapak... banyak benda kena belajar lagi...

      Padam
  24. entri masa awal2 join blogger ni memang merapu merepek kerepek
    haha
    budak baru nak blajar.semua nk up,dbuat entri, orang pun xde nak bce la..
    bila da bthun sikit, pun sama jug..haha.tp ada improvement la..lebih banyakkan info,dan share perkara yang lebih bermanfaat =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pe, boleh fokus pada enjin carian sahaja, nanti orang banyak baca...

      Padam