Rabu, Disember 26, 2018

Blogger comment thread: Masalah blog

Blogger comment thread: Masalah blog| Sekarang ini agak kurang saya bermesra dengan blog kesayangan ini. Namun sekali-sekala saya datang menjenguk blog memandangkan perlu memeriksa email dengan kerap. Bezanya cuma saya tidak dapat memberikan sedikit masa untuk mengemaskini blog apatah lagi ingin menjenguk blog rakan-rakan. Oleh itu, saya agak ketinggalan dalam beberapa isu dalaman blogger dan sebagainya. Namun semua ada hikmahnya dan kehidupan perlu dijalani dengan sebaiknya.

Blogger comment thread, Disqus Comment, Disqus

Pada minggu lalu saya berkesempatan untuk menjengah blog ini. Namun agak terkejut kerana ruangan komen saya agak huru-hara oleh kerana masalah blogger comment thread. Mana komen rakan yang saya sudah balas, seperti saya tidak balas. Masalah ini menghuru-harakan blog saya dan saya tidak gemar melihat perkara itu berlaku. Nampak janggal komen tidak sehaluan. Jadi saya cuba mencari penyelesaiannya dengan menghubungi pembekal template blog saya.

Selepas saya mendapat maklum balas daripada pembekal template blog saya, saya cuba memperbaiki coding blog saya. Namun hampa. Dengan masa yang terhad, saya tidak mampu lagi untuk berfikir dengan tenang. Bos sudah jeling-jeling. Satu penyelesaian akhir yang saya mampu buat adalah tukar kepada Disqus. Saya tidak kekok memandangkan saya pernah menggunakan Disqus sebelum ini. Namun adalah masalah blogger comment thread selesai?

Tidak! Komen lama kekal begitu. Masih dalam keadaan huru-hara. Jadi tiada apa yang mampu saya buat lagi selain terus kekalkan Disqus dalam hadapi kenyataan ruangan komen entri lama mencacatkan pemandangan mata saya. Jadi bagaimana prestasi Disqus Comment?

Blogger comment thread, Disqus Comment, Disqus


Disqus bagi saya agak moden dengan tampilan lebih menarik dan tidak memberatkan loading blog. Tiada kesan ketara melainkan bagi mereka yang agak janggal menggunakan Disqus sahaja yang mungkin agak keberatan meninggalkan komen. Sudah lebih seminggu saya menggunakan Disqus oleh itu saya sudah mula membiasakan diri dengan Disqus. Jika blog anda juga mempunyai masalah yang sama, jadi jangan ragu-ragu untuk menggunakan Disqus kerana ianya mampu menyelasaikan masalah blogger comment thread pada masa akan datang. Wallahualam.